SEARCH

Kata Pengarang

KLFW 2019: Apakah Ia Menyemarakkan Industri & Mencapai Objektif Sebuah Minggu Fesyen?

Highlight Kata Pengarang Rencana 11 September 2019 0 Comments

Rancaklah di mana-mana orang menyebut tentang Kuala Lumpur Fashion Week 2019. Menghampiri minggu KLFW ini semua sudah kecut perut memikirkan helaian mana yang mahu disarung dan pertunjukan fesyen yang mana kah mahu dihadiri? Berlangsung dari 21 Ogos sampai 26 Ogos 2019, ini satu-satunya minggu fesyen yang dianggap relevan di Malaysia. Namanya itu sendiri ibarat penjenamaan buat ibu kota kita. Ia seharusnya dianggap sama tarafnya dengan minggu-minggu fesyen dunia yang seperti Paris Fashion Week, Milan Fashion Week atau New York Fashion Week.

Jadi tak salah lah kalau banyak anak-anak muda bahkan pereka-pereka yang menyertai senak perut kerana teruja untuk minggu KLFW. Saya sempat menghadiri tiga pertunjukan tahun ini. Bermula dengan Wynka, jenama dari Kuching yang baru pertama kali menyertai KLFW, Ezzati Amira pada petang hari sama dan InnaiRed pada hari terakhir. Ketiga-tiga jenama ini…

read more

Malaysia 2020, Apakah Kita Cukup Progresif dan Bersedia?

Kata Pengarang Rencana 7 August 2019 0 Comments

Kurang empat bulan lagi kita akan menyambut kedatangan tahun 2020. Ingat lagi tak waktu tahun 2020 ini dicanangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai salah satu wadah menjana negara kita sewaktu dia berada di tampuk pemerintahan dulu? Dia menggelarnya sebagai Wawasan 2020. Ini visi yang mahu dia capai untuk Malaysia. Visi ini diperkenalkannya pada 1991. Bagus visi ini sewaktu di awal pengenalannya itu. Saya pasti waktu itu rakyat Malaysia berkobar-kobar mahu menjana Malaysia sesempurna yang digambarkannya dalam Wawasan 2020. Saya ingat membesar pada waktu itu, iklan-iklan TV, sepanduk digantung di merata-rata dan tak silap saya ada lagu khas diperkenalkan untuk membakar semangat rakyat Malaysia. Apakah Malaysia 2020 ini boleh dicapai?

Secara amnya seperti yang ditulis William Greider dalam eseinya pada 1997 bertajuk ‘Wawasan 2020’, visi ini menurut Tun Mahathir adalah untuk melihat Malaysia menjadi negara industri yang berdikari yang mana ekonominya akan membangun sehingga lapan kali ganda menjelang 2020. Masyarakat Malaysia pula seperti yang sering ditekankan Tun Mahathir…

read more

I Work Really Hard… What Does It Even Mean?

Kata Pengarang Rencana 6 July 2019 0 Comments

#STAILISHROOMS berlangsung lagi untuk tahun kedua. Berakhir hujung Jun, selama 10 hari ini tempoh paling sibuk buat warga kerja STAIL.MY. Ini tidak mengambil kira lagi dari waktu perancangan, WIP (work in progress), majlis makan tengah hari bersama influencers dan sepanjang 10 hari pameran bilik-bilik stailish ini berlangsung. Aduh… tak menang tangan. Di antara waktu menguruskan #STAILISHROOMS itu pula, perlu merakam video-video untuk kandungan online bagi mempromosikan bilik-bilik ini. Ya rabbi… rasa bagai 24 jam sehari itu tidak cukup sama sekali.

