Posted on July 3, 2020
Tahun ini sahaja kita dapat lihat Samsung telahpun melancarkan beberapa model telefon pintar. Kali ini jenama ini kembali lagi dengan model terbaru, Galaxy A21s, yang mana pada kami sesuai digayakan buat sesiapa sahaja yang mahu menaiktaraf telefon mereka tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak.
Menerusi rekaan dan saiz badannya, Samsung Galaxy A21s ini boleh dikatakan tampak agak besar kerana ukuran saiznya ialah 6.5”. Bukan itu sahaja, walaupun materialnya diperbuat daripada bahan plastik, namun kemasan dan keseluruhan rupa bentuk membuatkan ia tampak seperti telefon pintar jenis kelas tinggi.
Bicara mengenai skrin paparan, Galaxy A21s ini menggunakan paparan jenis PLS dengan resolusi rendah 1600 x 720. Ia mungkin tidak setanding dengan piawaian moden atau juga menggunakan skrin paparan HD penuh, namun ia bersesuaian dengan kadar harganya.
Contoh foto kami ambil menerusi kamera belakang
Daripada segi fitur kamera pula, telefon pintar ini sememangnya tidak menghampakan. Ia hadir dengan 4 kamera belakang quad pelbagai guna yang merangkumi kamera utama 48MP, kamera ultra wide 8MP, kamera kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Manakala kamera depan pula bersaiz 13MP.
Menggunakan pengecas jenis USB-C dan disebelah ruang pengecas, terdapat bicu audio ukuran 3.5mm berserta gril pembesar suara. Di bahagian sisi kanan ditempatkan butang pengawalan bunyi serta butang kuasa, manakala di sebelah sisi kiri menempatkan dulang nano-SIM dan kad mikro SD yang memuatkan kapasiti hingga saiz 512GB.
Kapasiti bateri ini adalah setinggi 5000mAh yang membolehkan kamu menggunakan telefon seharian tanpa perlu rasa risau. Bukan itu sahaja, ia turut memiliki fitur kelajuan 15W kuasa laju tatkala mengecas telefon. Jadi jika telefon kamu kehabisan bateri, tidak perlu risau tentang durasi pengecasan telefon pintar kamu ini.
Jadi jika kamu mahukan telefon pintar mampu milik atau mahu menaik taraf telefon pintar kamu, bolehlah fikir-fikirkan untuk mendapatkan Samsung Galaxy A21s ini dengan harga RM939.
Apa pandangan anda?