Cate Blanchett ‘Did Justice’ Dalam Rekaan Mary Katrantzou

Detik fesyen Cate Blanchett di atas karpet merah tak pernah menghampakan. Tak kunjung padam semangat kita melihat atau menyaksikan detik karpet merah Cate apakala adanya acara anugerah. Di Golden Globes Awards ke-77 semalam, Cate memilih dress hasil rekaan Mary Katrantzou pula!

Daripada mencetus percakapan orang menerusi sut berlengan ala leg-of-mutton daripada Alexander Wang, ke dress dreamy Givenchy dan kini dia menyerlahkan keberaniannya menggayakan sesuatu yang bersifat artistik.

Namun semalam bukan rezeki buat Cate. Dia yang tercalon untuk filem Where’d You Go, Bernadette, kecundang di tangan Awkwafina – yang baru pertama kali tercalon, terus menggondol anugerah Best Actress dalam kategori Musical or Comedy. Sejujurnya, memang lakonan Awkwafina sangat bagus dalam filem The Farewell pun. Persaingan yang sengit, I must say.

Seraut wajah Cate terlihat bangga setelah Awkwafina diumumkan menang. Bukan mahu berpolitik, cuma itulah budaya anugerah di persada antarabangsa. Wanita menyokong wanita, perempuan menjasai perempuan. Mereka mahu menenggelamkan gundah tentang kebenaran Hollywood yang dilihat dikuasai oleh lelaki. Lalu wujudnya suatu ekstrapolasi baharu di mana akan berlakunya kesaksamaan dalam industri hiburan.

cate blanchett golden globes mary katrantzou

Bercakap fasal wanita menyokong wanita (berbalik bercakap tentang Cate), Cate bukan setakat mendukung teman seperjuangan dalam lapangan yang sama sahaja, malahan dia bekerja dengan ‘sosok’ wanita yang bukan asing lagi dalam dunia fesyen. Cate memilih hasil rekaan couture Mary Katrantzou untuk digayakan di Golden Globes semalam!

Cate dipersiapkan oleh penata gaya selebriti, Elizabeth Stewart, dalam dress yang sepertikan memfantasikan siluet dewi Yunani, dengan butiran lengan berlisu kedutan plisse – bentuk yang membulat di bahu, mengingatkan kita pada siluet Gucci musim bunga panas 2019 – dilengkapi badan baju berupa bra dan skirt layer penuh menudungi kaki (juga berlisu kedutan plisse). Bahagian badan bajunya yang menyerupai top bra disulami batu permata, menayangkan sedikit kulit serta bahagian midriff Cate.

 

Diiringi lagi pembawaan dirinya yang distingtif, pada usia 50, rekaan Mary Katrantzou ini memang did justice ke atas kecantikan Cate. Justice…  kata kunci yang digunakan oleh Mary sendiri bagi menamai dress ini dan ia tidak dipakai oleh Cate just for the heck of it. Tidak. Ada cerita di sebaliknya.

cate blanchett golden globes mary katrantzou
Dress couture Mary Katrantzou yang dipentaskan untuk tujuan kesedaran penyakit kanser

Sewaktu Mary mementaskan himpunan couture-nya di lokasi Temple of Poseidon dan menjadikan senibina bersejarah itu sebagai latar utama, dia menginspirasikan keseluruhan rekaannya berlandaskan gagasan Yunani. Dalam melangsungkan idea fesyen bergerak sejajar dengan tujuan baik, Mary merayakan himpunan tersebut dengan badan kebajikan Greek yakni Elpida – sebuah platform yang ditubuhkan oleh Marianna Vardinoyannis untuk membantu serta menyokong kanak-kanak penghidap kanser. Undangan-undangan yang hadir serta membayar ‘tiket masuk’ dan tempat duduk, menyumbang bantuan masing-masing untuk didermakan kepada Elpida. Dan dress yang dipakai oleh Cate semalam datangnya daripada himpunan couture tersebut. Jelas Mary yang melihat himpunan couture ini sesuatu yang bersifat peribadi dan dekat dengan hatinya,

Niat saya dan pasukan saya menghasilkan himpunan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang tentang kanser dan membantu Elpida.

Sungguhpun tidaklah sebesar mana impak Cate dalam dress Mary Katrantzou, cuma apa yang dia pakai semalam mengingatkan kita pada good cause. Good cause untuk menjadikan lapangan fesyen lebih bermanfaat dalam abad baru ini!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Yummy! Tonton Dokumentari Justin Bieber Yang Hot & Spicy Ini
Cate Blanchett ‘Did Justice’ Dalam Rekaan Mary Katrantzou