Posted on February 7, 2022
Apa azam tahun baru kamu? Masih sempat jikalau kamu hendak senaraikannya, alang-alang kita masih di awal tahun ini, bukan? Siapa yang berazam tahun ini untuk memiliki kulit yang lebih sihat dan mulus, atau berniat untuk memberikan perhatian lebih kepada kesihatan dan kecantikan kulit, mari kami syorkan kamu semua produk kecantikan mesti ada minggu ini. Kami kongsi produk terbaru tahun ini!
1) Supergoop! Daily Dose Vitamin C + SPF 40 RM215
Vitamin C dan pelindung sinar dalam satu botol? Ya, kamu mendengarnya dengan tepat sekali! Sejenis serum yang membantu mencerahkan tona kulit sambil membantu mengelakkan daripada munculnya bintik hitam yang disebabkan oleh sinaran UV dan sinaran biru. Diformulasikan dengan bahan pencerah seperti ekstrak Kakadu Plum, Niacinamide, ianya sejenis serum bebas minyak. Bukan itu sahaja, serum ini membantu kulit lebih terhidrat serta tampil sihat dari dalam juga mampu mengurangkan penghasilan garis halus, kedutan serta liang pori dalam pada masa yang sama.
2) Burberry Her Eau de Toilette RM232/30ml
Inginkan suatu wangian yang menyegarkan dalam pada masa yang sama buat diri rasa mewah? Wangian terbaru dalam koleksi Burberry Her ini adalah pilihan yang paling sesuai untuk disarungkan sebagai haruman harian kamu. Punya elemen feminin dan sedikit nakal sesuai untuk kamu, wanita yang ceria. Bauan bunga Peony bersama buah pir hijau menyinari haruman ini. Dilengkapkan lagi dengan nota manis iaitu bunga Honeysuckle dan Rose sebagai nota tengah dan kemudian dilengkapkan dengan bau lembut kayu-kayan sebagai nota asasnya.
3) Dennis Gross Advanced Retinol + Ferulic Intense Wrinkle Cream RM330/50ml
Sejenis krim yang membantu merawat kulit wajah dengan hasil teknologi Phyto-Retinol Blend™. Di dalam krim ini mengandungi bahan seperti Retinol, Bakuchiol, Rambutan dan Asid Ferulik yang membantu membina protein dalam kulit. Secara tidak langsung ia menjadikan kulit lebih anjal dan sihat daripada dalam. Manakala bahan seperti antioksidan arnica dan centella asiatica pula membantu melembut serta melembapkan kulit secara optima.
4) Anastasia Beverly Hills Matte & Satin Velvet Lipstick RM105
Impikan gincu bibir yang bagus? Usah khuatir, kualiti produk kecantikan mereka adalah antara yang terbaik. Sekali layangan sahaja sudah membuatkan solekan bibir kamu nampak gah. Dihasilkan dengan formula warna yang cukup pigmented namun masih lagi selesa menyarungkannya. Hadir dalam dua tekstur, matte juga satin dengan 18 pilihan rona sesuai untuk semua jenis tona kulit. Pilih sahaja yang mana kamu suka. Walau ia matte sekalipun, teksturnya langsung tidak mengeringkan bibir! Kamu boleh dapatkan di laman web Sephora sekarang.
5) Ole Henriksen Strength Trainer Peptide Boost Moisturizer RM213/50ml
Memperkenalkan pelembap pertama dalam koleksi STRENGTH oleh Ole Henriksen. Diformulasikan khas untuk memperkuatkan dinding kulit, menegang serta memberi lembapan dan hidrasi kulit optima sepanjang hari. Ia juga sesuai dipakai untuk semua jenis kulit. Pelembap ini diperbuat daripada bahan berkuasa tinggi iaitu seperti 8 jenis asid amino, 8 jenis peptida, 3 jenis ceramide juga kolagen vegan. Jika kamu mahukan kulit wajah tampak muda dan sihat, ini krim pelembap paling sesuai untuk kamu.
Apa pandangan anda?