Posted on March 17, 2022
Masih ada yang work from home seperti saya? Kadang terasa lemau diri duduk di rumah lama-lama, kan? Itu apa yang saya rasa. Baru-baru ini, ada sebuah jenama baru menjejakkan kakinya di Malaysia dan saya sempat mencuba produk-produknya. Pertama kali cuba, terus jatuh cinta! Kemudian, saya sempat mengunjungi spa untuk belai wajah yang sudah lama tidak saya beri perhatian akibat sibuk bekerja. Jom ikuti rutin cantik terkini saya!
Saya pencinta spa wajah
Perlu ke selalu ke spa? Ada yang bertanya kepada saya soalan begini. Pada pendapat saya, kalau kamu mahukan penjagaan ekstra, why not? Lebih-lebih lagi jika kamu seorang yang bekerjaya sehingga tiada masa untuk menjaga diri. Pada saya, rutin cantik harian amat penting, akan tetapi kadang-kala saya juga “terlupa” dek terlalu penat seharian bekerja. Spa adalah solusi terbaik sekali. Saya berpeluang ke spa di butik Neal’s Yard Remedies untuk mencuba rawatan wajahnya yang terkini.
Saya mencuba rawatan OxyLift Carat Facial, sebuah rawatan mewah yang memang diperlukan oleh kulit seperti saya ini. Rawatan ini bak kata mereka mampu mempromosikan perjalanan darah dan kemudian secara tidak langsung mengurangkan kedutan serta mempertingkatkan keanjalan kulit. Apabila perjalan darah berjalan lancar, kulit wajah secara tidak langsung akan lebih cerah.
Neal’s Yard Remedies Oxylift Carat Facial, RM428 (1 jam 45 minit)
Bukan itu sahaja, rawatan ini turut membersihkan wajah saya serta liang pori yang tersumbat. Menggunakan produk-produk dari rangkat Neal’s Yard Remedies Frankincese Lifting dan dikombinasikan dengan alat penggelek untuk wajah (beauty roller) ReFa Carat bersama jet oksigen, membuatkan wajah saya serta-merta tegang dan slim sejurus menjalani rawatan tersebut. Amazing!
Kamu semua harus mencubanya juga. Ada adunan minyak pati yang digunakan pada wajah dan mampu memberikan ketenangan sepanjang menikmati facial ini, I love it so much! Namun, ia tidak disarankan kepada wanita mengandung untuk mencuba rawatan ini ya.
Rutin penjagaan wajah yang memudahkan hidup saya!
Setiap orang harus ada paling tidak satu rutin penjagaan wajah. Tetapi cukupkah sekadar satu rutin iaitu mencuci wajah? Kalau tanya saya, oh no! Mana mungkin.
Jika dahulu saya boleh pergi hingga 12 steps penjagaan wajah, hari ini saya lebih relax. Yang penting langkah asas tidak ditinggalkan. Pada saya, kualiti sesuatu produk itu juga amat penting. Saya diperkenalkan dengan jenama terbaru asal Jepun, Evolcare. Ia merupakan jenama pertama yang mengamalkan konsep on-the-go serta diperbuat daripada 100 peratus bahan semula jadi aktif serta bahan bebas bahaya.
Membuka butik pertamanya di Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre, saya terus bertemu cinta dengan jenama ini. Evolcare adalah simbol kepada ‘LOVE and CARE’ yang menyantuni prinsip jenama ini iaitu clean beauty.
Yang menarik tentang produk mereka ini adalah bentuk rupanya. Signatur bungkusan mereka adalah sangat unik di mana mereka memperkenalkan konsep ‘single dose skincare’. Sesuai untuk mereka yang moden dan sukakan sesuatu yang mudah dan tidak menyusahkan. Senang betul jika selepas ini hendak mengembara, bungkusan seperti ini sangat sesuai untuk digunakan ketika di dalam kapal terbang untuk perjalanan jauh.
Tonton video ini untuk ketahui tentang info produk Evolcare yang menjani kegemaran saya!
View this post on Instagram
Info harga:
- The Evolcare Essence “Detox” RM190
- Hydrating Serum “Ocean Breeze” RM185
- Cleansing Powder “Magic” RM70
Kamu semua harus mencuba produk Evolcare juga, dan jika mahu tahu lebih lanjut tentang produk ini, bolehlah kunjungi Evolcare!
XOXO,
Apa pandangan anda?