SINAR MERDEKA MENERAWANG DI BINGKAI JENDELA 31 OGOS. MEMBUAI BENDERA, MENABURKAN RASA INDAH KENIKMATAN MALAYSIA YANG SUDAH LEBIH ENAM DASAWARSA KELUAR DARIPADA CENGKERAMAN SANG PENJAJAH. UNTUK MERAYAKAN MERDEKA MALAYSIA, KAMI DI STAIL.MY MENGHIMPUN LAPAN INDIVIDU YANG BERBEZA RUPA DAN LATAR BELAKANG. MENYENTUH SEDIKIT BICARA MEREKA TENTANG KONSEP ‘SE-MALAYSIA’, PERSELISIHAN FAHAM DAN HAL-HAL YANG MEMBANGKITKAN CINTA PADA MALAYSIA.
SONYA DANITA CHARLES, Model
Apakah nama julukan kamu masa kecil dahulu?
Saya tidak memiliki apa-apa nama julukan masa kecil dahulu. Hmm. Haha!
Tanggapan salah orang lain fasal kamu.
Kerap kali juga orang ingat saya bukan berasal dari Malaysia. Kerana rupa serta ketinggian saya. Oh, terutama sekali kerana ketinggian saya! Mungkin secara umumnya, ketinggian saya dilihat sebagai sesuatu yang… berbeza? Terkadang bila saya di imigresen contohnya, mereka akan bercakap bahasa Inggeris dengan saya dan bila saya balas balik dalam bahasa Melayu… mereka terkejut.
Apakah perkara yang membuatkan kamu sangat sayang pada negara kita, Malaysia?
Perkara yang paling saya suka tentang Malaysia adalah diversifikasi yang wujud di sini. Ia mewujudkan suasana harmoni yang memperlihatkan masyarakat terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang.
Perkara yang kamu paling bangga tentang Malaysia?
Menjadi negara yang kaya dengan kepelbagaian, ia membuka minda kita untuk belajar banyak benda dan sekali gus, menajamkan ilmu kita untuk menjadi lebih berpengetahuan. Kita sebagai orang Malaysia tidak ada kekangan dari aspek mengasimilasi serta menghormati budaya bangsa lain.
Seandainya diberi pilihan, dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, kamu mahu menjadi negeri apa?
Jika diberi pilihan negeri mana yang I can relate to, sudah tentulah Kuala Lumpur. Kuala Lumpur umpama wadah tumpuan yang menyatukan stail, makanan, budaya, orang yang berbeza kaum dan sebagainya. Jadi, Kuala Lumpur menjadi pilihan utama saya.
Teks & Penata Gaya : Ardi Idewani Zaini
Pengarah Seni : Merrissa Emilda
Pengurus Projek : Ija Rahman
Video : Jordi Harris
Fotografer : Azim Mahayudin
Solekan : El Manda
Rambut : Amir Azman
Apa pandangan anda?