SEARCH

STYLING SESSION BERSAMA UNIQLO : Uniqlo U Memperkenalkan U WIDE FIT CURVED!

STYLING SESSION BERSAMA UNIQLO : Uniqlo U Memperkenalkan U WIDE FIT CURVED!

TEKS / PENATA GAYA : ARDI IDEWANI PEMBANTU PENYELARAS : RYAN MOHAMAD & MEL MUZAMMIL

ARAHAN SENI : MERRISSA EMILDA

SOLEKAN & DANDANAN RAMBUT : MAY

VIDEOGRAFER : JORDI HARRIS

MODEL : MANISHA ROSE

Inclusivity tidak lagi terbendung di ‘dada’ fesyen. Inclusivity kini berada di tahap kematangan dan mula terkedepan. Bila menjamah sahaja isu saiz, gagasan untuk menstandardkan saiz sebagai ukuran dan profil fesyen sudah tertimbus. UNIQLO turut sama tidak mengentengkan hal ini, memenuhi permintaan dunia fesyen sekarang. UNIQLO mempelbagaikan saiz-saiznya – terutama sekali barisan rekaan-rekaan seluarnya – yang berhaluan mencapai kelainan…

Rangkaian UNIQLO U memperkenalkan seluar U WIDE FIT CURVED!

Pengarah artistik, Christophe Lemaire bersama sepasukan ‘tentera’ UNIQLO mengeluarkan U WIDE FIT CURVED yang menampilkan barisan seluar buat mereka yang memiliki bentuk tubuh curvy, secara spesifiknya pada bahagian pinggul. Berpaut teguh pada kata kunci diversifikasi, tercetusnya idea U WIDE FIT CURVED ini pula adalah untuk memperlihatkan rupa kaki yang panjang serta lampai, menerusi siluet longgar pada bentuk curve tersebut. Bisa diselaraskan, ia dicipta tanpa mendiskriminasi susuk badan juga ketinggian si pemakai.

Ada tiga jenis fabrik utama U WIDE FIT CURVED : U WIDE FIT CURVED PANTS (seluar kapas), U WIDE FIT CURVED JEANS dan U WIDE FIT CURVED JERSEY PANTS. Untuk bab baharu ‘STYLING SESSION Bersama UNIQLO’ kali ini, lihat bagaimana kami menerbitkan enam idea styling yang berbeza-beza, dalam menggayakan padanan rangkaian seluar U WIDE FIT CURVED. Contohnya, memadukan U WIDE FIT CURVED PANTS bersama kemeja rayon sutera UNIQLO, U WIDE FIT CURVED JEANS dengan bra sukan Airism mahupun menafaskan stail nautika pada U WIDE FIT CURVED JERSEY PANTS.

Bersama kami adalah salah seorang #STAILMYFreshFaces tahun ini, Manisha Rose, merealisasikan daya upaya styling kali ini! Jom!

U WIDE FIT CURVED PANTS
GAYA PERTAMA :

U WIDE FIT CURVED

Kami pakaikan Manisha dengan U WIDE FIT CURVED PANTS berona coklat kemerahan untuk gaya kasual. Bagi memperlihatkan kontras pada seluar – supaya menegaskan bahagian hips – kami memadankan ia bersama ceraian berwarna putih di atas. Seperti anak baju Airism untuk dipakai di dalam dan dilapis kardigan kait tebal.

Terpulang kepada kreativiti kamu. Seandainya rasa bosan dipakai begitu sahaja, apa kata ikat bahagian hujung kardigan, jatuhkan bahu dan lengan dibiarkan panjang menutup tangan. Cukuplah sekadar memadankan gaya ini bersama sandal, kerana mahu meneruskan idea santai terutama sekali sewaktu berhujung minggu.

GAYA KEDUA :

U WIDE FIT CURVEDGaya kedua U WIDE FIT CURVED PANTS berona ala perang kehijauan ini, kami memikirkan inspirasi military. Oh, gaya kedua ini adalah untuk gaya kerja.  Di atasnya adalah padanan kemeja rayon lembut, berona perang dan kami tucked in sepenuhnya kemeja tersebut ke dalam seluar. Tujuan tucked in adalah untuk menampakkan bahagian hips Manisha.

