Posted on March 11, 2021
THE NEW LIBERTIES. PEMANDIRIAN UNTUK MENGGARAP SENI, BEBAS MAHU MENERUSKAN KEHIDUPAN SERAYA MEMPERBAHARUI DIRI – INILAH KEPENTINGAN UTAMA ANIQ DURAR. 2021 ADALAH DETIK UNTUK DIRINYA BERKEMBANG RANCAK.
Orang yang pertama kali bertemu Aniq Durar, pasti akan cuba mengagak-agak apa bangsanya. Berdasarkan tampang mukanya, pertimbangan kasar orang akan melabel Aniq mempunyai kualiti ras yang bersifat tidak jelas. “Saya seorang Melanau kacukan darah Afghan,” kata Aniq, menerangkan susur galur keluarganya. Awangku Aniq Durar Awangku Malyx atau lebih senang dipanggil Aniq, bangga dengan darah Sarawak belah bapanya dan aspek tersebut antara yang membuatkan dia beraspirasi untuk menceburkan diri dalam bidang seni.
KIRI : SUT, BEG & AKSESORI DARIPADA GUCCI ; KANAN : JAKET & SELUAR DARIPADA GUCCI KEN SCOTT
FOTOGRAFER : AZIM MAHAYUDIN (AM STUDIO)
SITTING EDITOR & PENATA GAYA : ARDI IDEWANI
ARAHAN SENI & PENATA GAYA : AZREEZAL HAFIDZ PENGARAH KREATIF : MERRISSA EMILDA
PEMBANTU PENYELARAS & VIDEO : JORDI HARRIS
GROOMING : ELMANDA ZUHAIRY
Kesan pandemonium atau hiruk pikuk lalu yang hampir membunuh nyawa dunia seni – bukan sahaja lapangan seni, namun juga bidang kerja-kerja lain – tidaklah sampai meninggalkan keharuan yang mendalam. Dia tidak mahu lagi berlengah-lengah, tidak mahu perjuangan seninya terbantut. Lalu bangkit hatinya. Aniq – salah seorang STAIL.MY Fresh Face 2019 – tersorot sudut keberaniannya untuk meneruskan perjalanan kariernya serta mahu terus menyerlahkan bakat yang dimiliki.
Tahun 2021 ini… direncanakan sebagai pelan dan dasar baharu! “I want to go out, I want to explore more,” tegasnya.
Syukur. Dengan ketibaan vaksin kelak, dunia tidak akan lagi dirasakan seakan-akan ‘meranda’. “Harap-harap selepas diselamatkan oleh vaksin nanti, kita semua akan kembali normal,” kata Aniq. Aniq pula tidak mahu meladeni sangat keadaan yang dialami selama hampir setahun lebih lalu itu sehingga mengoyakkan harapannya. Mengimbas kembali pertemuan pertama kali kami dengan Aniq pada tahun 2019 (sebelum pandemik), dia ada bercerita tentang kehendaknya untuk berhijrah dari Kuching ke Kuala Lumpur. Yang kini terlaksana jua, dan mengapa dia mahu merantau ke Kuala Lumpur secara tunggal? Kerana Aniq berhasrat untuk berdikari, menitiskan azam dan melabuhkan impian sebagai seorang penggiat seni.
Mengulas lagi tentang susur galur dan seni Sarawak, ujar Aniq yang bangga dengan jati diri Melanau-nya, “Masih banyak, malah terlalu banyak seni Sarawak yang satu Malaysia belum kenal lagi. Inilah tugas saya sebagai seorang penggiat seni asal Sarawak… untuk memperkenalkannya.” Di samping memelihara dan membudayakan, dia juga mahu mendidik orang lain tentang apa yang terbuni di Sarawak. Aniq nakkan orang tidak lagi menyempadani pengetahuan diri tentang Sarawak. Aniq mahu mengetengahkan budaya serta kesenian bumi Sarawak, biar berakar ke Kuala Lumpur dan semalaysia. Bukan kepalang lagi cita-citanya!
KIRI : AKSESORI (RANTAI & SUBANG) DARIPADA SWAROVSKI ; KANAN : TOPI DARIPADA PRADA
The end is almost here for COVID-19. Apalagi dengan vaksin yang sudah tersedia sekarang ini. Selepas setahun berkurung, where are you with your art now?
