Posted on November 15, 2019
Sitting Editor: Ryan Mohamad
Gambar & Suntingan Video: Jordi Harris
Penata Gaya & Video: Ardi Idewani
Model: Aqil Mohammad
Lima tahun lalu dunia bina badan negara dikejutkan dengan pemergian seorang ahlinya yang cukup komited dalam seni bina badan. Afiq Mohammad yang juga pernah mewakili negara dalam pertandingan male pageant menghembuskan nafas terakhirnya dalam tidur, mengejutkan ramai orang di sekelilingnya. Berita penuh kejutan itu diterima adiknya Aqil Mohammad dalam keadaan yang tidak disangka-sangka kerana dia baru saja berbalas mesej mengucapkan hari jadi kepada abangnya itu. Menjadikan arwah Afiq sebagai idolanya, Aqil menurut kata-kata abangnya untuk bertukar bidang sukan dan meneruskan legasi bina badan.
Nama: Aqil bin Mohammad Umur: 26 tahun Asal: Shah Alam Tarikh Lahir: 20 Ogos 1993
Bila mula serius membina badan?
Saya mula serius membina badan bermula lima tahun lepas, apabila abang saya meninggal dunia. Kata-kata terahirnya kepada saya ialah untuk menukar sukan kerana sebelum ini saya mewakili Selagor dalam sukan bola sepak. Jadi, saya lakukan ini sebagai salah satu penghormatan saya untuk dia.
Rantai, seluar & kasut Prada Musim Luruh/ Dingin 2020
Sudah mencapai tubuh yang diingini?
Belum lagi. Bukan mahu besarkan badan lagi tapi saya ingin menyertai satu pertandingan bina badan dan merangkul juara kemudian saya berpuas hati. Saya pernah cuba sertai pertandingan sebegini sebanyak tiga kali dan ketiga-tiganya mendapat top 5.
Berapa kali ke gimnasium dalam seminggu?
Lima ke enam hari dalam seminggu. Itupun bergantung dengan masa dan kesibukan. Tetapi saya akan pastikan cukup lima hari untuk bersenam otot.
Aqil memakai beg sandang Prada
Saranan Aqil bagi yang baru saja bermula membina badan
Kita tidak boleh bergantung sangat kepada makanan tambahan, kerana ia sekadar membantu tubuh kita menjadi besar dan sebagainya mengikut keinginan. Jadi, sebenarnya solid food, senaman dan rehat adalah penting. Kemudian, barulah makanan sampingan seperti protein atau steroid. Harus dipastikan kamu harus konsisten dengan latihan, makanan sebenar dan rehat.
Jam Tangan Swatch Bigbold
Jaket kulit Calvin Klein Musim Luruh/ Dingin
Aksesori milik penata gaya
Idola bina badan Aqil Mohamad
Simeon Panda. Dia seorang ahli bina badan. Saya mengidolakannya kerana ciri-ciri tubuh asas yang ada padanya mirip tubuh Aqil. Dia memiliki ketinggani yang baik, upper body, lower body cukup ngam di mata Aqil.
Adakah Aqil akan meneruskan bina badan setelah berkahwin?
Ya, saya akan teruskan. Sekarang sememangnya saya dalam off season, sibuk dengan kerja dan tidak konsisten. Tapi mulai bulan ini saya mula berdiet dan kembali serius untuk pertandingan pada Januari atau Februari tahun hadapan.
Jaket bulu & Seluar Prada Musim Luruh/ Dingin 2020
Bagaimana mahu kekalkan otot perut untuk kelihatan menarik?
Gula adalah kawan yang paling jahat. Dia manis dan enak tetapi jika dia lama duduk di dalam lemak perut, dia akan susah untuk dihapuskan. Minyak juga bahaya untuk memiliki perut menawan, bukan tidak boleh ambil langsung, kerana makanan di Malaysia banyak melibatkan penggunaan minyak. Tetapi cuba kurangkannya. Terdapat beberapa tanggapan stereotaip mengenai makan malam, sebenarnya boleh saja makan. Yang membuatkan perut buncit ialah tabiat selepas makan terus tidur.
Jaket celoreng & seluar Under Armour
Masak sendiri untuk persediaan pertandingan
Belajar melalui YouTube dan kawan-kawan, saya masak sendiri menu orang bina badan yang biasa tidaklah istimewa mana. Tapi saya akan makan setiap dua setengah jam sekali, yang terdiri daripada menu yang sama dari pagi hingga malam. Ia terdiri daripada beras perang, brokoli, ikan talapia ataupun ayam yang direbus semuanya. Selama enam bulan saya akan makan menu yang sama.
Apa pandangan anda?