Posted on January 8, 2020
Parasite Cipta Sejarah Perfileman Korea
Parasite menjadi filem pertama asal Korea Selatan yang memenangi anugerah dalam kategori ‘Filem Bahasa Asing Terbaik’ di Golden Globe Awards 2020. Anugerah itu diterima oleh pengarah, Bong Joon Ho.
‘Wow, menakjubkan dan tak terpercayakan!” ucap Bong Joon Ho teruja semasa menerima anugerah di atas pentas.
“Setelah kamu berhasil mengatasi jurang tembok 1 inci (kesukaran untuk membaca) sarikata, kamu akan diperkenalkan dengan lebih banyak lagi ilem-filem yang hebat!” tutur Boong Joon Ho.
Dalam kesempatan tersebut, Boong Joon Ho turut melahirkan rasa syukur dan terhormat sebelumnya, ketika mengetahui ‘Parasite’ berjaya tercalon untuk pencalonan bersama banyak filem antarabangsa ternama lainnya.
“Saya rasa kami hanya menggunakan satu bahasa yakni bahasa filem,” ucapnya seperti yang dilaporkan oleh The Hollywood Reporter.
https://www.instagram.com/p/B694vmjlVp-/?utm_source=ig_web_copy_link
Dalam kategori ‘Filem Bahasa Asing Terbaik’ ini, ‘Parasite’ berjaya menewaskan ‘The Farewell’ (Amerika Syarikat), ‘Les Misérables’ (Perancis), ‘Pain and Glory’ (Sepanyol) dan ‘Portrait of Lady on Fire’ (Perancis).
Walau bagaimanapun, ‘Parasite’ gagal tercalon untuk kategori utama, ‘Best Picture Award’ kerana dirakamkan sepenuhnya dalam Bahasa Korea. Ini berikutan peraturan yang ditetapkan oleh The Hollywood Foreign Press Association bahawa setiap filem bahasa asing yang ingin bertanding harus mengandungi dialog Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya 50%.
Pun begitu, ‘Parasite’ berjaya tercalon untuk kategori ‘Pengarah Terbaik’ serta ‘Lakon Layar Terbaik’, selain ‘Filem Bahasa Asing Terbaik’.
‘Parasite’ mengisahkan tentang perbezaan darjat dan kehidupan antara dua keluarga. Keluarga pertama diketuai oleh sang bapa, Kim Ki Taek (Song Kang-ho) bersama isteri, Kim Choong Sook (Chang Hyea-jin) dan sepasang anak (lelaki dan perempuan) belasan tahun mereka, tinggal di pangsapuri bawah tanah yang kecil dan usang akibat kesempitan hidup.
Mereka bekerja dengan gaji rendah bagi melangsungkan kehidupan. Hingga akhirnya, anak lelakinya, Kim Ki Woo (Choi Woo-shik) berkesempatan bekerja di rumah keluarga Park yang kaya raya. Perlahan-lahan, seluruh anggota keluarga Kim bekerja di situ.
Satira kehidupan keluarga ini dibungkus sangat menarik dan disulam dengan komedi gelap ala Bong Joon Ho.
Sejak tayangan perdana di Cannes pada 2019, ‘Parasite’ sudah meraih banyak penghargaan antarabangsa seperti Palme d’Or dan menjadi filem Korea pertama yang memenangi ‘Filem Terbaik’ di National Society of Film Critics.
‘Parasite’ juga menjadi salah satu filem kegemaran mantan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama tahun lalu.
Next up are my favorite movies and TV shows of 2019. Of course, there’s also American Factory, a film from our own production company, Higher Ground, that was recently shortlisted for an Oscar. Here’s the full list: pic.twitter.com/PEcgwotcxm
— Barack Obama (@BarackObama) December 29, 2019
Parasite menelan belanja sebanyak ₩13.5 bilion (US$11juta) dan berhasil mengutip kutipan pecah panggung sebesar US$130 juta seluruh dunia. Filem ini juga menjadi salah satu filem terlaris 2019 dengan penjualan melebihi 10 juta tiket, hanya di Korea Selatan.
Apa pandangan anda?