Posted on January 14, 2018
Gambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan: Fendi Sani Pakaian: Milik Penata Gaya Arahan Seni: Merrissa Emilda Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
Kirill Mogan, 18 – Peragawan
1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu?
Nama saya Kirill Moganasundaram. Saya berasal dari Ipoh, Perak. Kami sekeluarga berpindah ke Subang Jaya pada 2012. Buat masa ini, saya menunggu panggilan untuk melanjutkan pengajian tinggi di universiti.
2 – Bagaimana kamu menceburi bidang peragaan ini?
Ramai yang berkata saya patut cuba menjadi peragawan kerana ketinggian saya ini. Kebetulan Kuala Lumpur Fashion Week 2017 (KLFW’17) mengadakan temuduga pengambilan model dan saya terpanggil untuk mencubanya. Saya mencuba nasib dan akhirnya saya diterima. Begitulah kisah bagaimana saya bermula menjadi seorang peragawan.
3 – Kempen terbesar yang pernah kamu peragakan?
Buat masa ini, kerana saya baru sahaja melangkah kaki ke dalam industri, saya boleh katakan KLFW’17 yang lalu adalah kempen fesyen terbesar yang saya pernah sertai.
4 – Pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang bergelar peragawan?
Oleh kerana saya belum lagi mempunyai lesen memandu, saya melewati hari-hari KLFW’17 dengan bersungguh-sungguh. Berulang-alik dari Subang Jaya ke Kuala Lumpur dalam masa seminggu yang padat dan banyak lagi kisah-kisah mencabar yang saya lalu sepanjang pengalaman peragaan pertama saya itu. Ia meletihkan tetapi sangat berbaloi.
5 – Apakah keadaan fikiran kamu semasa melewati pentas?
Saya seorang yang mudah ketawa. Jadi bagi mengelakkan dari tertawa semasa berjalan di atas runway, saya hanya fokus pada kamera di hujung pentas. Saya tidak pandang langsung wajah-wajah tetamu yang hadir dan tidak berfikir sama sekali tentang perkara-perkara yang lain. Itu membuatkan saya fokus.
6 – Adakah bidang peragaan kerja mudah atau pun sukar? Kenapa?
Saya baru sahaja bermula, jadi saya tidak mempunyai banyak cerita yang ingin diketengahkan. Melalui pengalaman saya, ia mudah tetapi jangan terlampau berfikir (overthinking) kerana jika kamu cemas, penampilan kamu di atas pentas akan terjejas.
7 – Perkara terburuk dan terbaik menjadi seorang peragawan?
Sekali lagi, kerana saya baru sahaja bermula, saya rasa tiada perkara negatif yang saya lalui sepanjang bergelar peragawan. Perkara terbaik pula adalah bertemu rakan-rakan peragawan baru dari serata negara dan bergerak ke tempat-tempat baru serta belajar perkara-perkara yang baru.
8 – Bagaimana seorang peragawan menjaga penampilan?
Biasanya selepas sesi bergambar ataupun runway, selalunya saya akan terus membersihkan muka dari segala solekan pada hari tersebut. Jika kamu membiarkannya terlalu lama, ia mungkin mendatangkan cela pada kulit wajah kamu. Saya harus menjaga kebersihan wajah sebagai seorang peragawan.
9 – Sebagai seorang peragawan, rutin harian penjagaan wajah kamu?
Saya tidaklah begitu hardcore dalam rutin penjagaan wajah seharian. Cukup hanya membasuh muka sebanyak dua kali dalam sehari atau tiga jika perlu.
10 – Stail dan fesyen bagi seorang Kirill Mogan?
Stail adalah ekspresi diri. Ia boleh dilaksanakan melalui tata penggayaan dan busana. Ataupun terpancar hanya menerusi diri kamu. Fesyen pula ada kemahuan kamu.
Menjaga kebersihan kulit wajah saya kerana kebersihan adalah #skingoals yang menghadirkan keyakinan
Produk saranan kami untuk jenis kulit Kering SEPERTI KIRILL
- First Aid Beauty Hello Fab Coconut Water Cream
- Fresh Rose Face Mask
- Dr Jart+ Water Fuse Dew Drops Serum
- Boscia Jelly Ball Cleanser
Produk boleh didapati di Sephora
Apa pandangan anda?