Kondom Paling Nipis Untuk Hubungan Seks Paling Sempurna Valentine Ini

kondom paling nipis

Kondom paling nipis akan memberi nikmat seks selamat paling sempurna. Paling membanggakan apabila ia adalah buatan Malaysia. NIPIS adalah kondom keluaran jenama Care, jenama made in Malaysia. Tebal 0.04mm kondom ini diakui sebagai kondom paling nipis pernah dibuat di Malaysia oleh Malaysia’s Book of Records. Ia dikatakan akan menjadikan hubungan seks antara kamu dan pasangan lebih sempurna.

Kami juga telah menguji getah kondom ini. Ketahanannya kuat melainkan terkena benda tajam seperti kuku hahahaha. Jadi pastikan untuk seka kamu benar-benar selamat, berhati-hati dengan kuku sewaktu menyarung!

kondom paling nipis

Triple Your Valentine Pleasure Valentine Ini!

Tiga dalam satu. Ibarat minuman panas ekspres 3 in 1, Care memastikan kamu mendapat kepuasan tiga kali lebih sempurna sempena Valentine ini. Tiga kondom dibungkus dalam satu paket memuatkan Care 22 NIPIS, Care 28 Comfort Fit dan Care 42 Dotted Pleasure. Jadi kamu ada pilihan sama ada mahu menggunakan satu atau ketiga-tiga Valentine ini.

NIPIS Care 22 seperti yang disebut di atas adalah kondom ternipis di Malaysia akan membuatkan kemesraan bersama pasangan lebih berganda. Gunakan NIPIS untuk mendapat kepuasan maksima dan jika kamu mahu merasakan hubungan seks seperti tidak memakai kondom. 

Care 28 Comfort Fit pula dikatakan akan fits like a glove. Ia memberi kemasan sempurna pada pemakai. Ia juga datang dengan aroma vanila sesuai untuk mereka yang gemarkan fetisy atau suka memberi seks oral pada pasangan atau mahu menyarungkan kondom menggunakan mulut. 

Care 42 Dotted Pleasure akan memberi kepuasan berganda kepada pasangan. Tekstur pada kondom ini menjanjika orgasm buat wanita. Jika kamu gemar bereksperimen dan suka menggandakan nikmat, boleh cuba kondom ini. Yang pasti, teksturnya tidaklah terlalu kasar hingga boleh menyakitkan. 

Jangan anggap kondom sebagai taboo

Dengar sini! Kita sekarang berada di tahun 2020. Kita sama sekali tidak boleh menganggap kondom sebagai satu subjek taboo lagi. Ia seharusnya dijadikan teman baik kamu apalagi sekiranya kamu pengamal seks yang aktif. Kondom bukan sahaja precaution yang baik untuk mengelakkan kehamilan tetapi juga ia juga adalah precaution terbaik untuk mengelakkan daripada sebarang penyakit kelamin. 

Kondom terbukti menghindar daripada tersebarnya chlamydia, gonorrhea, dan trichomoniasis. Wanita yang menggunakan kondom secara konsisten terbukti 62 peratus kurang risiko mendapat gonorrhea dan 26 peratus kurang risiko mendapat chlamydia. Kondom juga akan menghindar daripada penyakit kelamin syphilis. 

Jadi jangan lagi menganggap kondom sebagai taboo kerana ia sesuatu yang paling penting dalam amalan seks selamat. 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
5 Haruman Pilihan Kami Untuk Hadiah Hari Kekasih
Kondom Paling Nipis Untuk Hubungan Seks Paling Sempurna Valentine Ini