U WIDE FIT CURVEDTali pinggang berona coklat gelap sebagai aksesori utama untuk menambah seri gaya. Pakai pula dengan stoking yang juga berona coklat membangkitkan gaya dalam pelet warna senada dari atas ke bawah. Dan akhir sekali, sarungkan kasut tumit tinggi bagi menghidupkan aspek elegan dalam penggayaan.

U WIDE FIT CURVED

U WIDE FIT CURVED JEANS
GAYA PERTAMA :

U WIDE FIT CURVED

U WIDE FIT CURVED JEANS berona hitam ala-ala washed ini memberi idea kepada kami dalam bermain dengan stail athleisure untuk gaya parti! Kami memadankan jean ini dengan ceraian ala-ala sports bra di bahagian atas. Bukan sahaja menegaskan bahagian pinggul, malah to show some skin. Kata kunci : Be comfortable in your skin!

U WIDE FIT CURVED

Pakaikan aksesori seperti rantai atau cincin sebagai tambahan. Kemudian kami menyarungkan blazer hitam bagi melengkapkan keseluruhan gaya. Jangan takut bermain dengan gaya all-black, lebih-lebih lagi jika seluar jean tersebut ala-ala rona hitam washed dan bahagian ceraian atas hitam pekat, kerana ia tidak mengaburi pun aset pinggul kamu.

GAYA KEDUA :

U WIDE FIT CURVEDU WIDE FIT CURVED JEANS berona biru ini pula membuatkan kami mahu menghidupkan denim on denim untuk gaya semi kasual. Percayalah, denim on denim masih lagi in. Tidak pernah serik dengan gaya sebegini. Namun kami ubah sedikit. Di mana kami menggayakan Manisha dalam kemeja denim lelaki. Di dalamnya masih lagi sports bra dan butang baju dibiarkan buka untuk menampakkan sports bra tersebut.

U WIDE FIT CURVEDTucked in kemeja denim itu dan tidak perlu tali pinggang. Kerana jika ada tali pinggang ke atas gaya denim on denim, ia sedikit ‘mengganggu’ penampilan. Lipat hujung kaki jean supaya kelihatan relaks bersahaja dan akhir sekali, sarung fanny pack nylon berona merah jambu, juga bertujuan untuk membangkitkan kontras. Kasut tumit tinggi sebagai penyudah gaya.

U WIDE FIT CURVED JERSEY PANTS
GAYA PERTAMA :

U WIDE FIT CURVEDU WIDE FIT CURVED JERSEY PANTS pertama ini adalah gaya sewaktu travelling. Di mana kami menyarungkan seluar jersi berona coklat perang pada Manisha, bersama baju panas berona hijau olive. For some reason, padanan dua warna ini nampak menjadi setelah disatukan.

U WIDE FIT CURVEDTidak perlu memadankan gaya ini bersama kasut tumit tinggi… the best is, bersama sneakers! Kami ambil stole atau shawl bercorak geometri ini yang juga berona perang coklat untuk disarungkan ke atas tubuh. Kami lilitkan tali pinggang skinny bagi menegaskan bahagian pinggang atau perut, di mana ia membantu untuk tidak menyembunyikan pinggul kamu.

GAYA KEDUA :

U WIDE FIT CURVED

Gaya kedua U WIDE FIT CURVED JERSEY PANTS berona putih ini pula mencetus satu idea moden. Ya, kami mahu menghidupkan gaya inspirasi nautika, tetapi bukan untuk travelling atau cruise. Sebaliknya untuk gaya kerja! Di atasnya adalah ceraian kemeja cropped bercorak jalur melintang, yang kami lapiskan bersama kemeja labuh oversized.

U WIDE FIT CURVED

Untuk bereksperimen sedikit, kami tucked in bahagian depan sebelah sahaja, manakala bahagian hujung baju kemeja yang lain dibiarkan menggelebeh keluar. Lengan baju pun kami tidak lipat, dibiarkan menutup keseluruhan tangan. Pakaikan bersama aksesori seperti anting-anting serta kasut tumit tinggi, mengingatkan kamu pada salah satu gaya runway bukan? Itulah inspirasi kami untuk gaya ini.

Jom tengok sendiri seluruh koleksi terbaru U Wide Fit Curved Pants!!!!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE