Cuba Teknik Sugaring Pula Untuk Membuang Bulu di Tubuh

Bila bercakap tentang buang bulu, pasti kamu akan terfikir cara waxing atau paling mudah ialah dengan memakai pencukur sahaja. Tahukah kamu, ada cara lain boleh kamu cuba untuk membuang bulu di tubuh kamu ini? Pernah dengar teknik sugaring? Caranya lebih kurang seperti waxing namun kadar kesakitannya jauh lebih rendah daripada kamu menggunakan teknik lilin ini.

Jika waxing, kamu biasanya akan melihat selapis lilin lebur disapu pada kawasan tubuh yang kamu mahu hilangkan bulu. Dan apabila ia mengeras, kamu akan tariknya dengan satu tarikan kuat untuk memastikan semua bulu tertarik. Dan biasanya, kulit kamu akan mengalami sedikit luka seperti ruam juga kemerahan setelah melakukan waxing ini.

Teknik Sugaring

Berbeza dengan teknik sugaring. Hanya menggunakan tiga bahan natural iaitu buah lemon, gula (yang dicairkan) dan air. Dikatakan teknik ini berasal dari Mesir di mana rakyatnya dipercayai menggunakan teknik ini sebagai membuang bulu di tubuh. Tiga bahan tadi di adun degan menggunakan air suam kemudian disapu pada tubuh. Cara tarikan pula berbeza di mana ia ditarik dari arah bertentangan daripada sapuan tadi. Sama seperti teknik waxing, bulu baru yang tumbuh pada tubuh kamu itu sekurang-kurangnya akan mengambil masa sebulan.

Teknik sugaring ini langsung tidak meninggalkan rasa sakit atau panas pada tubuh. Malah, kulit akan menjadi lebih halus kerana sel kulit mati turut dibersihkan sekali melalui teknik ini.

Namun ada yang bertanya pada saya, bolehkah teknik sugaring ini dilakukan di rumah memandangkan ia hanya menggunakan bahan yang mudah dijumpai di dapur rumah mereka? Jawapan saya, tidak untuk mereka yang baru pertama kali hendak mencuba. Seeloknya lakukan di spa yang bertauliah. Teknik ini memerlukan latihan yang cukup, dan cara aplikasi gula lebur ini juga berbeza. Tidak seperti waxing, hanya tempek kertas untuk kamu tarik daripada kulit kamu. Sugaring menggunakan teknik folding serta tarikan itu bertentangan dengan aliran pertumbuhan bulu. Remeh tekniknya itu. Jadi saranan saya dapatkan khidmat daripada mereka yang pakar ya.

Di mana kamu boleh pergi mencuba?

Simran Beyond Beauty

54 A, First Floor, Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, 60 000, Kuala Lumpur

Untuk kamu yang sudah biasa dan tahu bagaimana menggunakan teknik ini, ada beberapa jenama yang mengeluarkan botol sugaring wax untuk kamu gunakan di rumah antaranya jenama Norah juga Organic Touch Malaysia.

Buat yang teringin mencuba, pastikan mencubanya selepas daripada tempoh kawalan gerakan yang sedang berlangsung di negara kita ini!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Anugerah MeleTOP ERA 2020 Tunda Ke Tarikh Baru? Terbaik! Astro Beri Saluran Percuma!
Cuba Teknik Sugaring Pula Untuk Membuang Bulu di Tubuh