www.upscalerolex.to

Con Man: You Think You Know A Person… Well Honey You Don’t, And You Never Will

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Con Man: You Think You Know A Person… Well Honey You Don’t, And You Never Will

Hujung minggu yang lalu seperti biasa saya menghabiskan masa singgang menonton Netflix. Ada dua dokumentari yang menarik minat saya. Dirty Money dan Dirty John. Kedua-duanya menggunakan tajuk ‘Dirty’. I wonder why? Untuk menamatkan rasa ingin tahu, saya menonton kedua-duanya. Dirty Money ada lapan episod yang menceritakan tentang beberapa contoh penipuan dalam syarikat konglomerat seperti Volkswagen dan dalam satu episod yang lain, tentang perniagaan pinjaman wang (seperti Ah Long) di Amerika Syarikat, PayDay Advanced Money. Dalam episod yang memaparkan penipuan dalam syarikat konglomerat Volkswagen, membuktikan betapa individu-individu penting yang memegang jawatan tertinggi dalam syarikat ini menipu dan merancang cara menutupnya. Mereka mengetepikan kesedaran sosial mereka apabila meluluskan penggunaan bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar dalam salah satu kereta keluaran mereka. Beberapa orang penting di bahagian pengurusan berkomplot menyembunyikan fakta ini termasuklah jurutera yang membangunkan teknologi jenama ini demi ketamakan mereka membuat untung berganda dan hanya untuk menjual produk mereka.

Karl Lagerfeld: Pemergian Yang Meninggalkan Kesan

Oleh 0 Comments4 minit untuk membaca
Karl Lagerfeld: Pemergian Yang Meninggalkan Kesan

Tentunya agak sukar untuk sesiapa pun menggantikan Lagerfeld waktu ini. Ini kerana dia memegang falsafah orang lama. Orang yang berpengalaman dan matang dalam kehidupan. Tetapi dia juga bijak berevolusi dan sentiasa mementingkan inovasi. Dia tahu kejadian-kejadian terkini dalam dunia hari ini dan bijak pula memanipulasikan untuk jenama-jenama yang diterajuinya. Dia tahu wajah segar mana yang wajar dia bekerjasama untuk membuat jenama-jenama ini relevan. Dari Ines de la Fressange hingga ke Amanda Harlech, Helena Christensen ke Natalia Vodianova dan Lily Rose Depp, Rihanna hingga ke Cara Delevigne dan Kaia Gerber, kerjasama ini semua adalah keputusan Lagerfeld dalam menyegarkan jenama-jenama yang sudah berpuluh-puluh tahun bertahan ini. Kerana ini juga saya kagum dengan Karl. Semangat dan azamnya tidak pernah mengenal erti jemu. Semangat dan azamnya ini jugalah saya kira yang memberi kekuatan kepadanya untuk terus bekerja tanpa mengenal lelah hingga ke usia 86. Tidak mudah sebenarnya untuk mencapai keupayaan ini. Karl juga percaya pada kerja…