Posted on January 14, 2021
Tahun baru, mood baru! Seperti biasa, sudah tiba masanya untuk kamu kemas kini produk kecantikan di atas meja solek kamu dengan memiliki produk-produk yang lebih baharu. Baik produk penjagaan wajah ataupun kosmetik, ini lah masanya untuk kamu berbelanja dan memanjakan diri kamu. Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, kami senaraikan 5 produk kecantikan mesti kamu miliki bulan ini!
Chanel Rouge Allure Velvet Le Lion de Chanel RM150
Koleksi edisi terhad ini hadir dalam bungkusan yang cukup istimewa di mana di penghujung kelalang gincu bibir ini mempunyai rekaan siluet singa. Antara salah satu simbol utama kepada jenama ini serta kepada Gabrielle Chanel. Gincu Rouge Allure Velvet ini hadir dalam 8 rona bertekstur baldu dan berkemasan matte. Dan di dalam koleksi ini, kamu dapat melihat koleksi rona yang berlandaskan palet merah, jingga dan beige sesuai untuk semua wanita untuk menggayakannya.
Drunk Elephant Protini Polypeptide Cream Jumbo RM425/100ml
Hadir dalam saiz edisi terhad yang lebih besar daripada biasa, krim Protini Polypeptide ini antara krim yang harus kamu miliki. Diperkaya dengan pelbagai jenis protein dan nutrisi serta diformulasikan dengan pH 4.0 yang cukup ideal untuk kulit wajah kamu. Krim wajah ini membantu mengembalikan dinding kulit wajah kamu agar lebih kuat dan sihat. Selain itu, membantu memulihkan tekstur, tona serta menjadikan kulit wajah lebih tegang dan lembap sepanjang hari. Seperti tubuh, kulit wajah juga perlukan sumber protein harian!
Melvita 30th Anniversary Organic Argan Oil Edisi Terhad RM136/50ml
Sedar tidak sedar sudah 30 tahun minyak argan istimewa yang dihasilkan oleh jenama Melvita ini bertapak di dalam industri kecantikan. Ini adalah antara produk hero buat jenama ini serta menjadi kegemaran ramai peminat kecantikan di seluruh dunia. Kali ini, mereka tampil dalam bungkusan istimewa bersempena ulang tahun produk ini. Mengandungi bahan antioksida natural yang sihat, dan dapat membantu merawat kulit wajah daripada segala pencemaran luar dengan formulasi Vitamin E. Bukan setakat untuk kulit wajah, minyak argan ini cukup serba boleh. Boleh disapu pada tubuh juga rambut. Kembalikan keserian penampilan kamu dengan minyak ikonik ini.
Sulwhasoo Perfecting Foundation (Functional Whitening / Wrinkle Correction / Sunscreen SPF17/PA+) RM 250
Untuk tahun baru ini, Sulwhasoo tampil dengan koleksi mekap rangkaian Perfecting. Diambil inspirasi daripada hanji, sejenis kertas Korea yang mampu tahan elok beribu tahun lamanya, lalu jenama ini menghasilkan sejenis kombinasi teknologi solekan telap udara bersama formula penjagaan wajah untuk rangkaian mekapnya kali ini. Produk yang selesa, mampu bernafas serta dalam masa sama, membuatkan kulit menjadi lebih sihat dan berseri. Bedak asas bentuk cecair ini dicipta untuk mereka yang mahu mengembalikan tona kulit wajah yang lebih sekata. Bukan itu sahaja, ia tahan lama selama 12 jam dan langsung tidak membuatkan liang pori wajah kamut tersumbat!
Benefit Cosmetics Brow Microfilling Pen RM131
Penampilan kening yang cantik amatlah penting kerana ia dapat membuatkan wajah nampak berbeza daripada biasa. Memperkenalkan produk terbaru daripada Benefit Cosmetics ini yang bukan sahaja mudah digunakan malah inilah rahsia buat kamu yang mahukan kening cantik dan on-point. Ia memberi efek seolah kamu melakukan rawatan microbladed pada kening kamu, produk ini kekal selama 24 jam pada kening kamu. Ia kalis air, tidak mudah comot dan tidak mudah tanggal. Dengan pen ini, kamu boleh mengawal bentuk kening kamu dengan adanya 3 jenis penghujung pen yang boleh diubah mengikut kehendak kamu. Lepas ini, bolehlah kamu gunakan pen ini untuk mengisi ruang kening kamu yang kosong untuk mencipta ilusi bulu kening kamu yang lebih lebat!
Apa pandangan anda?