Posted on December 31, 2019
Tinggal hanya sehari sahaja lagi sebelum kita semua melangkah ke Tahun Baru 2020. Sampai masanya untuk menampilkan filem-filem dengan bintang papan atas Hollywood yang menjadi antara filem paling flop, gagal dan rugi atau layak dinobatkan sebagai filem Hollywood paling tak laku 2019.
Misalnya, filem thriller yang bertajuk ‘Serenity’, yang dibintangi gandingan pelakon kelas A seperti Matthew McConaughey dan Anne Hathaway ini turut tidak terlepas daripada kecaman pengkritik-pengkritik filem Hollywood.
Filem yang dilancarkan pada Januari, awal tahun ini hanya berjaya mengutip sebanyak US$8.5 juta kutipan sahaja, berbanding bajet produksi yang dikeluarkan iaitu sebesar US$25 juta. Namun bukan hanya filem romantic-thriller itu sahaja yang tersadung di hadapan pintu wayang, malah ada juga filem adiwira yang turut jatuh tersembam ke lembah ‘hina’ ini.
Misalnya, ‘Hellboy’ yang gagal membuka filemnya dengan sasaran kutipan pecah panggung akibat pelbagai permasalahan seperti tarikh tayangan yang tidak sesuai, reviu yang teruk dan beberapa faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan. Bayangkan, tarikh tayangan jatuh pada bulan yang sama dengan ‘Avengers: Endgame’? Kamu rasa apa akibatnya?
Berikut daftar 9 filem Hollywood paling tak laku 2019 (mengikut tarikh tayangan), seperti di bawah:
REPLICAS
Watak utama: Keanu Reeves Tarikh tayangan: 11 Januari Jumlah kutipan: US$4 juta Bajet produksi: US$30 juta Reviu: 10%
Apa kata pengkritik:
Pembuat filem (pengarah dan pihak produksi) mampu mengelak daripada membuat sebarang keputusan bijak, malah terus-terusan membuat pilihan yang bodoh dan keputusan yang samar-samar – Los Angeles Times
SERENITY
Watak utama: Matthew McConaughey & Anne Hathaway Tarikh tayangan: 25 Januari Jumlah kutipan: US$8.5 juta Bajet produksi: US$25 juta Reviu:19%
Apa kata pengkritik:
Apa yang meresahkan adalah apa yang pembikin ‘Serenity’ cuba lontarkan pada orang awam. Ia masih Januari, tetapi filem ini sudah pun menempah tempat di kalangan filem terburuk tahun ini – The Rolling Stones
HELLBOY
Watak utama: David Harbour Tarikh tayangan: 12 April Jumlah kutipan: US$41 juta Bajet produksi: US$50 juta Reviu: 15%
Apa kata pengkritik:
Filem label R yang berat dengan kesalahan kreatif dan benar-benar kehilangan intipati kisah asal muasal Mignola – The Atlantic
TOLKIEN
Watak utama: Nicholas Hoult & Lily Collins Tarikh tayangan: 10 Mei Jumlah kutipan: US$7.8 juta Bajet produksi: US$20 juta Reviu: 51%
Apa kata pengkritik:
Jika kamu membikin filem tentang riwayat hidup seorang penulis yang sangat tinggi imaginasi di abad ke-20 ini, apa kata kamu lakukannya dengan… imaginasi? – Chicago Sun Times
DARK PHOENIX
Watak utama: Sophie Turner Tarikh tayangan: 7 Jun Jumlah kutipan: US$252 juta Bajet produksi: US$200 juta Reviu: 23%
Apa kata pengkritik:
Satu siri yang sungguh membosankan tanpa sedikitpun nilai kecerdasan, tujahan naratif atau kekuatan emosi asli – London Evening Standard
THE GOLDFINCH
Watak utama: Ansel Elgort & Nicole Kidman Tarikh tayangan: 13 September Jumlah kutipan: US$3.6 juta Bajet produksi: US$45 juta Reviu: 25%
Apa kata pengkritik:
Filem ini ‘menderita’ kerana kesetiaan yang berlebihan pada sumbernya dan kegagalan untuk menterjemahkan sumber itu tadi ke dalam naratif cerita dan layar – The Atlantic
GEMINI MAN
Watak utama: Will Smith Tarikh tayangan: 11 Oktober Jumlah kutipan: US$172 juta Bajet produksi: US$138 juta Reviu: 26%
Apa kata pengkritik:
Tidak kira berapa banyak air mata yang Smith genangkan, dia dan Lee tidak mampu untuk mengubah ‘bayi’ itu kepada genre sains fiksyen yang berkesan. Jauh sekali menghembus roh terhadapnya – Los Angeles Times
TERMINATOR: DARK FATE
Watak utama: Arnold Schwarzenegger & Linda Hamilton Tarikh tayangan: 1 November Jumlah kutipan: US$125 juta Bajet produksi: US$196 juta Reviu: 70%
Apa kata pengkritik:
Teruja untuk menonton ‘Dark Fate’, walaupun akan ada momen canggung melihat aksi-aksi dan babak kitar semula yang diulang-tayang – The Hollywood Reporter
CHARLIE’S ANGELS (2019)
Watak utama: Kristen Stewart, Ella Balinska & Naomi Scott Tarikh tayangan: 14 November Jumlah kutipan: US$57 juta Bajet produksi: US$55 juta Reviu: 51%
Apa kata pengkritik:
Out-of-style – The Detroit News
Apa pandangan anda?