Posted on May 14, 2020
Mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dedah gaji menteri dalam tweet nya beberapa hari lalu. Ini sekaligus menolak tuduhan rasuah yang dilemparkan kepadanya. Ini adalah susulan daripada kes Syed Saddiq membuat laporan polis rumahnya dimasuki pencuri dan wang tunai RM250,000 hilang dalam kes curi ini. Dia masih tidak berganjak daripada pendiriannya menegaskan bahawa wang tunai RM250,000 yang ada dalam kediamannya adalah wang simpanannya sendiri untuk dia membuat renovasi rumah.
Dalam tweetnya ini juga, Syed Saddiq memberi kenyataan yang kuat menolak bahawa ia adalah duit rasuah dengan mengatakan, “Saya sendiri yang MELAPORKAN kes in ke pihak polis. Kalau duit rasuah, buat apa saya nak laporkan.” Ya tak ya juga. Takkan lah dia dengan sengaja ingin mendedahkan rahsianya sendiri dengan melaporkan kepada polis. Dan kalau benar ia duit rasuah, saya pasti dengan mudahnya dia boleh mendapatkan balik jumlah itu, atau ada banyak lagi wang rasuah yang disimpannya selain daripada jumlah yang hilang itu.
Saya makan duit rasuah?
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) May 11, 2020
Baca sendiri & tolong RT. pic.twitter.com/ojW533omkm
Apa yang lebih menarik dalam post tweet nya ialah bukanlah sangat tentang kenyataannya menolak tuduhan rasuah yang dilemparkan kepadanya sebaliknya saya lebih tertarik dengan bahagian di mana Syed Saddiq dedah gaji menteri. Ini dilakukannya untuk membuktikan tiada kerperluan untuk dia menerima rasuah sekaligus menunjukkan bahawa dia tidak mengerti sebab menteri perlu menerima rasuah. Sebabnya dia berkata demikian ialah kerana amaun gaji dan elaun yang diterima oleh menteri boleh dikatakan besar maka tiada sebab untuk seorang menteri menerima rasuah lagi melainkan kalau dia seorang yang tamak.
Di bawah ini ialah amaun gaji dan elaun yang diterima oleh seorang menteri seperti yang didedahkan oleh Syed Saddiq.
Gaji menteri + Ahli Parlimen = RM55,000 sebulan. (ini tidak termasuk kalau kerap balik kawasan atau hadiri program yang jauh dari pejabat, kerana ada insentif tambahan)
Elaun one-off pinggan mangkuk = RM42,000
Elaun tahunan percutian = RM70,000
Elaun makanan = RM180/seorang had maksimum untuk claim belanja makan, tidak kira jumlah orang
Elaun pindah rumah = RM10,000
Apabila diberhentikan sebagai menteri, dapat lagi one-off payment = RM150,000
Ini juga bermakna secara kasar gaji campur elaun yang diterima seorang menteri setahun boleh membawa kepada jumlah RM782,000 setahun tanpa mengambil kira elau makanan. Dan kalau diberhentikan sebagai menteri, tambahan RM150,000 membawa kepada jumlah RM932,000.
Bagaimana kalau kita membandingkan jumlah ini dengan jumlah pendapatan rakyat biasa katalah RM800 sebulan, akan membawa pulang RM9,600 setahun. Atau paling busuk, yang bergaji RM2,000 sebulan, akan membawa pulang RM24,000 setahun. Benar, seorang menteri itu tanggungjawabnya besar dibandingkan dengan rakyat biasa yang makan gaji tetapi apakah wajar perbezaan gaji yang terlalu-lalu besar itu? Apakah masuk akal?
Dan yang paling penting apakah menteri-menteri yang bertanggungjawab berkhidmat untuk rakyat bisa memahami situasi dan gaya hidup rakyat jika perbezaan gajinya sebegitu besar? Benar jugalah kata Syed Saddiq, “Sampai sekarang saya tidak faham mengapa ada keperluan untuk menteri makan rasuah?” Dan ini akan berbalik kepada sesuatu yang saya sebut tadi, “Melainkan kalau dia seorang yang tamak” dan tidak amanah akan kedudukan dan tanggungjawabnya yang sepatutnya ‘Berkhidmat Untuk Rakyat’ kerana pada akhirnya seorang menteri itu juga adalah seorang rakyat – cuma diangkat oleh rakyat untuk mewakili dan menjadi suara rakyat.
Apa pandangan anda?