SEARCH

Kata Pengarang

Con Man: You Think You Know A Person… Well Honey You Don’t, And You Never Will

Kata Pengarang Rencana 9 April 2019 0 Comments

Hujung minggu yang lalu seperti biasa saya menghabiskan masa singgang menonton Netflix. Ada dua dokumentari yang menarik minat saya. Dirty Money dan Dirty John. Kedua-duanya menggunakan tajuk ‘Dirty’. I wonder why? Untuk menamatkan rasa ingin tahu, saya menonton kedua-duanya. Dirty Money ada lapan episod yang menceritakan tentang beberapa contoh penipuan dalam syarikat konglomerat seperti Volkswagen dan dalam satu episod yang lain, tentang perniagaan pinjaman wang (seperti Ah Long) di Amerika Syarikat, PayDay Advanced Money.

Dalam episod yang memaparkan penipuan dalam syarikat konglomerat Volkswagen, membuktikan betapa individu-individu penting yang memegang jawatan tertinggi dalam syarikat ini menipu dan merancang cara menutupnya. Mereka mengetepikan kesedaran sosial mereka apabila meluluskan penggunaan bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar dalam salah satu kereta keluaran mereka. Beberapa orang penting di bahagian pengurusan berkomplot menyembunyikan fakta ini termasuklah jurutera yang membangunkan teknologi jenama ini demi ketamakan mereka membuat untung berganda dan hanya untuk menjual produk mereka.

read more

Karl Lagerfeld: Pemergian Yang Meninggalkan Kesan

Kata Pengarang Rencana 5 March 2019 0 Comments

Tentunya agak sukar untuk sesiapa pun menggantikan Lagerfeld waktu ini. Ini kerana dia memegang falsafah orang lama. Orang yang berpengalaman dan matang dalam kehidupan. Tetapi dia juga bijak berevolusi dan sentiasa mementingkan inovasi. Dia tahu kejadian-kejadian terkini dalam dunia hari ini dan bijak pula memanipulasikan untuk jenama-jenama yang diterajuinya. Dia tahu wajah segar mana yang wajar dia bekerjasama untuk membuat jenama-jenama ini relevan. Dari Ines de la Fressange hingga ke Amanda Harlech, Helena Christensen ke Natalia Vodianova dan Lily Rose Depp, Rihanna hingga ke Cara Delevigne dan Kaia Gerber, kerjasama ini semua adalah keputusan Lagerfeld dalam menyegarkan jenama-jenama yang sudah berpuluh-puluh tahun bertahan ini.

Kerana ini juga saya kagum dengan Karl. Semangat dan azamnya tidak pernah mengenal erti jemu. Semangat dan azamnya ini jugalah saya kira yang memberi kekuatan kepadanya untuk terus bekerja tanpa mengenal lelah hingga ke usia 86. Tidak mudah sebenarnya untuk mencapai keupayaan ini. Karl juga percaya pada kerja…

read more

Erti Cinta Itu Tergantung Pada Diri Sendiri

Kata Pengarang Rencana 5 February 2019 0 Comments

Bertahun-tahun lamanya saya tercari-cari erti cinta. Biasalah erti cinta itu takkan sama sejak kita lahir, membesar ke sekolah rendah, cinta monyet sewaktu di sekolah menengah, cinta cemburu-cemburuan waktu remaja, menginjak usia 20-an dan percayalah ia akan semakin berubah pabila kematangan mengetuk pintu minda dan hati. Malah cinta akan sama sekali berbeza makna setelah melalui setengah abad kehidupan. Tak mengapa. Biar erti cinta itu berubah berapa kali sekalipun kerana kehidupan kita memang sudah ditakdirkan sebegitu. Akan sentiasa berevolusi dan berkembang, ia tidak seharusnya kekal di tangga yang sama. Hidup pasti bosan dan tiada lagi keterujaan andai ia tidak disapa angin perubahan.

