Warning: Use of undefined constant link - assumed 'link' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 820

Warning: Use of undefined constant link - assumed 'link' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 820

Warning: Use of undefined constant link - assumed 'link' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 820

Warning: Use of undefined constant link - assumed 'link' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 820

Warning: Use of undefined constant link - assumed 'link' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 820

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/ejadshu1/public_html/stail.my/wp-content/themes/Stail.my/includes/lists.php on line 444
5 Penyanyi Milenial Yang Harus Kamu Dengar Sekarang! | STAIL.MY
SEARCH

5 Penyanyi Milenial Yang Harus Kamu Dengar Sekarang!

5 Penyanyi Milenial Yang Harus Kamu Dengar Sekarang!

Dewasa ini terlalu ramai penyanyi-penyanyi baharu yang mula muncul di arena seni suara. Kadang-kadang sampai saya sendiri hilang jejak dengan lambakan penyanyi milenial yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan ini.

Mujur penyunting video merangkap videographer kami, Jordi Harris (yang kebetulan duduk di sebelah meja saya) sering mendengar lagu-lagu baru yang saya rasakan layak diketengahkan.

Dari Niki hingga Phum Viphurit, penyanyi-penyanyi generasi baru ini membawa muzik pembaharuan yang lari dari kebiasaan. Sesuai usia muda, lagu-lagu mereka bernada segar dan refreshing.

NIKI 5 Penyanyi Milenial Yang Harus Kamu Dengar Sekarang!

Selayaknya Jordi (psst… masih single) yang juga seorang milenial, berikut daftar 5 penyanyi milenial yang harus kamu dengarkan, seperti yang tertera:

 

Niki

Nicole Zefanya atau nama pentasnya Niki adalah penyanyi wanita dari Indonesia. Lahir pada tanggal 24 Januari 1999 di Jakarta Indonesia, Niki membesar dengan muzik 90an seperti Destiny’s Child dan Aaliyah, pengaruh ibunya. Lagu pertama Niki berjudul ‘Awali Hari Dengan Cinta’ yang dikeluarkan pada 2014.

Pada 2017, Niki dan keluarga berpindah ke Nashville, USA dan berkuliah di Lipscomb University dalam jurusan muzik. Dia mula terkenal dengan lagunya yang bertajuk ‘Vintage’ (2018) di bawah rumah rakaman 88rising. Buat masa sekarang, misi Niki adalah untuk memperkasa keturunan Asia-Amerika, terutamanya wanita melalui muziknya.

 

Rex Orange County

Pemuda dengan nama sebenar Alexander O’Connor ini lebih dikenali dengan nama pentas Rex Orange County. Lahir tanggal 4 Mei 1998 di Grayshott, Hampshire, England, Rex mula aktif dalam bidang muzik sejak 2016. Buat masa ini, Rex sudah merakam tiga album, termasuk ‘Bcos u will never b free’ (2016), Apricot Princess (2017) dan Pony (2019).

Sedari usia lima tahun, Rex menyertai koir di sekolah yang sama ibunya bekerja. Dia membesar mendengar lagu-lagu Queen, ABBA, Green Day dan Weezer, berserta artis-artis soul seperti Stevie Wonder. Bermula hanya di Soundcloud, Rex menangkap perhatian Tyler the Creator dan seterusnya semuanya menjadi sejarah baru bagi Rex apabila dia mula dikenali di Amerika Syarikat.

 

Conan Gray

Conan Gray atau Conan Lee Gray (lahir 5 Disember 1998) adalah personaliti sosial media, yang seterusnya menjadikan muzik sebagai bidang kerjaya seninya. Dia mula terkenal dengan lagu debut, ‘Sunset Season’ pada 2018 yang mendapat sebanyak 160 juta mainan di atas talian.

Laman Youtube Conan sahaja sudah mencecah 1.5 juta pengikut. Dia mula membikin video seawal usia sembilan tahun sejak 2013. Kandungan video-videonya sarat dengan kehidupannya di pekan kecil Georgetown di Texas. Conan merakam muzik, memperlihatkan hasil seni dan membikin video-video berkaitan Americana di laman Youtube rasminya itu.

 

Clairo

Claire Cottrill (lahir 18 Ogos 1998) ialah penyanyi dan penulis lirik dari Carlisle, Massachusetts, US. Dia mula terkenal dengan lagu ‘Pretty Girl’ (2017) yang menarik tontonan lebih 49 juta di Youtube.

Kejayaan dan populariti ‘Pretty Girl’ menangkap perhatian rumah rakaman gergasi seperti Capitol, RCA dan Columbia, tetapi akhirnya Clairo memilih Fader Label, rumah rakaman yang sama dengan Yuna.

Walaupun sudah popular di arus perdana, Clairo tetap mengemaskini laman youtubenya dengan lagu-lagu cover dan beberapa filem pendek hasil kerjanya. Pada 2017, dia memulakan kuliah di Syracuse University.

 

Phum Viphurit

Viphurit Siritip atau lebih terkenal dengan nama pentas, Phum Viphurit adalah penyanyi lelaki dari Thailand. Lahir pada tanggal 16 Ogos 1995 di Bangkok, Thailand, Phum mula terkenal di peringkat antarabangsa melalui single ‘Lover Boy’ pada 2018. Genre muziknya dipengaruhi beberapa unsur genre yang berlainan, terutamanya Neo Soul.

Pada usia sembila tahun, Phum dan keluarga berpindah ke Hamilton, New Zealand. Dram adalah alatan muzik pertama yang dimainkan Phum di sana. Di usia 18 tahun, dia berpindah semula ke Thailand dan menyambung pengajian tinggi di Mahidol University. Di Thailand, dia mula dikenali kerana memuat-naik lagu-lagu cover di Youtube. Pada 2017, Phum melepaskan album pertama bertajuk ‘Manchild’.

Seterusnya, lagu ‘Lover Boy’ dan ‘Long Gone’ mengangkat nama Phum Viphurit ke persada antarabangsa sehingga dia mengadakan jelajah muzik pada 2018 di beberapa negara seperti Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, England, Perancis termasuk negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura, selain Thailand.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE