Posted on October 30, 2020
Kita sudah semakin menghampiri ke penghujung tahun 2020. Walau rasa seperti tiada banyak momen manis boleh dicatit ataupun sedih kerana luangan masa yang ingin digunakan untuk berjumpa keluarga dan teman amatlah terhad, sekurang-kurangnya kamu masih boleh menggembirakan hati mereka dari jauh. Hadiahkan mereka dengan koleksi akhir tahun yang sudahpun mula dilancarkan akhir bulan ini. Cukup meriah koleksi-koleksi ini! Baik untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang, mahupun hadiah untuk diri sendiri, koleksi edisi terhad tahun ini adalah antara yang dinanti-nantikan serta harus kamu miliki.
Drunk Elephant Holiday Kits 2020: Dewy, Firmy dan Glowy
Hadir dalam tiga jenis kit koleksi akhir tahun iaitu Dewy, Firmy dan Glowy. Ketiga-tiga set ini menampilkan set produk yang berbeza-beza. Untuk kit Dewy: The Polypetide Kit, RM325, ia menampilkan produk Protini Polypeptide Cream 50ml, Slaai Makeup-Melting Butter Cleanser 22g, Bamboo Booster 1.7g, B-Hydra Intensive Hydration Serum 5ml dan A-Passioni Retinol Cream 10ml. Kit ini adalah untuk kamu yang mahu mengurangkan penampilan kedutan halus, menambah hidrasi kulit serta membuatkan kulit tampak lebih sihat dan cukup lembapan.
Manakala untuk set Firmy: The Day Kit, RM380, pula terkandung C-Firma Day Serum 30ml, D-Bronzi Anti-Pollution Sunshine Drops 8ml, B-Hydra Intensive Hydration Serum 8ml, Protini Polypeptide Cream 15ml dan Umbra Tinte Physical Daily Defense SPF30 15ml. Set ini adalah untuk kamu yang mahukan bekalan dos antioksida yang mencukupi buat kulit kamu agar kekal terhidrat, kuat dan utuh sepanjang hari.
Set malam daripada kit Glowy: The Night Kit, RM424, ini pula adalah set yang membantu melegakan kulit wajah setelah seharian terdedah kepada kotoran. Ia membantu menyah kulit mati serta mengembalikan kekuatan dinding kulit. Antara produk yang terdapat di dalam kit ini ialah T.L.C Framboos Glycolic Night Serum 30ml, E-Rase Milki Micellar Water 100ml, Beste No.9 Jelly Cleanser 30ml, Lala Retro Whipped Cream 15ml dan F-Balm Electrolyte Waterfacial 15ml.
Dyson AirwrapTM styler dan Dyson SupersonicTM hair dryer Edisi Terhad
Jika kamu mahukan pengering rambut atau penggaya rambut terbaharu, Dyson ada untuk kamu. Bersempena perayaan hujung tahun ini, Dyson kembali dan tampil dengan koleksi rona baru, rona tembaga, edisi terhad, cukup cantik dan mewah harus kamu miliki. Seperti yang kita semua tahu, kecanggihan teknologi yang dimiliki oleh jenama ini terletak pada motor digital V9 nya yang cukup kecil namun cukup berkuasa. Memiliki 13 bilah dan mampu berpusing pada kelajuan 110,000rpm menjadikan ia antara teknologi terhebat dalam membantu mengering serta menggayakan rambut. Kamu boleh dapatkan produk ini di laman web serta di butik Dyson berdekatan pada harga RM2199 untuk Dyson AirwrapTM styler dan RM1799 untuk Dyson SupersonicTM hair dryer.
Sulwhasoo “Wear Your Fantasy Holiday Collection”
Menampilkan koleksi akhir tahun yang istimewa kerana kamu boleh lihat pada setiap bungkusan edisi terhad daripada Sulwhasoo ini dilakar dengan ilustrasi fantasi yang cukup indah oleh pelukis Thailand, Phannapast Taychamaythakool. Jenama kecantikan holistik mewah daripada Korea ini menampilkan ilustrasi karakter imaginasi haiwan yang boleh dijumpai di Timur dan Barat. Tumbuhan signatur jenama ini pokok pine merah turut menjadi tunggak utama dalam ilustrasi istimewa ini. Tahun ini Sulwhasoo tampil dengan 6 set akhir tahun istimewa iaitu kit First Care Activating Serum Holiday Set RM465, kit Concentrated Ginseng Renewing Serum Holiday Set RM690, kit Clarifying & Overnight Vitalizing Mask Duo Set RM350, Perfecting Cushion EX RM230, Essential Lip Serum Stick RM141 dan Sulwhasoo Hand Cream RM99.
YSL 2020 Holiday Collection
Apabila kita sebut Yves Saint Laurent, DNA nya selalu berkait rapat dengan emas dan kemilau, edgy, muda, leopard prints dan bermacam lagi. Begitu juga pada YSL Beaute yang mana kali ini memilih untuk mengembalikan tema cetakan harimau bintang ini untuk koleksi akhir tahun 2020. Cetakan yang ikonik dan klasik dipadu pada kelalang haruman merah hangat Black Opium sudah cukup membuatkan kita semua terpaku pada koleksi ini. Buat kamu yang mencari haruman baru, ini haruman cadangan kami. Black Opium Eau de Pardum, haruman sensual dengan adunan kopi hitam bersama nota bunga jasmine sambac dan orange blossom. Kemudian dinoktahkan dengan nota vanila dan patchouli. Mewah…
Fenty Beauty Holiday Collection
Antara kosmetik pilihan pencinta mekap. Fenty Beauty kali ini tampil dengan kit istimewa akhir tahun sesuai untuk dijadikan set hadiah ataupun untuk koleksi sendiri. Antara kit mereka adalah set Fenty Glow Trio Face, Lip & Body RM190, yang mana mengandungi produk best selling seperti Gloss Bomb Universal Lip Luminizer, Cheeks Out Freestyle Cream Blush dan Diamond Bomb All-Over Diamond Veil in Fenty Glow. Set kedua menampilkan set Full Snap Eyeshadow + Mini Mascara Holo’ Daze RM130. Set edisi terhad ini memiliki palet Snap Shadow yang dibarisi warna istimewa untuk koleksi ini. Padanan rona matte dan kemilau kemudian dipadu pula dengan maskara yang berfungsi memberi volume, dan meningkatkan daya tahan bulu mata kamu agar kekal cantik sepanjang hari.
Dua lagi koleksi edisi terhad mereka ialah Glossy Pose: Holo’ Daze Mini Gloss Bomb Collection RM160, menampilkan empat rona baharu edisi terhad iaitu Cake Shake, Baby Brut, Taffy Tea$e dan Ruby Milk. Manakala satu lagi ialah set duo Two Lil Stunnas Mini Longwear Fluid Lip Color RM110, yang mana turut menampilkan dua rona baharu edisi terhad khas untuk koleksi ini. Nama diberi Umatched dan Underrated, dua rona merah yang cukup menawan dan cantik digaya pada semua jenis tona kulit harus kamu miliki.
Apa pandangan anda?