Posted on February 23, 2021
Aduhhhhh… Hati-hatilah. Jangan sampai viagra overdose!!! Kerana kesannya bukan syok lagi malah ada yang sampai sakit zakar waktu ereksi. Apakah kamu salah seorang daripadanya?
Jika kamu pernah mengambil viagra (turut dikenali sebagai pil biru) untuk meningkatkan prestasi di ranjang, pasti kamu tahu bahawa ia turut mempunyai kesan sampingan tersendiri.
Keadaan boleh menjadi lebih parah sekiranya kamu mengambil amaun melebihi yang disarankan oleh pakar.
Viagra atau sildenafil adalah ubat mati pucuk yang boleh membantu lelaki mencapai ereksi. Ia sering dipreskripsikan kepada mereka yang didiagnosis dengan masalah mati pucuk.
Selain itu, sildenafil juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi pada saluran darah di peparu meskipun ia jarang diberikan untuk tujuan tersebut.
Ubat ini mempunyai kesan yang berbeza bagi setiap individu. Ada yang cepat merasai perubahan fisiologi kesan daripada pengambilan ubat ini dan ada yang lambat.
Keadaan tersebut menggalakkan seseorang itu untuk mengambil melebihi jumlah yang disarankan terutamanya jika mereka tidak biasa menggunakan ubat tersebut.
Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Makan viagra tetapi zakar masih tidak tegang. Perlu makan lagi ke?
Proses ereksi berlaku apabila terdapat rangsangan pada saraf zakar.
Keadaan ini menyebabkan otot pada dua struktur silinder di sekeliling penis mengendur dan darah mula memasuki kawasan tersebut menyebabkan proses ereksi.
Jika saraf kamu tidak boleh berkomunikasi dengan otak, darah tidak akan boleh mengisi ruangan silinder tersebut.
Ini boleh menyebabkan masalah mati pucuk atau disfungsi erektil.
Pengambilan viagra boleh merehatkan dinding salur darah bagi memberi laluan kepada aliran darah untuk membantu proses ereksi.
Secara umumnya, ubat tersebut boleh mula berkesan dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas diambil.
Tetapi bagi sesetengah individu, ia mungkin hanya menunjukkan kesan selepas dua jam.
Apa yang lebih penting lagi adalah, viagra bukannya ubat yang boleh berfungsi dengan baik sekiranya kamu tidak merasai rangsangan seksual.
Oleh sebab itulah masa ereksi berbeza mengikut individu. Ia akan lebih berkesan sekiranya kamu lebih relaks dan selesa dengan keadaan kamu ketika itu.
Jika kamu tidak mengalami ereksi, jangan suka-suka ambil lagi memandangkan perbuatan tersebut boleh menyebabkan kamu mengalami viagra overdose.
Apa yang kamu perlu lakukan jika viagra overdose?
Seperti ubat-ubatan yang lain, jika viagra diambil dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan gejala overdos.
Antaranya adalah:
- Tekanan darah rendah
- Pengsan
- Pening kepala
- Masalah penglihatan
- Masalah pendengaran
- Sakit perut
- Sakit dada
Gejala yang dialami oleh pengguna viagra berbeza mengikut jumlah overdos ubatan tersebut.
Tahap keterukannya juga boleh berbeza, jika kamu mengalami simptom teruk selepas mengambil viagra, kamu dinasihatkan untuk pergi ke hospital dengan kadar segera.
Kesan viagra boleh berlarutan sehingga 2 ke 3 jam sebelum ia mula hilang.
Bergantung kepada faktor seperti metabolisme badan, dos yang diambil dan lain-lain, viagra boleh menyebabkan kesan ereksi sehingga 5 jam.
Jika kamu sudah mencapai klimaks, ubat tersebut mungkin tidak lagi berfungsi untuk mengekalkan ereksi.
Ia berikutan badan kamu tidak bersedia dan kesan ini boleh berlarutan sehingga beberapa jam atau hari.
Keadaan ini dikenali sebagai masa refraktori dan ia berbeza mengikut individu.
Apa yang kamu perlu tahu berkenaan dengan viagra, walaupun ia membantu seseorang mengalami ereksi, ia tidak mempengaruhi prestasi seseorang di ranjang.
Tiada kajian yang membuktikan viagra berupaya untuk meningkatkan durasi kamu dalam melakukan hubungan seks.
Berapa lama viagra akan kekal di dalam badan saya?
Sama seperti kesan ubat mati pucuk viagra terhadap tubuh, masa yang diambil oleh tubuh untuk memproses keluar viagra berbeza mengikut individu.
Secara amnya, ia boleh mengambil masa di antara 5 hingga 6 jam sebelum kesemua viagra boleh diproses keluar oleh badan.
Bagi mereka yang mengambil viagra pada dos tinggi, ia memerlukan masa lebih lama untuk keluar daripada badan.
Sebagai contoh, bagi pil biru berdos 25 mg, kesannya boleh hilang dalam tempoh beberapa jam.
Namun bagi yang mengambil viagra pada dos 100 mg pula, masa yang diambil untuk ubat tersebut keluar daripada tubuh boleh jadi 4 kali ganda lebih lama.
Dalam keadaan tersebut, sekiranya kamu mengalami overdos, kamu berisiko mengalami masalah priapisme, situasi di mana ereksi berlaku secara berpanjangan tanpa rangsangan seksual.
Mereka yang mengalami masalah priapisme kebiasaannya akan berasa sakit dan rujukan kepada doktor boleh membantu melegakan kesakitan dan simptom tersebut.
Konklusi
Jika kamu ingin mengambil ubat mati pucuk viagra sebelum hubungan seks, pastikan kamu menuruti cara penggunaan seperti yang tertera pada produk atau kertas panduan.
Dalam situasi tertentu, mungkin kamu akan lambat mencapai ereksi terutamanya jika kamu dalam keadaan stres.
Elakkan daripada mengambil dos lain dalam keadaan tersebut kerana ia boleh menyebabkan kamu overdos.
Kalau mengalami sebarang gejala overdos, pastikan kamu berjumpa dengan doktor untuk tindakan selanjutnya.
Untuk lebih banyak artikel sebegini lawati Hello Doktor
Apa pandangan anda?