SEARCH

Idea Hadiah Pra-Natal & Cuti Sekolah Buatkan Kamu Kumpul Duit Untuk Membeli

Idea Hadiah Pra-Natal & Cuti Sekolah Buatkan Kamu Kumpul Duit Untuk Membeli

Seperti biasalah musim akhir tahun bakal dilimpahi dengan penuh permintaan dan pemberian hadiah. Sebelum kamu semua pening mahu membeli apa di hari perayaan nanti? Jangan gentar dahulu! Ada beberapa produk yang boleh saya sarankan untuk diusulkan kepada yang tersayang sebagai hadiah buat kamu nanti. Berikut adalah idea hadiah pra-Natal untuk rujukan kamu;

Dyson Gift Card & Dyson Supersonic

Pengering rambut Supersonic merevolusikan kecemerlangan kejuruteraan pembuatannya. Siapa yang tidak mahukan rambut kelihatan cantik setiap hari. Supersonic dikendalikan dengan motor digital Dyson V9 yang kecil, ringan namun berkuasa, lima kali lebih pantas daripada kereta enjin Formula Satu. Digabungkan dengan teknologi Air Multiplier, muncungnya menghembus 41 liter aliran udara yang kuat untuk mengeringkan rambut kamu dengan cepat. Harga RM1,799.

Kadang-kadang apa yang kita berikan belum mampu memberikan kepuasan kepada penerima. Untuk itu, apa kata berikan gift card yang terkandung nilai serendah RM250, RM500 dan RM1,000 di dalamnya.

 

Koleksi Festive Swarovski

Minggu lalu Swarovski mempersembahkan kerlipan-kerlipan aksesori magis sempena musim cuti dari koleksi Festive. Memberikan teka ‘Naughty or Nice’ turut dihadiri rakan jenamanya, Neelofa yang turut memakai beberapa aksesori dalam rangkaian ini. Koleksi ini terdiri daripada set rantai Naughty or Nice, Palace, North, anting-anting Louison, Perfection, Magic dan jam tangan Crystal Rose.

Nikmati Perisa Kopi Baru Bersama Tersayang Di Starbucks

Tiga perisa harus dirasai hari ini ialah Starbucks Holiday French Vanilla Latte, Starbucks Peppermint Mocha dan kegemaran saya ialah Starbucks Toffee Nut Crunch Latte. Selain itu Starbucks tidak pernah lupa untuk menghasilkan beberapa koleksi Starbucks 2020 Planner dan juga koleksi barangan eksklusif musim cuti yang terdiri daripada 5 rekaan tumbler menarik dan kopi yang siap dibungkus istimewa musim cuti ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE