Let’s Celebrate CNY 2020 : Semua Tentang Tahun Tikus!

CNY 2020 is around the corner! Dalam masa seminggu lebih lagi kita akan digenangi keriangan perayaan yang menjunjung tahun tikus, tahun yang melambangkan kekayaan dan kelebihan.

Ada apa dengan tikus? Tahun nombor genap yang mengutip sikap celik si tikus, yang cerdas daya pemikirannya dan kesuburan sempurna. Sikap-sikap optimis yang meronai keperibadian si tikus inilah yang pasti menjanjikan sesuatu yang positif tahun ini. Apa yang menarik adalah jenama-jenama fesyen yang mengeluarkan himpunan Tahun Lunar kali ini tidak alang-alang dalam mengolah ‘sosok’ si tikus. Ada yang mencedok ‘sosok’ paling ikonik seluruh buana – yakni Mickey Mouse.

Antaranya adalah jenama Gucci dan Moschino, yang masing-masing meresapkan ligat Mickey Mouse sebagai motif utama rangkaian himpunan Tahun Lunar mereka. Menjadikan Tahun Baru Cina 2020 lebih mengujakan dan juga menyeronokkan.

cny 2020

Selain Gucci dan Moschino, ayuh, kita lihat apa lagi keistimewaan yang tersedia bersempena Tahun Lunar CNY 2020 nanti.

DIDEDIKASIKAN UNTUK TAHUN LUNAR : GUCCI MICKEY MOUSE KINI DI MALAYSIA!

Cara Gucci melangsungkan bisnes mereka dan mengutuhkan hubungan dengan pengikut-pengikut setianya adalah dengan mewujudkan satu konsep yang dikenali sebagai Gucci Pin – diinspirasikan daripada pin yang selelau terlihat pada aplikasi digital dan kali ini, untuk second wave, ia menjengah ke Kuala Lumpur pula.

Dan bersempena menyaingi perayaan Tahun Lunar, Gucci Pin ‘mengendong’ sekali rangkaian himpunan Gucci Pin Mickey Mouse untuk ditampikan di Gucci Pin!

cny 2020

Alessandro Michele memberi penghormatan kepada Tahun Tikus kali ini dengan cara meletakkan Mickey Mouse sebagai elemen utamanya. Karakter Mickey Mouse terlihat menghiasi rangkaian pakaian-pakaian dan aksesori-aksesori seperti kasut, beg juga skarf sebagai motif. Langsung, himpunan ini menafaskan penyatuan sifat vintaj dengan aspek yang bernada kelucuan – dua unsur yang signifikan buat Gucci.

Antara highlight-nya termasuklah kanvas Mini GG Supreme yang disempurnakan motif cetak Mickey Mouse, fabrik berona kuning air dan hitam yang menampilkan corak Mini GG vintaj dengan tersisip sekali karakter Mickey Mouse dalam skala yang berbeza-beza.

cny 2020

EDISI TERHAD MOSCHINO X MICKEY RAT

Bukan Gucci sahaja, malah Moschino juga! Moschino merayakan Tahun Lunar dengan mempersembahkan karakter Mickey Mouse, cuma perbezaannya adalah, Moschino mengambil karakter Mickey Rat – parodi Mickey Mouse yang bersifat ‘underground’, yang diperkenalkan oleh Robert Armstrong.

Moschino menjadikan Mickey Rat sebagai motif ke atas pakaian-pakaian sedia pakainya serta aksesori-aksesori dan kali ini ia memfokus kepada siluet-siluet yang bersifat atletik. Seperti jaket varsiti, dress ala-ala dress tenis, beg sandang dan sniker hi-top.

Idea ini terbit daripada akal budi Jeremy Scott, yang sinonim dengan sifat keanak-anakan dan kelucuan. Dia malah memunculkan satu kempen fesyen yang berlatarkan unsur-unsur tipikal kecinaan, yakni mahjong, peach blossoms dan tarian naga. Imej-imej kempen ini ditangkap oleh fotografer Shxpir Huang, yang menampilkan Mia Kong – seorang model dan penata gaya – dan Jun Kai Qi sebagai ‘pemeran’ utama.

cny 2020

SEMANGAT KEKELUARGAAN DI ZALORA

cny 2020

Zalora memegahkan semangat kekeluargaan bersempena Tahun Lunar. Dalam kempen fesyennya, ia memerihalkan suasana yang meriah dan bersendikan family reunion dinner – yang sememangnya tradisi Tahun Lunar.

Himpunan ini menggabungkan tiga jenama in-house yakni Zalora, Zalora Basic dan Something Borrowed. Mengilhami cheongsam untuk dijadikan siluet, himpunan ini memperbaharui serta memodenkan unsur-unsur klasik dan melangsungkan idea kontemporari. Tidak hanya kena dengan gaya generasi lama, malah generasi masa kini pun!

cny 2020

Antara yang menjadi pilihan STAIL.MY adalah (di bawah, dari kanan) playsuit renda berleher mock (RM 119), dress kemeja maxi Zalora (RM 135), dress berkolar Mandarin Zalora (RM 105), dress shift corak jaluran Something Borrowed (RM 79) dan cropped top corak jaluran berleher Mandarin Something Borrowed (RM 65).

GOLD COINS KE AKSESORI ‘NORMAL’, DARIPADA HABIB JEWELS

cny 2020

Habib Jewels melepaskan himpunan istimewa Tahun Lunar – termasuklah set barang kemas white gold dengan berlian, dua set batu zamrud, set eksklusif batu delima dan set mutiara South Sea.

Malahan, buat julung kalinya juga, Habib Jewels memperkenalkan set 999 gold coins atau syiling emas yang beratnya 0.2 gram. Setiap corak syiling emas ini dijual pada harga RM98, bersempena promosi khas Tahun Lunar. Dan mengapa Habib Jewels kali ini menyediakan sekali set syiling emas? Syiling emas ini diperkenalkan sebagai alternatif buat pelanggan-pelanggan Habib dengan menjadikan ia angpau.

Bukan sahaja syiling emas, Habib Jewels turut menampilkan bar emas yang beratnya lima gram dan ia adalah edisi terhad khusus untuk Tahun Tikus!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
#RekomenFilem AJ and The Queen – Satira Mak Nyah Yang Lucu, Emosi & Menyentuh Sanubari
Let’s Celebrate CNY 2020 : Semua Tentang Tahun Tikus!