
Musim luruh di Korea Selatan sangat ajaib. Ia waktu terbaik untuk kamu mengunjungi Korea Selatan dan…

Kurang empat bulan lagi kita akan menyambut kedatangan tahun 2020. Ingat lagi tak waktu tahun 2020 ini dicanangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai salah satu wadah menjana negara kita sewaktu dia berada di tampuk pemerintahan dulu? Dia menggelarnya sebagai Wawasan 2020. Ini visi yang mahu dia capai untuk Malaysia. Visi ini diperkenalkannya pada 1991. Bagus visi ini sewaktu di awal pengenalannya itu. Saya pasti waktu itu rakyat Malaysia berkobar-kobar mahu menjana Malaysia sesempurna yang digambarkannya dalam Wawasan 2020. Saya ingat membesar pada waktu itu, iklan-iklan TV, sepanduk digantung di merata-rata dan tak silap saya ada lagu khas diperkenalkan untuk membakar semangat rakyat Malaysia. Apakah Malaysia 2020 ini boleh dicapai? Secara amnya seperti yang ditulis William Greider dalam eseinya pada 1997 bertajuk ‘Wawasan 2020’, visi ini menurut Tun Mahathir adalah untuk melihat Malaysia menjadi negara industri yang berdikari yang mana ekonominya akan membangun sehingga lapan kali ganda menjelang 2020. Masyarakat Malaysia pula seperti yang sering ditekankan Tun Mahathir…

#STAILISHROOMS berlangsung lagi untuk tahun kedua. Berakhir hujung Jun, selama 10 hari ini tempoh paling sibuk buat warga kerja STAIL.MY. Ini tidak mengambil kira lagi dari waktu perancangan, WIP (work in progress), majlis makan tengah hari bersama influencers dan sepanjang 10 hari pameran bilik-bilik stailish ini berlangsung. Aduh… tak menang tangan. Di antara waktu menguruskan #STAILISHROOMS itu pula, perlu merakam video-video untuk kandungan online bagi mempromosikan bilik-bilik ini. Ya rabbi… rasa bagai 24 jam sehari itu tidak cukup sama sekali. Tapi saya langsung tak kisah jika harus bekerja kuat sebegini. Dari kecil babah dan mama memang mengajar saya untuk bekerja. Pesan mereka selalu pada saya, “Duit bukan jatuh dari pokok tau. Kalau nak duit, kamu kena kerja untuk memilikinya. Lagi banyak duit yang kamu nak, lagi kuatlah kamu kena kerja. Ingat duit bukan boleh petik macam daun.” Selama-lamanya pesanan itu saya pegang sampai bila-bila. Sejak dari selepas SPM lagi, saya sudah mula pandai cari kerja. Mama takkan sesenangnya menghulur duit pada saya.

Genap sudah seminggu hari Raya berlalu. Semua umat Islam di Malaysia meraikannya. Waima dalam cara paling meriah atau sederhana bergantung pada pemahaman Raya masing-masing. Ya ada yang saya tengok beria-ia beraya. Memastikan sebulan puasa itu berganti dengan sebulan juga beraya. Tapi ada juga antara kita yang sekadar meraikannya beberapa hari bersama keluarga dan sahabat handai kemudian kembali semula kepada kehidupan biasa malah ada yang terus mula berpuasa enam mengejar pahala. Alhamdulillah. Saya tidak mahulah komen banyak berkenaan hari Raya dan cara sepatutnya meraikannya. Kerana itu tergantung cara masing-masing. Tetapi yang saya boleh beritahu hanyalah pendapat saya sahaja tentang beraya. Pada saya Raya itu biarlah berpada-pada dalam cara paling sederhana. Kerana itu Tuhan menyuruh kita berpuasa. Puasa itu mengajar kita mendisiplinkan diri, bersederhana, menahan diri daripada menurut nafsu – secara amnya mencari keseimbangan dalam hidup.