UNIQLO JW Anderson SS 2020 ‘First Look’ : Menyingkap ‘Bristish Country Style’

Sudah bersedia untuk ‘pusingan seterusnya’ himpunan UNIQLO JW Anderson musim bunga panas 2020? Kali ini temanya menerokai gaya-gaya desa orang Inggeris – butiran hiasan seni cantuman dan corak-corak petak seperti motif genggang. And here’s our first look at UNIQLO x JW ANDERSON spring summer 2020!

uniqlo jw anderson spring summer 2020

Bertuah Jonathan Anderson. Dua minggu lalu dan minggu ini, tak berhenti terbetik khabar tentang dirinya. Pertengahan bulan Februari lepas, Jonathan mempersembahkan himpunan jenama senamanya, JW Anderson musim luruh dingin 2020 di London – himpunan yang bermain dengan volume dan rekaan-rekaan bernada maksima. Masuk minggu ini, baru kelmarin dia mementaskan himpunan Loewe musim luruh dingin 2020 di minggu fesyen Paris dan berjaya mengikat perhatian kami – kerana himpunan Loewe kali ini antara kegemaran kami! Seperti lazim, Jonathan menggemilangkan seni kraf untuk Loewe dan membuktikan kecelikan dari aspek mengolah fabrik.

Entah apa kuasa atau magis yang Jonathan Anderson miliki. Dia seorang yang unstoppable. Bagai ligat betul Jonathan dan tak lesu dia dalam menegapkan daya inovasinya, one thing at a time. Dan semalam, Jonathan menyempati diri untuk mewartakan himpunan kolaborasinya bersama UNIQLO pula!

UNIQLO x JW Anderson musim bunga panas 2020 menandakan kolaborasi Jonathan dengan UNIQLO yang kelima. Sebagai seorang anak Inggeris, himpunan kolaborasi Jonathan bersama UNIQLO kali ini membenarkan diri dia untuk mendalami budaya gaya desa asalannya. ‘British Country Style’ menjadi tema utama, di mana Jonathan mengamati segala aspek yang berkaitan dengan British – baik dari segi rekaan pakaian mahupun corak serta butiran yang melambangkan British.

Himpunan kolaborasi co-ed yang terdiri daripada 65 helai pakaian perempuan dan 71 helai pakaian lelaki ini mendekati corak genggang (yang selalu diasosiasikan dengan seragam sekolah perempuan British) dalam pelbagai skala. Corak genggang mikro dan makro yang hadir dalam rona berbeza-beza. Malah, ia turut bermain dengan corak geomteri lain seperti corak jaluran yang mengangkat tema nautika. Antara ceraian-ceraian yang menjadi tumpuan termasuklah outerwear seperti kot trench, parkas serta kot praktikal yang boleh laras dan disimpan dalam poket. Oh, tak ketinggalan juga, buat julung kalinya himpunan kanak-kanak diperkenalkan sekali!

uniqlo jw anderson spring summer 2020

Himpunan UNIQLO x JW Anderson akan mula dijual di atas talian dan di butik-butik UNIQLO terpillih pada 27 Mac ini.

uniqlo jw anderson spring summer 2020

uniqlo jw anderson spring summer 2020

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Off White Copy Paste Rekaan Pereka Lain Di PFW 2020?
UNIQLO JW Anderson SS 2020 ‘First Look’ : Menyingkap ‘Bristish Country Style’