Selain ibukota Tokyo yang menjadi tumpuan utama negara Jepun, bandar raya kedua paling popular mereka Osaka, turut dipenuhi pelancong sejak negara itu membuka sempadan semenjak pandemik Covid-19 berlaku. Ia merupakan bandar raya ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Yokohama. Malah ia mempunyai antara jumlah penduduk teramai di dunia dalam sebuah kota iaitu sekitar 19 juta orang. Dengan begitu banyak penduduk, semestinya kota ini mempunyai aneka jenis kediaman. Bagi yang melancong, sudah tentu ingin mencari penginapan yang selesa. Di samping ratusan hotel yang ditawarkan oleh penyedia pengembaraan dalam talian seperti Agoda, mereka juga sudah mula mengorak langkah dalam menyediakan penginapan berupa kediaman mewah nan luas! Terdapat pelbagai pilihan di Osaka juga melalui Agoda Homes.
Agoda Homes menawarkan kediaman mewah yang luas dan berlokasi strategik di pusat bandar, pinggiran kota dan pelbagai lokasi lain. Selain harga yang berpatutan, langkah untuk membuat tempahan juga sangat mudah di laman sesawang mereka. Perkhidmatan mereka memudahkan pengembaraan bagi yang melancong dalam kumpulan besar. Khasnya yang berkeluarga atau sekumpulan sahabat.
Dengan pilihan keluasan saiz, konsep kediaman dan pelbagai lokasi, tidak hairanlah jika kategori Agoda Homes kini semakin popular di kalangan pengguna. Selain penginapan, Agoda juga membolehkan pengguna memesan tiket pesawat dan aktiviti pelancongan. Dengan hanya memasukkan tarikh, destinasi dan jumlah tamu, untuk kemudahan pengguna. Semestinya, Agoda memang pilihan tepat buat keluarga besar yang inginkan keluasan serta kemudahan bergerak di samping privasi.
Menawarkan harga yang sangat berpatutan dan boleh di setkan mengikut baget, pilihan penginapan di Agoda Homes bukan sahaja tertakluk kepada kediaman biasa atau ringkas ia juga mempunyai pilihan di bawah kategori mewah untuk mereka yang suka percutian mewah. Di Jepun khasnya di Osaka penginapan mewah bukan sahaja menjajikan ruang yang besar tetapi kemudahan kediaman yang canggih dan berkualiti.
Untuk masuk kediaman sahaja tidak lagi perlukan kunci, hanya perlu memasukkan kod nombor yang diberikan pihak pemilik. Soal perkakas dan peranti dalam kediaman tidak perlu dirisaukan juga. Dari televisyen dengan sambungan Netflix, bilik mandi moden lengkap dengan alat kawalan jauh, dapur terkini serta bermacam-macam lagi kelengkapan berharga, pilihan penginapan Agoda Homes memang berbaloi.
Lokasi penginapan-penginapan ini juga sangat strategik. Bagi yang sukakan lokasi di pusat bandar, ini memudahkan tamu untuk bergerak berkat kedekatan dengan pengangkutan awam yang ada. Jika inginkan sedikit kelainan namun masih mewah dan kontemporari layari laman sesawang Agoda di sini.
Bagi memudahkan lagi perjalanan anda dengan sambungan wifi, anda boleh gunakan sambungan wifi yang bagus seperti yang disediakan oleh Samurai Wifi yang boleh didapati di atas talian di Kuala Lumpur sebelum berangkat ke luar negara.
Apa pandangan anda?