SEARCH

Hiasan Dalaman Tandas Terbaik Pernah Direkodkan Dalam Filem

Hiasan Dalaman Tandas Terbaik Pernah Direkodkan Dalam Filem

Hiasan dalaman tandas dalam filem selalunya diabaikan fungsinya. Lebih-lebih lagi jika ia sebuah filem classy dan memaparkan kehidupan seharian. Maksud saya tidak adalah babak mandi penuh glamor dengan lilin disusun cantik. Bukan seperti dalam filem seram, babak mandi saja pasti ada yang menjadi mangsa bunuh. Tidak mengapalah, kali ini saya ingin memaparkan beberapa filem yang saya tonton, yang telah melakukan adegan dalam tandas yang mempunyai hiasan dalaman yang menarik. Berikut adalah senarainya;

1. Russian Doll

Peminat siri Truman Show-esque di Netflix akan kenal dengan bilik mandi dengan jubin hitam berlapis emas. Babak di mana Nadia Natasha Lyonne mendapati dirinya berulang kali muncul ke parti ulang tahunnya yang ke 36.

2. The Holiday

Jatuh cinta dengan rekaan bilik mandi Amanda lakonan Cameron Diaz yang dilengkapi tab mandi paling tinggi dan kecil pernah saya lihat. Diletakkan juga pokok kecil pada tingkap mini dengan dinding batu dan langsir putih sebagai kontra.


3. Puteri Impian

Kisah angan-angan gadis muda yang ingin menjadi puteri raja, dalam tab mewah pernah dirakamkan dalam satu babak Puteri Impian. Lokasi Hotel Istana Kuala Lumpur mencatatkan memori indah buat Amy Mastura dan penggemar filem Melayu yang popular pada lewat 90-an.

4. Marie Antoinette

Tab mandi yang muat-muat dengan tubuh ratu lakonan Kirsten Dunst yang memegang watak Marie Antoinette. Memotretkan kehidupan sebenar di raja, siapa mahu salahkannya dengan latar mewah sebegitu?

5. Pretty Woman

Babak paling ikonik dalam bilik mandi boleh diberikan kepada Julia Robert yang beraksi berendam sambil menyanyi dalam tab di sebuah hotel pada filem Pretty Woman.

6. The Shining

Usah ketepikan kisah seram dalam filem ini, babak yang paling mengejutkan dalam The Shining adalah dalam tandas retro mewah berwarna hijau di bilik bernombor 237.

7. The Intern

Tab mandi jenis roll-top atau berkaki memberikan impak mewahnya tersendiri selain ia memaparkan jangka masa sesebuah era. Dalam The Intern, Jules Ostin betul-betul beremosi dalam tab mandi dengan serakkan paip emas dan produk-produk berderetan.

8. Scarface

Pemenang tab mandi paling besar dan puas ialah dalam filem Scarface, babak yang memaparkan Tony Montana girang menikmati mandi sambil ditonton oleh watak sekelilingnya.

9. Harry Potter

Bilik mandi magis oleh sang silap mata hebat dipenuhi gelembung-gelembung busa dalam kolam renang berlatarkan tingkap unduh dan kerrawang cukup menyatakan kemewahan dan classy-nya.

10. Call Me By Your Name

Seni dekorasi bilik mandi dengan warna kebiruan dalam villa Perlmans dalam Call Me By Your Name memaparkan babak Elio yang mula menanam perasaan kepada Oliver.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE