SEARCH

Kata Pengarang

Normal Is The New Avant Garde: Maknanya Basic Is In?

Kata Pengarang 25 July 2017 0 Comments

Bulan lalu sewaktu salah satu penggambaran yang kami laksanakan di Yipieyaya Studio, jurugambar Chuan Looi bertanya pada saya, “Mengapa you dah lama tak shoot gambar-gambar editorial hebat macam you di majalah lama dulu? Sekarang semua shoot you hanya biasa-biasa saja. Simple lighting, plain background dan padanan yang ringkas.” Saya terdiam juga sebenarnya. Terfikir sejenak sebab ada betul kata-katanya itu. “Hmmm… berdasarkan pemerhatian saya dengan keadaan sekeliling hari ini, sudah terlalu banyak yang mahu membuat penggayaan beria-ia. Solekan yang beran-beran hingga termuncullah rupa paras yang lain daripada yang original. Sehingga pabila sesiapa pun yang melihat sampai tak kenal lagi siapa yang mereka pandang itu.”

read more

Raya Lebih Moden & Seronok Tengok Kemeriahan Teman-teman Berniaga

Kata Pengarang Rencana 19 June 2017 0 Comments

Dulu-dulu waktu bekerja di tempat lama, antara banyak cerita yang saya dengar di kalangan teman-teman ialah tentang seorang model 90an yang stailnya tersekat dengan eranya. Bermakna stailnya itu kekal sama waktu zaman kegemilangannya di era 90an. Tak payah lah cakap fasal helaian yang dikenakan tetapi gayanya dikatakan masih lagi bertemakan 90an. Kemeja-kemeja Versace zaman Gianni masih dipakai bersama jean high waisted dan tali pinggang chain. Mungkin zaman kamu modeling dulu sesuailah kamu mengenakan helaian-helaian sebegini untuk penggambaran fashion spread tetapi kalau dah di zaman millennium…

read more

Meraikan Ulang Tahun Pertama STAIL.MY: Setahun Yang Membanggakan

Kata Pengarang 23 May 2017 0 Comments

Pagi tadi mata celik jam biasa. Selalunya lebih kurang jam enam setengah saya akan bangun dan memulakan hari. Saya bersyukur kerana dapat melalui kehidupan sehari lagi. Ya begitulah pukul rata kehidupan saya setiap hari sejak setahun setengah yang lalu selepas meninggalkan syarikat lama. Saya bersama Pengarah Kreatif STAIL.MY, Merrissa Emilda (Amy), partner in crime saya memulakan portal ini sejurus selepas itu dan tak berhentilah mengusahakannya sampai hari ini. Tiada sehari pun kami merasa lelah atau tidak mahu lagi mengerjakannya kerana ia sesuatu yang benar-benar kami cintai.

Mewarnakan ilham kreatif kami melalui portal ini untuk dikongsi bersama pembaca – melalui tulisan dan imej-imej indah lagi provokatif. Tujuan kami hanya satu…

read more

Tubuh Kita Ini Pinjaman Tuhan… Maka Wajib Kita Menjaganya

Kata Pengarang 10 April 2017 0 Comments

Terkadang-kadang pabila skrol laman Instagram, saya akui mual juga asyik melihat update dan post tentang kesihatan, gaya hidup sihat, trekking, yoga, makan quinoa, minum air cia seed and so on and so on… Apakah ini sahaja yang penting dalam hidup kita masa kini? Saya tak kata ia tak penting langsung, cuma sudah begitulah gaya hidup zaman sekarang. Banyak sangat yang mahu jump into the bandwagon, menjalani gaya hidup dan pamakanan sihat dan menunjuk-nunjuk pula dalam media sosial.

Bukan tak boleh. Malah di majlis penganugerahan Influence Asia Awards yang saya hadiri Sabtu lalu, kategori influencer Health & Fitness diangkat menjadi salah satu kategori utama. Ini menunjukkan bahawa ada banyak individu…

read more

STAIL NOW. FRESH. CLEAN. MODEN. RELAKS. ADA MESEJ

Kata Pengarang 6 March 2017 0 Comments

Memikir-mikir tentang isi kandungan ruangan ini untuk Mac, saya sendiri tidak pasti mahu merujuk musim apa untuk bercakap fasal STAIL. Musim bunga 2017? Saya sudah pun membuat laporannya. Fasal musim luruh 2017 yang pertunjukannya bakal berakhir beberapa hari lagi di Paris? Apakah terlalu awal mahu menulis tentangnya? Dunia stail hari ini sebenarnya sudah tidak bermusim lagi. Sekurang-kurangnya bagi saya yang mengusahakan portal online sebegini. Kerana putarannya sudah tidak terkejar lagi. Pencinta fesyen seluruh dunia hanya mengambil kira apa yang NOW sahaja. Apa yang mereka rasakan wajar mereka gayakan sekarang sahaja. Tidak lagi merencana mengikut musim yang bakal mendatang.

Bukan masa sahaja yang mengejar kita…

read more

Cinta Milennial Tak Stailish, Macam ‘Ayam Berlaki’

Kata Pengarang 1 February 2017 0 Comments

Perkahwinan ibu bapa saya mencecah usia 37 tahun. Hanya kematian yang memisahkan mereka pabila ibu saya pulang ke rahmatullah tahun lalu. Bagi saya itu cinta agung. Sukar juga bagi saya sebenarnya kerana itulah kalau boleh cinta yang saya mahukan untuk diri sendiri juga. Cinta yang hanya maut bisa memisahkan. Ya saya mengaku saya mencari cinta agung – sama dengan cinta antara mama dan babah. Biarpun rumah tangga mereka (seingat saya) terkadang-kadang dilanda badai dan selisih faham tetapi kerana itulah pun tercipta lagu nyanyian P Ramlee dan Saloma ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Itu memang lumrah perhubungan dan perkahwinan tetapi yang jauh lebih penting dalam hal ini ialah cara kita menanganinya dan menyelesaikan selisih faham itu langsung terus maju dalam ikatan hubungan lebih akrab dan erat.

Maaf cakap…

read more

SUBSCRIBE