Posted on November 26, 2019
Persembahan pop Thai terbesar di Malaysia, dimsum Thai Pop 2019 yang diadakan di IDEAL Convention Centre, Shah Alam berlangsung dengan meriah. Hampir 2,000 penonton yang hadir terpesona, menyaksikan persembahan-persembahan istimewa daripada sembilan artis popular yang diterbangkan terus dari Thailand.
Sembilan artis popular tersebut adalah Sunny Suwanmethanot, Thanapob Leeratanakachorn (Tor), Kritssanapoom Pibulsonggram (Jaylerr), Chonlathorn Kongyingyong (Captain), Ice Paris Intarakomalyasut, Wongravee Nateetorn (Sky), Billkin Putthipong, Kanyawee Songmuang (Thanaerng) dan Nichaphat Chatchaipholrat (Pearwah).
Tepat jam 6 petang, pentas dibuka dengan lagu ‘The Lucky One’ nyanyian Tor, Jaylerr, Ice dan Captain sebelum disambut dengan persembahan solo Tor menyanyikan lagu ‘Hua Jai Kaung Tur’. Ice kemudiannya kembali semula ke atas pentas bersama Pearwah. Kali ini, pasangan tersebut berduet menyanyikan lagu ‘My Ambulance’.
Terus memanaskan suasana, Thanaerng muncul di atas pentas untuk melantunkan lagu ‘It’s OK’ diikuti oleh Billkin yang membawakan lagu ‘You Are My Everything’. Persembahan pada petang tersebut diteruskan dengan nyanyian Billkin yang kali ini berduet bersama Pearwah menerusi lagu ‘Lost Stars’.
Highlight malam dimsum thai pop 2019 ini apabila Sky & Sunny mengambil alih pentas dan mendendangkan lagu ‘Love Message’
Selain persembahan nyanyian, Sunny, Sky, Thanaerng, Pearwah dan Billkin juga turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan peminat menerusi sesi permainan santai di atas pentas.
Ice kemudiannya menyanyikan lagu ‘Let It Be’ dan diikuti oleh Captain dengan lagu ‘Comethru’, Jayler dengan lagu ‘Humble’ dan Jaylerr bersama Tor menerusi ‘Counting Stars’. Pentas persembahan ditutup dengan lagu ‘Uptown Funk’ yang dinyanyikan oleh kesemua artis.
Bagi pelanggan dimsum yang tidak berkesempatan menonton dimsum Thai Pop 2019 secara langsung, rakamannya boleh dinikmati di platform www.dimsum.my/ dalam masa terdekat.
dimsum THAI POP 2019 disokong oleh Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur, Malaysia.
Apa pandangan anda?