SEARCH

#UPGRADED – Item-Item Terbaik Musim Bunga 2019, Transisi Paradigma Baharu

#UPGRADED – Item-Item Terbaik Musim Bunga 2019, Transisi Paradigma Baharu

Titik peralihan yang menggemilangkan kebaharuan. Yang semalam tersimpan dalam ingatan. Usai 2018, dada dan minda siap siaga untuk memperhebat taraf juga mempertingkatkan darjat diri. Miliki item-item terbaik musim bunga 2019 terpilih ini – daripada helaian sedia pakai sehinggalah aksesori-aksesori terpilih – yang menyemat kata kunci #UPGRADED dalam penggayaan diri.

SITTING EDITOR : ARDI IDEWANI

ARAHAN SENI : ASHURA HAKIM

FOTOGRAFER : JORDI HARRIS

FENDI

KEMEJA CORAK TIPOGRAFI FENDI

Pertembungan eklektik dan kemewahan, yang terjalin menerusi dialog antara femininity dengan masculinity. Estetika romantik pada masa yang sama mencerminkan keperkasaan dan elegan. Kemeja disempurnakan oleh corak tipografi logo berulang, sebagai seragam baharu si urban warrior.

 

LOEWE

BEG PUZZLE WOVEN LOEWE

Eksplorasi ke atas seni dan kraf, yang merai keperkasaan perempuan menjadi teras utama Jonathan Anderson untuk Loewe. Aspek ini terbias pada beg tangan sarat dengan butiran anyaman, Puzzle Woven, yang menterjemahkan inovasi gaya si perempuan.
LONGCHAMP

SANDAL BALLERINA ECRU LONGCHAMP

Terbit inspirasi daripada modern dandy men dan mengutip aspek clean lines pada rekaan pakaian lelaki. Itulah yang menjadi prinsip Sophie Delafontaine untuk Longchamp musim bunga panas 2019. Menyuntik kebendaliran dalam rekaan perempuan, menafaskan kepelbagaian.

SANDAL BALLERINA ECRU LONGCHAMP & DRESS CAMEL CORAK LEOPARD LONGCHAMP

PRADA

STOKING DAN KASUT PRADA

Miuccia Prada mengembalikan trend surfing dan mengikut kelaziman Prada, ia tidak pernah gagal mengait keunikan dari segi dressing. Ada sahaja perubahan, ada sahaja ketersendirian. Meligatkan sesuatu yang fearless buat si perempuan.
BOTTEGA VENETA

BEG JINJIT BOTTEGA VENETA

Kemewahan dan sifat yang tak makan dek zaman. Sesuatu yang sudah menjadi kod warisan Bottega Veneta dan Daniel Lee, selaku pengarah kreatif baharu Bottega Veneta tidak menangkis ia sepenuhnya. Menyisip kod warisan tersebut dengan tuntutan kemahuan masa kini.
FENDI

Lokasi : Improv Bistro, Kuala Lumpur

KASUT TUMIT TINGGI FENDI

GUCCI

Lokasi : Improv Bistro, Kuala Lumpur Chef : Lance U’Ren

BEG RAJAH GUCCI

Membawa maksud raja, diambil daripada perkataan Sanskrit, Gucci Rajah adalah tambahan baru buat keluarga aksesori Gucci. Memanifestasikan ekspresi Alessandro Michele yang memfantasikan sesuatu yang regal menerusi simbol kepala harimau yang diolah dalam logam dan enamel berwarna.
DIOR

Lokasi : Improv Bistro, Kuala Lumpur

DRESS DIOR

Inspirasi seni tari mempengaruhi akal Maria Grazia Chiuri untuk Dior musim bunga panas 2019. Siluet lembut, romantik dan ultra-feminin bak Sharon Eyal mencorakkan idea Maria. Memperhitungkan sesuatu yang dreamy sebagai kod penggayaan perempuan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE