Posted on December 31, 2019
Kita berjaya survived sepanjang 2019 ini. Tahniah buat semua bintang. Walaupun pelbagai ramalan dan kejadian telah terjadi, tetapi kita berjaya tempuhi dengan penuh sabar dan kejayaan.
Apa lagi yang bakal kita hadapi pada 2020 yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama? Sudah tetapkah Wawasan 2020 kamu? Ayuh kita lihat satu demi satu jangkaan zodiak kamu meraikan malam tahun baharu 2020 malam nanti. Selamat Tinggal 2019!
Aries
21 Mac hingga 19 April
Sudah waktunya untuk meraikan si Aries. Kamu sudah bersedia untuk diraikan dalam sebuah parti penuh bergaya. Jika kamu telah mengaturkan resolusi tahun baru untuk 2020, kamu harus bersedia dan melaksanakan azam dengan lebih praktikal. Nanti, kamu boleh bergaul dengan beberapa orang berpengaruh pada sebuah parti dan kamu harus sentiasa bersedia dengan momen itu. Sisi hiburan kamu nanti lebih cerah dan ia dapat membantu kamu untuk mudah bergaul dengan semua orang.
Taurus
20 April hingga 20 Mei
Nikmati perayaan malam tahun baharu ini. Fikiran kamu akan mengelamun tentang masa hadapan malam ini kerana penguasa Venus bergerak melalui Aquarius yang berpandangan ke hadapan. Kamu mungkin lebih senang menghabiskan malam di rumah dengan beberapa kawan yang rapat, bukannya di bar yang sesak. Kamu akan berbincang dengan lebih bahagia di mana kamu ingin pergi melancong. Kunci kepada malam tahun baharu yang hebat adalah mengetahui batasan kamu dan tidak menetapkan jangkaan yang tinggi terhadap sesuatu. Chill je okay.
Gemini
21 Mei hingga 20 Jun
Anda adalah penghidup acara malam ini. Namun, acara yang kamu ingin lalukan hanyalah dengan keluarga dan teman-teman rapat. Kamu mungkin berminat untuk merayakan tahun baharu dengan insan yang lebih dekat di rumah, di mana kamu boleh mengadakan perbincangan yang boleh didengar dan mengejar. Perbualan kamu tertumpu pada transformasi. Kamu bersedia untuk mengambil sudut yang optimistik.
Cancer
21 Jun hingga 22 Julai
Raikan malam ini secara besar-besaran Cancer, kerana kamu layak meraikannya. Kamu mahir dalam merancang parti yang bagus kerana kamu kreatif. Kamu mampu memberi inspirasi kepada sesiapa untuk membincangkan bagaimana kamu boleh bekerja dan menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Kamu boleh membenihkan idea perniagaan dengan rakan kongsi kamu dan pastikan kamu menulis segala idea yang terbuah mala mini agar ia tidak lenyap difikiran.
Leo
23 Julai hingga 22 Ogos
Adakah kamu tertanya-tanya bagaimana kamu akan menunjukkan identiti sebenar kamu pada 2020? Fikiran kamu akan berubah menjadi strategi di malam tahun baharu ini. Cuba nikmati masa ini dan bukannya merancang langkah seterusnya semasa keraian. Kamu cukup berhati-hati menyusun pengeluaran wang tunai kamu. Pastikan kamu menetapkan belanjawan untuk malam ini, atau cari cara untuk memastikan kos kamu rendah dengan menghabiskan waktu petang dengan rakan dan keluarga. Leo sudah bersedia untuk mematuhi sebarang resolusi yang kamu tetapkan. Nantikan, sesuatu yang indah bakal menjelma tengah tahun ini.
Virgo
23 Ogos hingga 22 September
Kamu akan mempunyai satu-satunya peluang pada malan ini, Virgo. Ia memberi inspirasi kepada kamu untuk meneroka pilihan. Pastikan bahawa kamu membawa bersama beberapa teman rapat ketika kamu menyambut tahun baharu nanti. Kamu akan membuat keputusan yang tepat dan memastikan bahawa kamu akan mendapat masa yang hebat. Nikmati perayaan dan ketahui bila tiba masanya untuk pulang ke rumah supaya kamu dapat menikmati tahun baru secara waras.
Libra
23 September hingga 22 Oktober
Libra masih bingung mahu pakai apa malam ini? Tidak ada masa yang lebih baik untuk mengambil risiko fesyen. Bersedialah untuk menikmati malam tahun baharu ini. Kamu mungkin tertarik untuk meraikan di ruang kamu sendiri. Pastikan kamu dapat menikmati perbualan yang baik dengan sesiapa saja di hadapan kamu malam ini.
Scorpio
23 Oktober hingga 21 November
Scorpio berada dalam mood untuk meraikan tahun baharu. Malam ini emosi kamu lebih nampak dan jelas. Ini boleh menjadi masa yang sangat baik untuk meluahkan sayang kamu kepada seseorang yang berada dalam fikiran kamu sekarang ini. Luangkan masa untuk meraikan dengan yang tersayang seperti keluarga atau menelefon mereka untuk mengira detik tahun baharu bersama-sama.
Sagittarius
22 November hingga 21 Disember
Kamu memberi tumpuan kepada masa depan yang sihat, Sagittarius. Kerjaya dan cinta memberi inspirasi kepada kamu untuk menjadi munasabah dengan apa yang kamu jangkakan. Soal wang, kamu bersyukur atas apa yang kamu ada. Kamu boleh menemui diri kamu dalam beberapa perbualan bersama orang-orang yang benar-benar mendengar cerita kamu.
Capricorn
22 Disember hingga 19 Januari
Kamu tidak menjangka siapa yang kamu akan jumpa pada hari terakhir tahun ini. Wawasan kamu membantu kamu untuk berkongsi idea dengan orang-orang yang memberi inspirasi kepada kamu. Pastikan kamu tidak memecahkan terlalu banyak rahsia kerana kamu boleh mendapatkan sesuatu daripadanya di kemudian hari. Kamu sudah bersedia untuk melangkah tahun ini dengan kaki kanan.
Aquarius
20 Januari hingga 18 Februari
Kamu mungkin lebih cenderung untuk meraikan di rumah saja tahun ini. Sekiranya kamu tidak mempunyai masa untuk merancang parti, jemput kawan-kawan untuk makan pada siang hari, atau makan malam sebelum perayaan bermula. Beri sedikit masa untuk berfikir sebelum kamu keluar ke acara tahun baharu. Kamu harus bermeditasi pada perasaan kamu sebelum memulakan tahun baharu. Kamu boleh ditarik ke dalam beberapa perbualan yang menarik dan pastikan kamu mendapat tempat di mana kamu boleh menikmati perbincangan yang kamu sukakan.
Pieces
19 Februari hingga 20 Mac
Kita berjaya survived sepanjang 2019 ini. Tahniah buat semua bintang. Walaupun pelbagai ramalan dan kejadian yang telah terjadi, tetapi kita berjaya tempuhi dengan penuh sabar dan kejayaan. Apa lagi yang bakal kita hadapi pada tahun 2020 yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama? Sudah tetapkah Wawasan 2020 kamu? Ayuh kita lihat satu demi satu jangkaan bintang kamu sepanjang tahun 2020 nanti. Selamat Tinggal 2019!
Apa pandangan anda?