Sebagai manusia, cinta awal yang kita kenal tentulah cinta daripada ibu kita yang tidak berbelah bahagi. Simbahan cinta dan kasih sayang daripada mama takkan saya lupakan sampai bila-bila. Cintanya itu begitu agung sehingga saat ini pun walau dia tidak lagi bersama, masih dapat saya rasai. Hangatnya dakapan mama dan tulusnya ciuman dia di pipi saya terkadang-kadang masih lagi menemani apalagi kala saya merindui. Benarlah kata orang tali perhubungan antara ibu dan anak itu tidak akan terputus sampai bila-bila. Dan cinta ibu itu…

read more

2019: 10 Sebab Kita Perlu Lebih Menghargai Wanita

Kata Pengarang Rencana 3 January 2019 0 Comments

1
MANI/ PEDI
Sejak teman saya menghadiahkan pakej membuat kuku di salah satu salon kuku ibu kota, I’m hooked since then. Setiap bulan paling kurang sekali saya mesti pergi manicure dan pedicure ditambah buffing. It’s really a commitment. Dan wanita perlu menghabiskan masa sejam setengah sekurang-kurangnya untuk membuat mani dan pedi. Bayangkan kalau seumur hidup wanita melakukannya?

2
EYELASH EXTENSION
Seorang teman membuka salon eyelash extension dan mengundang saya mencuba perkhidmatan ini. Memanglah hasilnya menawan. Mata nampak besar dan cantik. Wajah serta-merta berubah manis pabila memasang extension bulu mata. Tetapi sampai dua jam perlu menadah muka di depan pakar bulu mata, saya jadi letih selepas tiga kali melakukannya. Jadi saya tidak menyambung lagi selepas kali ketiga. Ada wanita yang tidak pernah tak pakai extension bulu mata, bayangkan kesukarannya?

read more

You Is Kind, You Is Smart, You Is Important

Kata Pengarang Rencana 10 December 2018 0 Comments

Babak di mana Viola Davis memberitahu kata-kata akhir kepada anak gadis kulit putih yang dijaganya sebelum dia beredar dari rumah tuannya dalam filem The Help sungguh membekas. Sampai saya ambil menjadi prinsip hidup sendiri. Katanya kepada anak kecil yang menangis-nangis seperti tahu dia akan pergi selama-lamanya kerana diberhentikan kerja dan takkan menjadi nanny nya lagi, “You remember what I told you?” Dan anak kecil itu menjawab, “You is kind, you is smart, you is important.” Saya takkan gagal menangis setiap kali menonton babak ini. Kata-kata ini juga saya ambil jadi pengajaran dan rumusan untuk menutup 2018.

Sedar tak sedar kita sudah berada dalam bulan Disember. Klise sungguh kalau saya menyebut yang masa beredar begitu pantas kerana ini telah pun disebut berkali-kali oleh banyak orang. Zaman kita dikejar arus kemodenan ini memang lumrahlah masa semakin cepat berlalu. Zaman Instagram dan online, zaman segala-galanya di hujung jari. Kerana itulah sekelip mata, kita dah berada di penghujung tahun. Apakah yang kamu belajar sepanjang 2018? Apakah kamu masih individu yang sama seperti sewaktu tahun ini bermula? Atau terlalu banyak pengajaran yang kamu peroleh sehingga kamu menjadi insan yang amat berlainan.

read more

Awas Dengan Sakit Mental, Ia Isu Yang Sangat Bahaya

Kata Pengarang Rencana 15 November 2018 0 Comments

Dua minggu lalu saya mendapat berita sedih yang sungguh tak terjangka. Kenalan yang pernah menjadi teman baik saya ditemui mati di dalam biliknya di Kuantan. Dipercayai kepalanya diketuk, mukanya ditekap dengan bantal dan kemudian biliknya dibakar. Jirannya mendapat tahu kerana terlihat asap yang keluar berkepul-kepul dari tingkap biliknya. Tragis sungguh kematiannya. Punca pembunuhan ini tidaklah sesiapa pun yang tahu kerana siasatan masih berlangsung. Tapi saya bertanya pada temannya yang menghantar Whatsapp tentang berita kematiannya kepada saya, “Takkan kau tak tahu langsung mengapa ini terjadi?” Jawapnya, “Aku syak bekas kekasih dia yang buat…”

Memikir-mikir tentang perkara ini, saya pasti ini disebabkan rasa dengki atau dendam yang mendalam. Jika tidak masakan sampai sangguh berbunuhan. Ya, begitulah kalau minda dipenuhi anasir-anasir jahat dan ‘sakit’. Sakit mental ini bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Kerana sakit di minda ini akan membuatkan orang melakukan perkara di luar batasan dan norma kehidupan. Sakit minda ini seringnya akan membabitkan perasaan. Ia akan mendatangkan rasa sakit hati, iri, dendam dan benci. Lalu…

read more

SUBSCRIBE