SEARCH

Sudahlah Meow! : Sissy Imann Seksi Ala Kucing Miang?

Sudahlah Meow! : Sissy Imann Seksi Ala Kucing Miang?

Setelah berkecimpung hampir enam tahun dalam industri muzik Malaysia, Sissy Imann semakin gah melakar namanya sebagai penyanyi serba boleh. Penyanyi merangkap komposer, guru muzik, pelakon dan pengacara ini senang hati melancarkan single terbaharunya berjudul SUDAHLAH MEOW!.

Lirik Sudahlah Meow Sissy Imann
SUDAHLAH MEOW! adalah hasil ciptaan Sissy sendiri bersama komposer Faizal Tahir, Mike Chan dan Mage

Mengulas tentang lagu yang disifatkan sebagai lagu yang menampilkan sisi matangnya, Sissy berkata, “Lagu ini sebenarnya bercerita bagaimana nak move on daripada orang yang kita sayang. Ngiauan kucing digunakan dalam lagu ini kerana Sissy berpendapat kucing sama seperti peneman hidup. Kucing di dalam lagu ini menjadi analogi kepada kekasih yang kita sayang dan tidak boleh berpisah”.

Menjawab spekulasi tentang cakap-cakap jahat mengenai liriknya yang berbau seks, Sissy menjelaskan,

“Seumpama kucing jalanan yang kita sayang, jaga dan beri makan hari-hari. Alih-alih dia tinggalkan kita dan tak datang lagi jenguk rumah kita sebab makanan kat rumah jiran lagi sedap agaknya. Terpaksa la kita terima walaupun kita sedih. Kalau kucing pun boleh move on pilih mana yang terbaik untuk dia, takkan kita nak tunggu lagi dia kan?” Jelas Sissy dalam tawa.

Di dalam single terbaharunya ini, Sissy memasukkan sentuhan pengaruh muzik Arab dan India, sekaligus menambah lagi nilai estetikanya. Dari segi bunyi pula, lagu ini tampil berani dan segar apabila muzik kontemporari diberi suntikan klasik.

“Pengaruh muzik klasikal Arab-India bukan sahaja menambah warna kepada lagu ini. Malah Sissy turut memilih untuk memasukkan elemen muzik ini sebagai tribute kepada watak Marjina dalam filem Melayu klasik, ‘Ali Baba Bujang Lapok’.

Dia adalah seorang hamba wanita yang bijak dalam membuat keputusan sendiri. Atas kebijaksanaannya itulah, Marjina akhirnya berjaya memerdekakan dirinya,” ulas Sissy yang baru sahaja menginjak usia 24 tahun pada 24 Oktober lalu.

‘SUDAHLAH (MEOW!)’ adalah single keduanya bersama Faithful Music selepas ‘Pesanan Ayahanda’.  Sebelum ini Sissy pernah melahirkan beberapa buah lagu yang menjadi lagu runut bunyi drama bersiri tempatan antaranya, ‘Mungkin Kamu’, ‘Jatuh’ dan ‘Keliru’.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perguruan Muzik ini berharap agar pendengar dapat berhubungkait dengan lagu ini kerana dia percaya ramai yang masih susah melupakan bekas kekasih mereka. Sukar berganjak pergi dari perhubungan yang sudah berakhir.

Semoga SUDAHLAH MEOW! mengingatkn kita semua bahawa kita tidak berseorangan melalui fasa pahit kehidupan ini. Layan je! Bisik pada mantan kamu… Sudahlah Meow!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE