Posted on May 26, 2026

Ada sebab mengapa efek sunkissed sentiasa menjadi antara look kecantikan yang paling digemari. Kulit yang kelihatan hangat, segar dan sedikit glowing itu memberi impresi seolah olah seseorang baru pulang dari percutian di tepi pantai, cukup rehat, cukup tidur dan terkena cahaya matahari dalam jumlah yang sempurna. Mungkin kerana itu juga bronzer menjadi salah satu produk yang sukar dipisahkan daripada rutin solekan hari ini. Tetapi mencari bronzer yang benar benar nampak natural masih bukan sesuatu yang mudah. Ada formula yang terlalu kering, terlalu berat atau meninggalkan efek terlalu tajam pada wajah.

Untuk Solekan Natural & Effortless
Terbaharu, Fenty Beauty memperkenalkan Sun Stalk’r Soufflé Pressed Mousse Cream Bronzer, sebuah inovasi yang bermain dengan tekstur dan kemasan kulit dengan cara yang lebih moden. Inspirasi utamanya datang daripada soufflé, ringan, lembut dan gebu. Teksturnya anjal ketika disentuh sebelum mencair perlahan pada kulit, memberikan efek bronzed yang lebih kabur dan menyatu secara semula jadi. Hasil akhirnya bukan sekadar contour atau shading biasa, tetapi kulit yang kelihatan lebih hidup dan berdimensi.
Menurut Rihanna, tekstur produk ini menjadi elemen paling istimewa kerana ia memberi sensasi yang hampir menyerupai soufflé sebenar, ringan dan melt effortlessly pada kulit dengan efek airbrushed finish. Formula pressed mousse ini juga bergerak daripada tekstur krim kepada kemasan seakan powder yang ringan. Ia memudahkan proses blending tanpa membuatkan solekan kelihatan patchy. Pada masa sama, formulanya direka untuk tahan air, tahan peluh serta tahan lembapan cuaca, menjadikannya sesuai dipakai sepanjang hari tanpa perlu risau solekan cepat pudar.

Hadir Dengan 8 Pilihan Rona
Sun Stalk’r Soufflé hadir dalam lapan pilihan tona neutral yang direka untuk pelbagai warna kulit. Pendekatan inclusivity itu sendiri sudah menjadi identiti utama Fenty Beauty sejak jenama ini dilancarkan, menjadikan setiap produk terasa lebih dekat dengan keperluan pengguna sebenar. Selain formulanya, compact bercorak tortoise shell yang digunakan juga memberi sentuhan mewah yang membuatkan produk ini terasa lebih eksklusif di tangan.
Dalam dunia kecantikan hari ini, ramai semakin memilih solekan yang nampak ringan dan natural. Sun Stalk’r Soufflé hadir dengan pendekatan itu menerusi kemasan bronzed yang lembut dan mudah disesuaikan untuk kegunaan harian. Hasilnya membuatkan kulit kelihatan lebih hangat dan berdimensi tanpa efek solekan yang terlalu berat.
BACA: Pilihan STAIL: Produk Must-Have untuk Kulit Glowing & Solekan Natural











.gif)
.gif)
Apa pandangan anda?