Seni memerlukan rangsangan untuk berkembang atau berubah. Semenjak berlakunya pandemik, segala-galanya dirasakan agak susah. Terkadang merumitkan. Apatah lagi sebagai seorang penggiat atau pelaku seni seperti saya. Ia bukanlah mendesak… cuma ia membuatkan saya untuk memikirkan kembali kerja-kerja saya sebelum ini. And I started to process it. Tambahan pula, sepanjang pandemik, banyak projek yang tidak jadi dan dibatalkan. Contohnya, saya terpaksa membatalkan pembabitan saya dalam pementasan yang diinspirasikan daripada Shakespeare tahun lalu. Saya juga membatalkan pementasan yang menghimpun artis-artis seni dari Sarawak yang sepatutnya diadakan di sini (Kuala Lumpur). But, I am surviving. Because I know, everyone is going through the same stuff. So, I am taking things one at a time.
Apa yang telah kamu pelajari sepanjang terpaksa hidup bersama keadaan sedunia dilanda pandemik?
Saya belajar untuk memikirkan, ‘meneropong’ dan menyelidiki kehidupan saya secara lebih mendalam. Sebagai manusia biasa, saya menjaga kesihatan mental saya. Terkadang dalam kehidupan normal, kita menjadi kocah-kacih. Terlalu asyik, terkejar-kejar atau belumba-lumba mengerjakan sesuatu. Sehingga kita menjadi alpa, you forget to pause. Ada sebab mengapa ‘krisis’ sebegitu diturunkan ke dunia. Pandemik dan perintah berkurung yang berlaku selama hampir setahun itu sebenarnya mengajar kita, termasuk saya, untuk refleksi kendiri. You can’t do anything else, but to think.
KIRI : KEMEJA, BAJU LENGAN PANJANG & SELUAR PENDEK DARIPADA MSGM ; KANAN : SUT DARIPADA H&M X SIMONE ROCHA
Dengan apa yang telah kamu pelajari itu, bagaimana kamu memperbaharui kehidupan yang sekarang? Barangkali boleh bercakap sedikit tentang revolusi kerja kamu?
Pada pandangan saya, sebelum memperbaharui atau merevolusikan diri selepas berlakunya pandemik, saya kena terima dan cuba untuk memahami keadaan yang dialami sekarang. I don’t want to push it aside. Daripada situ, saya bisa untuk menilai. Kemudiannya ia bercambah kepada bagaimana untuk berkembang dan berubah.
Jadi, ingat. Langkah pertama adalah accepting your situation. Yang kedua adalah, jangan pendam kerumitan yang dirasai itu. Jika ada teman untuk dikongsikan atau boleh diajak berbicara bersama, do it. Barangkali, daripada perkongsian dengan teman, ia membuka minda kita. Yang ketiga adalah, jangan gentar untuk menilai diri. Baik keburukan mahupun kebaikan, kerana ia mengajar kita untuk berani berubah.
Dan kamu sekarang terlibat dengan… teater ‘Panas-Panas’?
Betul. Saya sekarang terbabit dengan Panas-Panas Theatre, yang menghimpun penggiat seni serta teater dan bertemu secara online. Setiap minggu kami akan membaca skrip dan berlakon. Salah satu tujuan ia diwujudkan adalah untuk membantu menyemangati dunia seni lakon dan teater. Agar momentum-nya tidak hilang.
KIRI : BAJU PANAS, KEMEJA, SELUAR PENDEK & SNIKER DARIPADA VALENTINO ; KANAN : JAKET BERHUD DARIPADA LOUIS VUITTON
Apakah tahun 2021 adalah tahun ‘revolusi’ (menerokai pembaharuan) atau ‘penggiatan semula’ (menebus kehilangan yang lalu dengan apa yang sudah kamu miliki sekarang)?
I think 2021 is all about revitalization and reinvigorate. Sekarang ini (dengan bantuan vaksin) adalah peluang untuk kita menjana semula kuasa, kembali bergiat aktif dan suntik tenaga baharu.
‘Revolusi’ adalah perkataan yang saya rasa agak terlalu besar. Mungkin – dengan refleksi kendiri dan pengajaran daripada pandemik yang berlaku – sekarang ini lebih terarah kepada penggiatan semula, pembaharuan diri dan mengutip kembali kekuatan.
Ceritakan sedikit tentang kerumitan atau kepayahan sebagai penggiat seni dalam lapangan kamu?
Secara generik, lapangan seni di sini tidak ada infrastruktur dan persatuan yang betul, yang membantu melindungi artis-artis serta penggiat-penggiat seni. Malah masih ada lagi yang menganggap (bukan semua) bidang seni itu umpama hobi dan dipandang rendah. Berkenaan dengan industri saya pula, saya perasan ada klik-klik atau geng-geng tertentu. Sungguhpun persaingannya sihat, namun ada klik-klik atau geng-geng yang kurang menyokong yang lain. Makanya, ia menyumbang kepada kesedaran tentang bidang seni teater masih lagi kurang.
SKAF BULU & SELUAR DARIPADA RIZMAN RUZAINI
Mengapa kamu mahu mengekalkan diri dalam bidang seni di sini?
There are lot of stories that not being told yet. Contohnya, cerita-cerita yang berkaitan dengan Sarawak dan gerakan seni di Sarawak, yang tak semua orang tahu lagi.
KIRI : KEMEJA, SELUAR PENDEK, STOKIN & SANDAL DARIPADA DIOR ; KANAN : BAJU POLO, SELUAR PENDEK & LEGGING DARIPADA PRADA
Apakah apresiasi terhadap seni di Malaysia masih lagi kurang? Waima sudah masuk tahun 2021?
Apresiasi seni masih lagi kurang dan masih ada lagi persepsi umum (segelintir) tentang bidang seni “sangat low jika dibandingkan dengan bidang-bidang profesional yang lain”. Saya mengaku, improvement itu ada, cuma macam biasalah. When it comes to art, tetap ada yang berfikiran kuno. But we also have to understand that, we can’t please everybody.
Dalam banyak-banyak cabang seni, yang mana satu yang mahu diperjuangkan habis-habisan?
Bidang seni tari. Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang bermula sebagai penari, saya perasan, kadang-kadang, penari dilihat sebagai ‘ekstra’. Sedangkan bidang seni tari adalah ‘essential’ dan antara yang masih memelihara budaya… terutama sekali budaya Malaysia.
Sumbangan dalam memapankan bidang seni di Malaysia?
I would like to contribute in terms of sustainability. Saya mahu terus berusaha menghidupkan bidang seni agar ia akan terus bernyawa. Jika diberi peluang untuk mencuba bidang seni lain, barangkali saya mahu mencuba seni visual. Seperti seni kraf tembikar dan seni tenunan.
KEMEJA & SELUAR DARIPADA COACH ; AKSESORI DARIPADA SWAROVSKI ; KASUT DARIPADA GUCCI
Sebagai seorang anak jati Sarawak, apakah kamu bercita-cita mahu menyumbangkan kepada naratif kesenian Sarawak?
Sudah tentu. Seperti pembabitan saya bersama ‘What About Kuching’, saya mengolah teater jalanan dan bekerjasama dengan artis-artis seni Sarawak yang lain. Kami menggabungkan seni tradisional dengan kontemporari – mengkonsepsikan tarian ngajat dalam garapan kontemporari. Saya juga bekerja dengan artis serta penggiat seni Melanau yang lain dan kami menampilkan satu pementasan yang bertemakan identiti bangsa Melanau.
Berbiara tentang teater jalanan pula, mengapa saya melakukan ia di jalanan adalah untuk menjadikannya accessible kepada audiens umum. Saya mahu menepikan tanggapan bahawa bidang seni teater ini hanyalah untuk elitis.
Beralih bicara kepada generasi sekarang (Gen-Z). Datang daripada generasi millennial, apa pandangan kamu tentang seni masa kini, terutama sekali di kalangan Gen-Z.
Seni Gen-Z berbeza dengan saya, yang datang daripada generasi millennial. Komuniti Gen-Z lebih berani, jauh lebih ekspresif dan full blown. Memerhati mereka telah memberi ilham kepada saya untuk tidak takut dengan diri sendiri. Untuk tidak menahan diri bila menerbitkan ekspresi.
Artis atau penggiat seni bersandarkan kreativiti untuk meneruskan kehidupan dan kreativiti selalunya dikaitkan dengan kebebasan atau sense of liberty. Berdasarkan pengalaman, apakah yang kamu faham dengan makna liberty? How would you break your shackles?
The thing that holding you back is yourself. Perihal ‘liberty’ berdasarkan pemahaman saya adalah kebebasan untuk membuat pilihan. Pilihan untuk kamu buat apa sahaja kamu nak, mengerjakan bidang seni yang kamu mahu dan menjadi diri sendiri. Tidak membenarkan orang lain mengacau dan menguasai diri kamu.
And how would I break my shackles? Sentiasa dikelilingi orang teman-teman dan dengan mereka yang like-minded. Supaya ia mengukuhkan lagi semangat komuniti dan sekali gus, ia tidak membelenggu diri.
JAKET & SELUAR DARIPADA BOTTEGA VENETA
Apa pandangan anda?