Posted on September 8, 2021
Sebenarnya saya tidak tahu langsung akan kewujudan filem Cinderella 2021 ini sehinggalah pabila saya berbual dengan teman melalui telefon. Dia yang memberitahu saya bahawa Camila Cabello akan menjadi Cinderella terbaru. Dalam minda saya, bagaimana lagi mereka mahu memberi kelainan kepada filem yang sudah banyak kali diberi versi baru ini? Terakhir ialah lakonan Lily James pada 2015.
Keluar dalam saluran Amazon Prime beberapa hari lalu, kerana saya peminat Cinderella saya teruslah tak melepaskan peluang untuk menonton. Jadi Cinderella 2021 dibuat dalam bentuk muzikal. Sama seperti versi 1997 yang memaparkan legenda Whitney Houston dan penyanyi Brandy. Awalnya saya merasakan filem ini not bad. Ada potensi. Cuma saya rasa tidak ada apa-apa yang berbeza. Cuma mungkin pada penggunaan lagu-lagu pop yang biasa kita dengar sebagai latar penyampaian cerita.
Cinderella 2021 masih ada watak ibu tiri dan dua adik-beradik tiri selain daripada tiga ekor tikus yang menjadi teman baik Cinderella. Dalam versi ini, Cinderella diberi watak suka menjahit dan bercita-cita menjadi usahawan pakaian wanita berjaya. Jalan cerita juga lebih kurang sama dengan versi asal. Perbezaan cuma pada beberapa babak. Seperti babak pertemuan pertama Cinderella dengan Putera Robert (Nicholas Galitzine), bukan ketika putera berada di atas kuda dan Cinderella membaling epal kepadanya. Sebaliknya Putera Robert membeli dress yang Cinderella cuba jual di pasar terbuka.
Tentunya highlight filem Cinderella ialah ketika fairy godmother muncul membantu Cinderella menghadiri ball. Tentunya kali ini fairy godmother dilakonkan oleh Billy Porter dan digelar Fabulous Godmother. Busana yang dipakainya sungguh cantik. Berseluar tetapi dengan cape structured yang sungguh fabulous!!! Fabulous Godmother ini pula berubah daripada rama-rama yang Cinderella selamatkan sewaktu dia masih beluncas lagi. Baju yang Cinderella pakai pula diambil daripada rekaannya sendiri tetapi ditransformasikan menggunakan magis. Sepatu kaca masih kekal.
Cinderella 2021: Cast Yang Inclusive dan Diversed
Well… jika kamu tidak membawa tema ini dalam filem kamu dalam abad ini, mungkin kamu akan dianggap tidak sensitif atau ketinggalan atau racist. Begitulah dunia hari ini mesti menggunakan tema inclusivity dan diversity. Mungkin kalau tidak kamu tidak akan mendapat sokongan penonton seluruh dunia. Atau mungkin akan gagal di negara sendiri juga (dalam kes ini Amerika Syarikat).
Jadi Cinderella 2021 saya lihat begitu kuat mengangkat tema inclusivity dan diversity. Pemilihan Camila Cabello itu sendiri sudah cukup untuk menunjukkan inclusivity terhadap Latin Amerika. Dan tentu sekali kita dapat lihat watak-watak lain yang memasukkan colored people dan Asia. Terutamanya dalam babak tarian yang memperkenalkan Putera Robert di ball. Ohhh babak ini antara kegemaran saya. Mereka menyanyikan lagu Whatta Man (Salt-N-Pepa). Jelas sekali semua kaum dimasukkan dalam babak ini. Kamu boleh lihat India, Cina dan African menari sekali.
Selain itu, versi ini juga mengangkat tema MeToo di mana ini mungkin kali pertama Cinderella mengetengahkan watak adik perempuan Putera Robert, Puteri Gwen. Watak androcentrism King Rowan dan Putera Robert juga diredamkan dalam versi ini. Putera raja tidak lagi mendapat tekanan untuk mengetuai negara. King Rowan pula tunduk kepada nasihat isteri dan tidak memiliki kuasa veto.
Tema Yang Bagus Untuk Gen Z
Usaha mengetengahkan tema yang bertentangan dengan idea asal kisah dongeng ini sesuatu yang baik untuk tontonan Gen Z hari ini. Sekurang-kurangnya ia dapat memecahkan monopoli lelaki, tema ‘happily ever after’ yang terlalu ringkas tanpa penjelasan dan monopoli warna kulit putih dalam filem. Walaupun tema-tema ini tidaklah diketengahkan secara jelas dan menjadi mesej utama, ia secara bijak diselitkan dalam filem yang seronok dan cantik ditonton.
Jangka masa tayangan 1 jam 52 minit tidak terasa. Apalagi pabila dilatari lagu-lagu pop yang boleh kamu nyanyi bersama dalam versi lebih hip dan happening. Menonton Cinderella 2021 seperti menonton muzikal yang diberi nafas baru. Segar dan memuaskan. Saya juga tidak tahu bahawa James Corden (yang membawa watak salah seekor tikus) ialah salah seorang penerbit filem ini.
Beberapa hari selepas filem ini ditayangkan, Crosswalk the Musical (segmen daripada program Late Late Show with James Corden) memaparkan pelakon-pelakon Cinderella 2021 di dalamnya. Masuk akallah. Muzikal yang menjadi idea Corden dengan tugasnya sebagai penerbit Cinderella 2021. Tahniah Corden di atas kejayaan filem ini dan cross marketing yang kamu rancang!!!! Totally brilliant!!!!
Apa pandangan anda?