SEARCH

Misteri Lagu ‘Bani Adam’, Chris Martin Masuk Islam?

Misteri Lagu ‘Bani Adam’, Chris Martin Masuk Islam?

Coldplay mengumumkan album dunia kelapan mereka berjudul Everyday Life. Istimewanya kali ini terdapat satu trak lagu misteri yang bertajuk ‘Bani Adam’ (dalam tulisan jawi).

Terdapat juga terjemahan judul dalam Bahasa Arab, ‘Alhayatul Yawmiah’ (الحياة اليومية) yang bermaksud ‘Everyday Life’ atau ‘Kehidupan Seharian’ dalam Bahasa Melayu.

Coldplay Everyday Life

Album ini bakal dilancarkan secara rasmi pada 22 November dalam bentuk kaset, cakera padat, piring hitam dan format digital (Spotify, Apple Music).

Ia terbahagi pada dua bahagian iaitu ‘Sunrise’ dan ‘Sunset’. ‘Everyday Life’ mengandungi 16 trak lagu dan berdurasi selama 53 minit.

Dua lagu bertajuk, ‘Orphans’ dan ‘Arabesque’ sudah dimainkan untuk tujuan promosi buat masa ini. Kedua-dua lagu ini tersedia untuk distrim di Apple Music.

Jika kamu peminat tegar Coldplay, kamu boleh dapatkan piring hitam tujuh inci edisi terhad dua trak lagu ini di Third Man Records. Kedua-dua lagu tersebut diterbitkan oleh The Dream Team.


Kulit album mendapat inspirasi daripada imej bertahun 1919, sekeping foto kugiran datuk kepada gitaris Coldplay, Jonny Buckland

Hasil seni ini dikeluarkan minggu lalu di papan iklan seluruh dunia, dari São Paulo ke Kuala Lumpur. Terdapat simbol bulan dan bintang yang simbolis dengan Islam di kulit album.

Menariknya, Coldplay turut mengambil pendekatan unik dengan menerbitkan senarai main trak album terbaru mereka ini dalam ruangan klasifikasi surat khabar tempatan (Sin Chew Daily dan The Star).

Terdahulu, pengumuman rasmi pertama ‘Everyday Life’ dikeluarkan dalam bentuk warkah lengkap dengan tandatangan mereka kepada 500 peminat Coldplay bertuah di seluruh dunia.

Bani Adam Coldplay, Chris Martin Masuk Islam?

Trak berjudul Bani Adam dalam Jawi jelas terpapar di ruangan klasifikasi akhbar Sin Chew Daily

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE