Posted on May 8, 2026

Keselesaan kini menjadi elemen penting dalam cara wanita moden berfesyen. Bukan sekadar mahu tampil #stailish tetapi juga mencari helaian yang versatile dan mudah disesuaikan dengan rutin harian yang sentiasa bergerak pantas. Memahami gaya hidup ini, jenama modest fashion tempatan VARIANTE memperkenalkan koleksi kapsul terbaharu mereka, Urban Edit.
Koleksi ini hadir dengan gabungan siluet santai, potongan moden dan sentuhan minimalis yang menjadikan setiap helaian mudah digayakan untuk pelbagai suasana — daripada aktiviti harian hingga ke gaya travel yang lebih polished. Estetikanya cukup effortless, namun masih mengekalkan aura elegan yang sinonim dengan identiti VARIANTE.

Menambahkan lagi tarikan koleksi ini adalah kolaborasi bersama Arif yang turut memperkenalkan rekaan beg eksklusif untuk melengkapkan keseluruhan suntingan Urban Edit. Gabungan pakaian dan aksesori ini mencipta keseimbangan antara fungsi dan gaya, sesuai untuk wanita urban yang mahukan penampilan yang chic tanpa perlu mengorbankan keselesaan.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, VARIANTE dikenali dengan pendekatan modest fashion kontemporari yang menggabungkan elemen klasik dan moden menerusi fabrik berkualiti, potongan kemas serta perincian artisan yang halus. Sentuhan sulaman manik dan kemasan eksklusif turut menjadi identiti utama jenama ini dalam menghasilkan estetika feminin yang timeless.

Menurut Pengarah Kreatifnya, Leslie Variyan, inspirasi rekaan sering hadir secara semula jadi melalui pemilihan fabrik dan cara ia jatuh mengikut bentuk tubuh wanita.
“Apabila saya memegang sesuatu fabrik dan merasai kelembutannya, saya sudah boleh membayangkan
bagaimana ia jatuh mengikut bentuk tubuh wanita. Bekerja dengan rekaan dan pakaian memberikan satu kepuasan
yang sukar digambarkan,”

Sebelum menerajui VARIANTE, Leslie pernah berkhidmat sebagai Ketua Pereka di Isetan Malaysia selain menjadi pereka kreatif bagi label fesyen saiz plus, Ms. Read. Kini, beliau dikenali sebagai antara nama penting dalam dunia ready-to-wear tempatan dengan hasil rekaan yang menjadi pilihan kerabat diraja, selebriti dan sosialit di Malaysia, Singapura serta Brunei.
Dengan enam butik di lokasi premium sekitar Kuala Lumpur, VARIANTE terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama modest fashion tempatan yang meraikan keyakinan dan gaya wanita moden dalam cara yang lebih relevan dengan gaya hidup hari ini.
Layari laman rasmi VARIANTE untuk melihat koleksi Urban Edit dan rekaan terkini mereka.




















.gif)

Apa pandangan anda?