Tapi saya langsung tak kisah jika harus bekerja kuat sebegini. Dari kecil babah dan mama memang mengajar saya untuk bekerja. Pesan mereka selalu pada saya, “Duit bukan jatuh dari pokok tau. Kalau nak duit, kamu kena kerja untuk memilikinya. Lagi banyak duit yang kamu nak, lagi kuatlah kamu kena kerja. Ingat duit bukan boleh petik macam daun.” Selama-lamanya pesanan itu saya pegang sampai bila-bila. Sejak dari selepas SPM lagi, saya sudah mula pandai cari kerja. Mama takkan sesenangnya menghulur duit pada saya.

read more

Tentang Raya, Hidup Yang Singkat & Meluahkan Perasaan

Kata Pengarang Rencana 13 June 2019 0 Comments

Genap sudah seminggu hari Raya berlalu. Semua umat Islam di Malaysia meraikannya. Waima dalam cara paling meriah atau sederhana bergantung pada pemahaman Raya masing-masing. Ya ada yang saya tengok beria-ia beraya. Memastikan sebulan puasa itu berganti dengan sebulan juga beraya. Tapi ada juga antara kita yang sekadar meraikannya beberapa hari bersama keluarga dan sahabat handai kemudian kembali semula kepada kehidupan biasa malah ada yang terus mula berpuasa enam mengejar pahala. Alhamdulillah.

Saya tidak mahulah komen banyak berkenaan hari Raya dan cara sepatutnya meraikannya. Kerana itu tergantung cara masing-masing. Tetapi yang saya boleh beritahu hanyalah pendapat saya sahaja tentang beraya. Pada saya Raya itu biarlah berpada-pada dalam cara paling sederhana. Kerana itu Tuhan menyuruh kita berpuasa. Puasa itu mengajar kita mendisiplinkan diri, bersederhana, menahan diri daripada menurut nafsu – secara amnya mencari keseimbangan dalam hidup.

read more

Met Gala 2019: Memperkukuhkan Lagi Stail Peribadi & Mengalirkan Inspirasi

Kata Pengarang Rencana 8 May 2019 0 Comments

I really had a lot of fun watching Met Gala 2019 pink carpet. Apa lagi dengan tema Met Gala tahun ini ‘Camp: Notes on Fashion’ diambil daripada esei Susan Sontag yang ditulis pada 1964 ‘Notes on Camp’. Saya merasa begitu akrab dengan tema ini. Masakan tidak, itu memang tema saya dalam memakai baju tiap-tiap hari. Lebih-lebih lagi kalau saya perlu menghadiri majlis. Selepas memuat naik beberapa IG Story semalam, banyak yang DM saya bertanya, “Apa itu camp?” Sebut Sontag dalam eseinya, camp bermaksud, “love of the unnatural: of artifice and exaggeration . . . style at the expense of content . . . the triumph of the epicene style”.

Menurut Andrew Bolton, kurator untuk pameran ini pula, camp hari ini sudah semakin diterima dalam arus massa. “It has become increasingly more mainstream in its pluralities—political camp, queer camp, Pop camp, the conflation of high and low, the idea that there is no such thing as originality.” Saya pernah menulis sebelum ini, sejak saya memulakan STAIL.MY, saya mula menyarung helaian wanita.

read more

Con Man: You Think You Know A Person… Well Honey You Don’t, And You Never Will

Kata Pengarang Rencana 9 April 2019 0 Comments

Hujung minggu yang lalu seperti biasa saya menghabiskan masa singgang menonton Netflix. Ada dua dokumentari yang menarik minat saya. Dirty Money dan Dirty John. Kedua-duanya menggunakan tajuk ‘Dirty’. I wonder why? Untuk menamatkan rasa ingin tahu, saya menonton kedua-duanya. Dirty Money ada lapan episod yang menceritakan tentang beberapa contoh penipuan dalam syarikat konglomerat seperti Volkswagen dan dalam satu episod yang lain, tentang perniagaan pinjaman wang (seperti Ah Long) di Amerika Syarikat, PayDay Advanced Money.

Dalam episod yang memaparkan penipuan dalam syarikat konglomerat Volkswagen, membuktikan betapa individu-individu penting yang memegang jawatan tertinggi dalam syarikat ini menipu dan merancang cara menutupnya. Mereka mengetepikan kesedaran sosial mereka apabila meluluskan penggunaan bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar dalam salah satu kereta keluaran mereka. Beberapa orang penting di bahagian pengurusan berkomplot menyembunyikan fakta ini termasuklah jurutera yang membangunkan teknologi jenama ini demi ketamakan mereka membuat untung berganda dan hanya untuk menjual produk mereka.

read more

SUBSCRIBE