www.upscalerolex.to

I Work Really Hard… What Does It Even Mean?

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
I Work Really Hard… What Does It Even Mean?

#STAILISHROOMS berlangsung lagi untuk tahun kedua. Berakhir hujung Jun, selama 10 hari ini tempoh paling sibuk buat warga kerja STAIL.MY. Ini tidak mengambil kira lagi dari waktu perancangan, WIP (work in progress), majlis makan tengah hari bersama influencers dan sepanjang 10 hari pameran bilik-bilik stailish ini berlangsung. Aduh… tak menang tangan. Di antara waktu menguruskan #STAILISHROOMS itu pula, perlu merakam video-video untuk kandungan online bagi mempromosikan bilik-bilik ini. Ya rabbi… rasa bagai 24 jam sehari itu tidak cukup sama sekali. Tapi saya langsung tak kisah jika harus bekerja kuat sebegini. Dari kecil babah dan mama memang mengajar saya untuk bekerja. Pesan mereka selalu pada saya, “Duit bukan jatuh dari pokok tau. Kalau nak duit, kamu kena kerja untuk memilikinya. Lagi banyak duit yang kamu nak, lagi kuatlah kamu kena kerja. Ingat duit bukan boleh petik macam daun.” Selama-lamanya pesanan itu saya pegang sampai bila-bila. Sejak dari selepas SPM lagi, saya sudah mula pandai cari kerja. Mama takkan sesenangnya menghulur duit pada saya.

Tentang Raya, Hidup Yang Singkat & Meluahkan Perasaan

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Tentang Raya, Hidup Yang Singkat & Meluahkan Perasaan

Genap sudah seminggu hari Raya berlalu. Semua umat Islam di Malaysia meraikannya. Waima dalam cara paling meriah atau sederhana bergantung pada pemahaman Raya masing-masing. Ya ada yang saya tengok beria-ia beraya. Memastikan sebulan puasa itu berganti dengan sebulan juga beraya. Tapi ada juga antara kita yang sekadar meraikannya beberapa hari bersama keluarga dan sahabat handai kemudian kembali semula kepada kehidupan biasa malah ada yang terus mula berpuasa enam mengejar pahala. Alhamdulillah. Saya tidak mahulah komen banyak berkenaan hari Raya dan cara sepatutnya meraikannya. Kerana itu tergantung cara masing-masing. Tetapi yang saya boleh beritahu hanyalah pendapat saya sahaja tentang beraya. Pada saya Raya itu biarlah berpada-pada dalam cara paling sederhana. Kerana itu Tuhan menyuruh kita berpuasa. Puasa itu mengajar kita mendisiplinkan diri, bersederhana, menahan diri daripada menurut nafsu – secara amnya mencari keseimbangan dalam hidup.

Met Gala 2019: Memperkukuhkan Lagi Stail Peribadi & Mengalirkan Inspirasi

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Met Gala 2019: Memperkukuhkan Lagi Stail Peribadi & Mengalirkan Inspirasi

I really had a lot of fun watching Met Gala 2019 pink carpet. Apa lagi dengan tema Met Gala tahun ini ‘Camp: Notes on Fashion’ diambil daripada esei Susan Sontag yang ditulis pada 1964 ‘Notes on Camp’. Saya merasa begitu akrab dengan tema ini. Masakan tidak, itu memang tema saya dalam memakai baju tiap-tiap hari. Lebih-lebih lagi kalau saya perlu menghadiri majlis. Selepas memuat naik beberapa IG Story semalam, banyak yang DM saya bertanya, “Apa itu camp?” Sebut Sontag dalam eseinya, camp bermaksud, “love of the unnatural: of artifice and exaggeration . . . style at the expense of content . . . the triumph of the epicene style”. Menurut Andrew Bolton, kurator untuk pameran ini pula, camp hari ini sudah semakin diterima dalam arus massa. “It has become increasingly more mainstream in its pluralities—political camp, queer camp, Pop camp, the conflation of high and low, the idea that there is no such thing as originality.” Saya pernah menulis sebelum ini, sejak saya memulakan STAIL.MY, saya mula menyarung helaian wanita.