Posted on May 10, 2026

Onitsuka Tiger sekali lagi meraikan gabungan warisan, sukan dan rekaan kontemporari menerusi pelancaran koleksi eksklusif Malaysia yang menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ bersama dua rekaan T-Shirt bercetak khas. Koleksi ini diinspirasikan daripada kekayaan alam semula jadi, simbol budaya serta semangat kesukanan yang cukup dekat dengan identiti rakyat Malaysia.
Rekaan eksklusif ini memperlihatkan bagaimana elemen tempatan diterjemahkan dalam bahasa fesyen moden yang tetap mengekalkan DNA klasik Onitsuka Tiger. Dari flora dan fauna ikonik negara hinggalah kepada simbol kebanggaan budaya, setiap perincian direka dengan sentuhan yang cukup halus namun bermakna.

MEXICO 66™ Dengan Sentuhan Malaysia
Siluet MEXICO 66™ yang menjadi antara kasut paling dikenali jenama ini diberi nafas baharu menerusi elemen visual yang diinspirasikan daripada Malaysia. Pada bahagian insole, pelbagai ilustrasi flora dan fauna tempatan menjadi tumpuan termasuk Burung Enggang Badak dan Penyu Belimbing — dua spesies yang cukup sinonim dengan kekayaan biodiversiti negara.
Turut menghiasi rekaan ialah elemen botani seperti bunga Rafflesia dan pokok palma yang membawa naratif alam tropika Malaysia. Menambahkan lagi karakter pada kasut ini ialah simbol Wau Bulan yang melambangkan keraian, kemakmuran dan semangat kebersamaan. Gabungan elemen-elemen ini menjadikan kasut klasik tersebut tampil lebih segar dengan identiti lokal yang cukup unik.

T-Shirt Eksklusif Inspirasi Harimau Malaya
Melengkapkan koleksi ini ialah dua rekaan T-Shirt eksklusif dalam pilihan warna Pink dan Mint Green. Grafik yang ditampilkan mengetengahkan semangat Harimau Malaya menerusi visual dinamik yang diinspirasikan daripada sukan badminton — sukan yang cukup dekat dengan budaya rakyat Malaysia.
Melalui rekaan ini, Onitsuka Tiger meraikan badminton bukan sekadar sebagai sukan, tetapi simbol kepada ketangkasan, ketepatan dan legasi kecemerlangan yang terus menjadi kebanggaan negara sehingga hari ini. Elemen harimau yang digayakan dalam aksi penuh tenaga turut memberikan sentuhan sporty yang playful dan moden.

Harga dan Ketersediaan MEXICO 66™ edisi eksklusif Malaysia dijual pada harga RM650, manakala T-Shirt eksklusif pula berharga RM370 setiap satu. Koleksi ini boleh didapati di butik Onitsuka Tiger terpilih termasuk Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, The Exchange TRX, Mid Valley Megamall, Pavilion Damansara Heights, Gurney Plaza Pulau Pinang, The Mall Mid Valley Southkey serta secara online di Onitsuka Tiger Malaysia
BACA: COEX : Cara Sendiri



















.gif)

Apa pandangan anda?