Posted on August 31, 2023
SINAR MERDEKA MENERAWANG DI BINGKAI JENDELA 31 OGOS. MEMBUAI BENDERA, MENABURKAN RASA INDAH KENIKMATAN MALAYSIA YANG SUDAH LEBIH ENAM DASAWARSA KELUAR DARIPADA CENGKERAMAN SANG PENJAJAH. UNTUK MERAYAKAN MERDEKA MALAYSIA, KAMI DI STAIL.MY MENGHIMPUN LAPAN INDIVIDU YANG BERBEZA RUPA DAN LATAR BELAKANG. MENYENTUH SEDIKIT BICARA MEREKA TENTANG KONSEP ‘SE-MALAYSIA’, PERSELISIHAN FAHAM DAN HAL-HAL YANG MEMBANGKITKAN CINTA PADA MALAYSIA.
MUR IZZAH AKMA, Freelance Buskers
Apakah nama julukan kamu masa kecil dahulu?
Nama julukan saya semasa kecil dahulu adalah ‘Teh’. Mengapa orang panggil saya ‘Teh’? Sebabnya warna kulit saya yang putih. Mereka mula-mula panggil saya ‘Putih’, lama-kelamaan ia menjadi ‘Teh’. Singkatan daripada ‘Putih’.
Tanggapan salah orang lain fasal kamu.
Salah tanggapan orang lain fasal diri saya adalah orang ingat saya ini orang asing. Ada juga ada yang ingatkan saya ini ‘Minah Saleh’. Pernah terjadi sebelum ini di mana saya keluar membeli makanan dan juruwang di kedai makanan itu bertutur dengan saya dalam Bahasa Inggeris. Bila saya balas “Berapa ringgit?”, dia terkejut dan tanya “Oh! Awak orang Melayu ke?”
Perkara yang kamu paling bangga tentang Malaysia?
Seperkara tentang Malaysia, ia adalah negara yang kaya dengan budaya, makanan dan masyarakat majmuk. Tidak banyak negara di dunia ini yang serupa dengan negara Malaysia. Dan toleransi negara kita terhadap sesama sendiri di antara pelbagai kaum atau bangsa adalah sesuatu yang harus dipuji. Tidak pernah ada sempadan yang memisahkan kita.
Seandainya diberi pilihan, dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, kamu mahu menjadi negeri apa?
Saya akan memilih Negeri Sembilan. Kerana Neger Sembilan adalah kampung halaman saya!
Teks & Penata Gaya : Ardi Idewani Zaini
Pengarah Seni : Merrissa Emilda
Pengurus Projek : Ija Rahman
Video : Jordi Harris
Fotografer : Azim Mahayudin
Solekan : El Manda
Rambut : Amir Azman
Apa pandangan anda?