“Satu kolaj besar dalam hidup saya pada masa itu di New York,” adalah bagaimana jurufoto Paige Powell menerangkan instalasi yang dibuatnya pada 1984 yang dinamakan sebagai Beulah Land. Ia dinamakan sempena bar larut malam di Manhattan di mana Powell, kemudiannya bekerja untuk majalah Interview, melapisi dinding dengan gambar “keluarga bukan biologi” nya. Antara gambar yang ditampal termasuklah gambar Andy Warhol dan bekas teman lelakinya, Jean-Michel Basquiat.
“Ia pada asasnya pra-Instagram, Saya akan menulis kapsyen di bawah setiap gambar apa yang sedang berlaku, atau saya akan melukis atau doodle di atas beberapa orang lantas menjadikannya interaktif. Orang akan meninggalkan nota untuk saya di dinding itu.” Paige Powell
Apabila Powell meninggalkan New York dan kembali ke Oregon, arkib besar gambarnya turut ikut bersamanya. Beribu-ribu imej lewat malam New York termasuk foto-foto ikon Sting, Bob Dylan, Nell Campbell dan Andy Warhol dalam perbualan di sekeliling meja yang penuh dengan gelas wain tersimpan dalam kotak yang memenuhi biliknya, di rumahnya di Portland.
Kini, Beulah Land kembali ‘hidup’, kali ini di dalam Gucci Dover Street Market. David Hockney, David Bowie, Philip Treacy dan Nick Rhodes adalah antara Brits yang wajahnya berjaya lolos daripada arkib Powell ke dinding Gucci.
Instalasi khas yang terbaru adalah satu siri kerjasama antara Gucci dan Powell sepanjang tahun ini. Beulah Land dihidupkan semula di Gucci Wooster di New York, kemudian di Dover Street Market di Ginza, Tokyo. Jenama itu juga menerbitkan empat koleksi buku Dashwood yang meraikan gambar-gambar ikon ikonik Powell dalam seni, budaya dan kehidupan malam pada 1980-an di New York.
“Beulah Land” akan dibuka kepada orang ramai di Gucci Dover Street Market sehingga 21 November. Siri buku eponim Paige Powell yang diterbitkan oleh Dashwood dan dibawakan khas oleh Gucci, juga boleh didapati di kedai terpilih.
Apa pandangan anda?