Posted on January 17, 2020
Madame Tussauds Hong Kong mengumumkan bakal mempamerkan patung lilin jaguh badminton tanah air Datuk Lee Chong Wei, sekaligus menjadikannya atlet Malaysia pertama yang diabadikan di muzium lilin itu. Menerusi video rasmi sesi pengukuran badan, Chong Wei bersapa mesra dengan peminatnya, berterima kasih atas sokongan mereka selama ini.
Chong Wei pemain badminton pertama yang berjaya merangkul juara perlawanan akhir Kejohanan BWF Super Series Masters Finals untuk tiga tahun berturut-turut. Selain pernah menduduki tangga pertama di peringkat dunia selama 349 minggu, dia turut dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik Tokyo 2020. Di samping itu, dia telah menyumbang sekitar RM2 juta kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) menerusi Yayasan Lee Chong Wei.
Sepanjang sesi pengukuran badan selama enam jam, Chong Wei bukan sekadar memberikan kerjasama penuh bagi memenuhi pelbagai piawaian pengukuran, malah membuat aksi lawak dengan alat pengukuran kakitangan di situ, sehinggakan mereka ketawa tidak terhenti-henti. Apabila ditanya bahagian mana yang paling disukainya,
“Saya amat kagum dengan warna rambut dan mata patung lilin saya yang seakan-akan warna sebenar saya! Saya sangat bersyukur dan berbesar hati kerana diberikan peluang untuk mewakili Malaysia, dan berharap patung lilin saya akan memberi inspirasi kepada lebih ramai warga Malaysia untuk menonjolkan kehebatan negara tercinta kita di persada dunia.”
“Malaysia antara pasaran terpenting bagi kami. Selepas mempamerkan patung lilin Michelle Yeoh beberapa tahun lepas, kini tiba pula giliran Lee Chong Wei sebagai warga Malaysia kedua diabadikan di muzium lilin kami. Kami sangat berbesar hati dengan penyertaan atlet tersohor ini, dan berharap ia akan menarik peminat sukan dari Malaysia dan seluruh dunia untuk mengalami kehebatan sukan badminton.” Ketua Bahagian Pemasaran, Madame Tussauds Hong Kong, BoBo Yu.
Patung lilin Lee Chong Wei dijangka akan dipamerkan pada suku kedua tahun ini.
Apa pandangan anda?