Kaca Mata Couple : Dari Burberry Ke Prada, Khas Merai Valentine’s!

Merayakan cinta bak dua sejoli. Meneruskan detik-detik semangat itu dengan menggayakan kaca mata berpasangan! Terkadang couple tee dipakai untuk mendukung idea sedang hangat bercinta. Adakalanya, pemberian barang kemas sebagai simbol saling mengasihi. Namun, pabila kasih bersekutu itu tak terperi, tidak kisahlah apa jua bentuk atau sifat barangnya. Asalkan punya 1001 makna yang melambangkan… cinta.

Bersempena bulan menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day, kami ‘meneroka’ satu gaya unik sebagai tanda kasih atau sayang – yakni menggayakan kaca mata berpasangan! Kami memadukan dua kaca mata, khusus buat si lelaki dan perempuan, yang datangnya daripada jenama-jenama berbeza. Dua kaca mata yang dipakai oleh dua sosok dan saling melengkapi gaya masing-masing.

KUASA GEOMETRI BURBERRY

kaca mata

Evolusi kod rumah fesyen Burberry yang mencemerlangkan gaya kontemporari pada siluet klasik. Ditambah pula, bentuknya sedikit vintaj, menerbitkan imej glamor pabila dipakai. Kaca mata perempuan yang disimbah corak Burberry checks, manakala untuk si lelaki pula, ada pengaruh grafik seni geomteri ala bauhaus. Kami mencadangkan gaya kaca mata ini buat pasangan yang menghargai nilai seni dalam penggayaannya. Barangkali, seperti pasangan hipster yang gemarkan sesuatu yang distingtif dan tak sama dengan orang lain.

LOGOMANIA LOVE : D&G

kaca mata

Siluet boxy menjadi perhitungan Dolce & Gabbana. Tercipta khusus buat pasangan yang sukakan aspek ‘menghidupkan karakter’ dalam hal bergaya. Apatah lagi, kaca matanya menggemilangkan logo jenama yang berulang-ulang dan kelihatan jelas! Pengulangan logo tipografi ‘D&G’ pada lensa – kaca mata perempuan – dan juga pada bingkai – kaca mata lelaki – yang membuktikan kamu adalah pasangan yang berani. Tidak kisah akan gaya yang sedikit gila-gila atau agresif.

PASANGAN 2020 FUTURISTIK EMPORIO ARMANI

kaca mata

Bertunjangkan kebebasan dan penuh tenaga. Emporio Armani mengekspresikan segala aspek itu menerusi material, seni reka bentuk serta butiran-butiran pada himpunan kaca matanya. Lensa single-lens berupa mask ini benar-benar mencerminkan gaya cutting-edge dan sedikit futuristik. Seandainya kamu adalah pasangan yang ultra-moden dan berani candang kepada teknologi, pastinya kaca mata berpasangan ini pilihan sempurna!

UNDERSTATED RETRO PRADA

Menyarung kaca mata yang putih bingkainya dan kelihatan kontra pabila digayakan, sementelahan reka bentuknya sepertikan ada ciri-ciri eksperimental yang menyisip siluet retro. Namun, secara keseluruhannya, rekaannya ringkas sahaja. Tidak ada aspek logomania, sarat corak mahupun terlampau moden. Mencadangkan ia tidak rumit dalam hal penggayaan. Kaca mata Prada ini tercipta untuk pasangan yang sentiasa mahukan nilai understated namun masih mampu mengikat perhatian!

TO ALL THE SINGLES!

Merai Hari Kekasih tak selalunya berdua, terutamanya buat yang bujang dan masih belum menemukan cinta! Gayakan kaca mata yang bisa mengepung pemerhatian. Mungkin dengan menyarung kaca mata Coach yang menafaskan semula rekaan-rekaan ikoniknya dengan suntikan ultra-moden ini? Siluet feminin, siap dilengkapi corak logo ‘C’ (Coach) pada bahagian temple dan bentuk bingkainya bersegi, yang menterjemahkan ‘stailish’ dalam penampilan.

Buat yang agresif dan mementingkan attitude, kaca mata Prada Linea Rossa yang menyatukan kefungsian, ada aspek kesukanan juga ada kombinasi clean lines ini adalah pilihan sempurna. Mencerminkan keperibadian individu yang go-getter. Inspirasi vintaj yang pernah muncul di atas pentas musim luruh dingin 2019 lepas dan memperbaharui siluet ikonik – kaca mata Giorgio Armani ini adalah pilihan mereka yang menghargai semangat 80an! Gayanya yang sedikit nakal dan elegan pasti menyerlahkan diri.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
#LatinaPower Super Bowl 2020: Saksikan Shakira & JLo Berlawan Gerudi Punggung!
Kaca Mata Couple : Dari Burberry Ke Prada, Khas Merai Valentine’s!