SEARCH

Ernie Zakri ‘Bersuara’ Di Lagu Power Balada Terbarunya, ‘Ku Bersuara’

Ernie Zakri ‘Bersuara’ Di Lagu Power Balada Terbarunya, ‘Ku Bersuara’

Biarpun sudah hampir sedekad menjejakkan kaki dalam arena seni nyanyian, aura bintangnya mula bersinar sejak menjuarai pertandingan realiti Duo Star bersama rakan duet Syamel. Sejak itu suara dan gaya persembahan Ernie Zakri mula mencuri perhatian. Kini Ernie Zakri bukanlah satu nama asing lagi dalam dunia hiburan tempatan.

Selain bergelar penyanyi, Ernie juga adalah guru vokal yang pernah menjalani pendidikan tinggi dalam bidang muzik dan pengkhususan seni vokal. Bagi mengukuhkan lagi kedudukannya di dunia seni suara, Ernie Zakri muncul dengan lagu terbarunya yang berjudul Ku Bersuara. Lebih menarik lagi, lagu ini menampilkan rakan duetnya Syamel sebagai komposer dan penulis lirik di samping beberapa nama besar lain seperti Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

Ernie Zakri ku bersuara lirik by STAIL.MY muzik video

Sesuai dengan kekuatan vokal Ernie, ‘Ku Bersuara’ ialah lagu yang berkonsepkan ‘power ballad’ yang mampu menyerlahkan lagi lontaran suara Ernie dengan hebat. Ia disampaikan dengan begitu baik dan saya jangkakan bakal membekas di hati peminat muzik tempatan.

Tidak menjadi rahsia lagi kekuatan vokal Erni Zakri mampu menambat hati semua pencinta muzik, peminat dan pendengar yang mendengar. Saya jadi tidak ragu-ragu untuk Ernie menyanyikan lagu berentak balada ini kerana yakin ia adalah kekuatan dia. Sentuhan muzik dari ‘rakan mesra’ Syamel juga digarap manis dan indah belaka. Siapa tidak tahu, Syamel sentiasa menyokong rapat karier seni Ernie, bukan? Tentu sahaja dibikinnya dengan seikhlas hati.

Ku Bersuara boleh dimuat-turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music dan diputarkan secara tradisional di stesen-stesen radio tempatan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE