SEARCH

Makna Cinta Burberry Digarap Dalam Kempen Musim Perayaan

Makna Cinta Burberry Digarap Dalam Kempen Musim Perayaan

Cinta yang tak bersempadan. Itulah pesan yang terkandung dalam fahaman makna cinta Burberry, bersempena musim perayaan tahun ini. Menyusun wajah-wajah moden yang menahan nilai kepelbagaian, mengungkap motif cinta sebenar dan melambangkan penyatuan hati serta harapan, menjadi penghias-penghias utama untuk kempen fesyen Burberry.

makna cinta burberry festive campaign

Burberry mempersembahkan, ‘What Is Love?’!

Setelah model Ikram Abdi Omar mengkhabarkan pembabitannya dalam kempen musim perayaan yang terbaru buat Burberry, ada satu persoalan yang menggelodak dalam akal fikiran masa itu. “What is Burberry up to this time?” Ikram sebagai perempuan berhijab pertama muncul dalam kempen fesyen Burberry adalah sesuatu yang cukup unik, apatah lagi tujuannya untuk musim perayaan.

Tambahan pula, kempen ini adalah kempen musim perayaan yang pertama buat Riccardo Tisci, setelah menggalas tugas sebagai pengarah kreatif Burberry. Kami jangka oleh kerana ini adalah kempen musim perayaannya yang pertama, dia tidak alang-alangan mengolah satu penceritaan. He wants to go out with a bang – dengan menyandiwarakan diversifikasi, menampilkan pelbagai wajah yang datangnya dari latar belakang berbeza-beza, mengharumkan tema kecintaan.

Antara bintang-bintang utama kempen musim perayaan Burberry termasuklah Carla Bruni, Fran Summers, duta jenama Burberry sendiri yakni Zhou Dongyu and Yoo Ah-in, Shay, Ikram Abdi Omar, Lea T, Boychild, Wu Tsang, Cecilia Chancellor, Sasha Pivovarova, Marina Morena, Mahmood dan Ruben Loftus-Cheek.

Membakar kepincangan dan melemaskan diskriminasi, seakan-akan membawa kita ke satu alam bebas yang mengheningkan halaman hati kita dengan makna ‘cinta’ yang rencam. Cukup sekadar berlatarkan putih, syot-syot ringkas dan disaingi oleh runut bunyi ‘What Is Love?’ nyanyian Deee-Lite. Disempurnakan lagi oleh aksi-aksi bintang-bintang utama kempen ini menari, meligatkan jasmani masing-masing, berpelukan dan berseronok, mengaburi prejudis.

Dalam merealisasikan kempen kecintaan ini, Riccardo bekerjasama dengan Mert Alas dan Marcus Piggott, selaku fotografer di sebalik imej-imejnya. Jelas Riccardo, tertambat hatinya dengan idea penyatuan, semangat kekitaan dan berani melawan persepsi tradisional, dengan mengetengahkan makna cinta yang sekarang. “Inilah semangat sebenar musim perayaan. It’s one of my favourite times of the year – when I can stop, reflect and reconnect with those who make me feel happy and at home, no matter where I am in the world. Saya teruja kerana bisa menghimpun gerombolan mereka yang selama ini menyokong kerjaya saya di Burberry, merai kempen musim perayaan saya yang pertama.”

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN KEMPEN ‘WHAT IS LOVE?’ BURBERRY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE