Tahun Tikus ini dihadirkan dengan pelbagai tawaran menarik melibatkan model-model terlaris dalam portfolio BMW dan MINI. Ini adalah tawaran menarik BMW Malaysia sempena Tahun Baharu Cina.
Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020, pemilik BMW baharu dapat menikmati faedah pembiayaan menarik berkadar 1.38% bagi model-model seperti BMW 330i M Sport, BMW 530e M Sport, BMW 530i M Sport, BMW 520i Luxury, BMW 740Le xDrive LCI, BMW 630i GT, BMW X1 sDrive20i, BMW X3 xDrive30i Luxury dan BMW X3 xDrive30i M Sport.
Sepanjang tempoh ini, pemilik baharu BMW 330i M Sport juga akan diberikan liputan Program Perlindungan Terunggul BMW (BMW Ultimate Protection Programme) untuk tempoh setahun secara percuma – pelan insurans pertama seumpamanya yang menawarkan liputan perlindungan ke atas pemilik dan jentera BMW mereka. Pemilik model-model lain yang dinyatakan di atas juga dapat menikmati tawaran yang sama, dengan manfaat tambahan berupa liputan percuma Insurans Komprehensif BMW (BMW Comprehensive Insurance) selama setahun.
Juga, pemilik MINI baharu dapat menikmati pembiayaan ansuran bulanan bermula daripada RM2,388 sebulan dan rebat tunai di antara RM8,000 hingga RM22,000 bagi model-model MINI yang terpilih. Tambahan lagi, jemputan eksklusif ke MINI Track Driving Experience yang dinanti-nantikan juga akan diberikan kepada 20 pemilik MINI 3 Door atau MINI 5 Door yang pertama sepanjang kempen tersebut berlangsung.
Terokai lebih banyak tawaran menarik yang akan dibawakan oleh BMW Group Malaysia sempena Tahun Tikus ini di www.bmw.com.my atau www.mini.my, atau kunjungi wakil pengedar BMW atau MINI bertauliah berhampiran.
Apa pandangan anda?