SEARCH

“Bagaikan Mengembara Ke Alam Fantasi!” #BestieTrip Ke Singapura Buktikan Magis Kepada Fareeha & Annees Sofea

“Bagaikan Mengembara Ke Alam Fantasi!” #BestieTrip Ke Singapura Buktikan Magis Kepada Fareeha & Annees Sofea

Siapa sangka kolaborasi STAIL.MY dan Singapore Tourism Board ketika acara #StailishRooms sekitar Jun lalu membawa dua gadis STAIL.MY Fresh Face bertuah ini ke suatu pengalaman melancong penuh magis. Dari kapal persiaran mewah Genting Dream Cruise ke Night Safari sehingga Universal Studio Singapore, Annees Sofea dan Fareeha mengungkapkan pelancongan ke Singapura kali ini bagaikan mengembara ke alam fantasi dan seperti melihat magis sepanjang masa! Ini sebabnya…

Berlibur Di Atas Samudera

Sebaik tiba di Kota Singa, dua gadis ini dijemput dengan penuh kemegahan seni bina The Jewel Changi yang menjadi tular di media sosial dengan air terjun buatan manusia di dalam bangunan yang tertinggi di dunia. Puas berswafoto di kawasan air terjun, Fareeha dan Annees dijemput ke restoran Elfuego by Collins, restoran ini menghidangkan pelbagai menu Eropah yang Halal. Grilled Salmon dan Baked Seabass dihidang bersama minuman istimewa Buttterly Mojitos dan pencuci mulut vanilla ice cream dengan caramelised biscoffs. Ini antara hidangan yang sempat dijamah Annees dan Fareeha, nampak mewah dan lazat bukan? Kesemua hidangan di Elfuego by Collins disediakan oleh pasukan cef lokal yang telah banyak merangkul anugerah terbaik.

Kemudian, mereka dibawa terus menaiki Genting Dream cruise menuju ke Bintan Indonesia melalui Marina Bay Cruise Centre, pusat pelayaran besar dengan kemudahan moden dan bersih. Fareeha teruja dengan kecekapan kakitangan yang bertugas yang ada di setiap penjuru ruang untuk membantu pelancong semasa proses pemeriksaan masuk. Sewaktu di kaunter imigresen, proses berjalan sangat lancar!

Tip: Perkara yang perlu dititikberatkan sebelum menaiki Genting Dream cruise
1. Datang lebih awal
2. Jika kamu inginkan sambungan WiFi, boleh pergi terus ke kaunter informasi di bahagian kanan pintu masuk dan dapatkan bantuan daripada staf. Mereka sangat membantu.
3. Sewaktu check-in bagasi, sila periksa nombor bilik dan pastikan ia ditulis pada tag bagasi.

Setiba di atas kapal, magis pun bermula. Kapal persiaran dengan 18 dek ini menyediakan pelbagai fasiliti berkelas antarabangsa dengan tarikan-tarikan yang menyeluruh, dari gelongsor air, jakuzi, spa mewah, persembahan teater, rock climbing, restoran mewah dan banyak lagi! Annees sibuk penuhkan memori dengan bergambar di area dek atas kapal.

Nikmati liburan maksima di atas kapal persiaran hebat

1. 24 jam snek percuma di Lido yang terletak di tingkat 16. Makan di Lido, sila berjalan ke bahagian belakang sedikit. Terdapat lebih banyak pilihan makanan dan yang pastinya terdapat logo halal seperti bufet makanan India serta Chinese.
2. Rujuk aktiviti harian dalam risalah yang diberikan (ada yang perlu dibayar)
3. Terdapat pakej WiFi yang disediakan selama dua malam untuk SGD38. Kamu boleh semak atas talian. Muat turun aplikasi Dream Cruise sebelum menaiki kapal.
4. Beratur awal untuk naik kapal kerana ia akan mengambil masa yang lama. Jangan lupa untuk selesaikan bil perbelanjaan lebih awal dan ambil perhatian bahawa kamu akan dikenakan bayaran “gratuity fee” sebanyak SGD40. Jangan lupa untuk mengambil pasport kamu di sini.

Percutian atas kapal Genting Dream cruise lebih bermakna jika kamu menambah beberapa malam di Singapura. Ini kerana, banyak lagi aktiviti dan lokasi yang harus kamu lawati bersama teman dan keluarga. Bertambah lagi pemandangan, ilmu dan pengalaman kamu di negara pulau ini. Ingat! kongsikan gambar-gambar menarik kamu ke media sosial dan sertakan sekali tanda palang #VisitSingapore #PassionMadePossible. Ikuti destinasi seterusnya bersama Annees dan Fareeha selepas mereka puas bersantai di atas kapal. Ke mana pula mereka pergi ya?

Sentosa, Pulau Penuh Keriangan

Liburan bersambung pula di Hard Rock Hotel Sentosa, penginapan yang terkenal mempamerkan koleksi barangan peribadi selebriti dunia. Selepas check-in, Fareeha dan Annees bergegas ke Universal Studios Singapore dengan hanya berjalan kaki sahaja melalui pintu masuk di sekitar kolam renang. Pesona ikon-ikon kegemaran berkeliaran bergambar bersama pelancong, paling mengujakan Fareeha ialah watak animasi Shrek, Annees pula menggemari watak Minion yang comel. Annees dan Fareeha menghabiskan masa bermain di hampir semua ride di dalam. Antara kegemaran mereka ialah The Mummy, Transformers, Jurrasic Park Rapid Adventure, Madagascar dan yang paling menguji kecekalan mereka ialah Human & Cylon. Sempat singgah di Mel’s Dinettes dan menikmati peha ayam belanda dan air kelapa penghilang dahaga.

Menyambung keseronokan mereka di Adventure Cove Waterpark yang terletak bersebelahan Universal Studios Singapore. Lencun keseluruhan pakaian mereka! Mana tidaknya, mereka bermandi-manda dan mencuba beberapa aktiviti yang disarankan seperti Spiral Washout, PipeLine Plunge, Dueling Racer. Fareeha berkata Rainbow Reef antara aktiviti yang wajib dicuba kerana kita dapat melihat lebih 20,000 spesis ikan dan hidupan air yang berwarna-warni dengan lebih dekat. Jika kamu sangat berani bolehlah berenang di dalam kolam yang didiami ikan jerung di Shark Encounter. Siapa sangka walaupun negara berjiran, kita tetap berasa home sick. Usai penat bermain, Annees dan Fareeha menikmati makanan Malaysia di Malaysian Food Street. Seperti di Jalan Alor kata mereka. Pilihan makanan dan rasanya juga sama seperti yang terdapat di Malaysia. Terubat rindu seketika.

Mistik Haiwan Malam Di Night Safari

Menaiki Grab dari Hard Rock Hotel ke Night Safari mengambil masa sekitar setengah jam. Kawasan ini dibuka bermula 7:30 malam, aktiviti pertama yang dilakukan Fareeha dan Annees ialah pertunjukan mini di Creature Night Show yang melibatkan haiwan seperti burung hantu, ular dan rakoon jinak menonjolkan aksi comel masing-masing. Bagi sesiapa yang mungkin penat berjalan seharian tetapi ingin melihat haiwan-haiwan berkeliaran di habitat mereka, boleh menaiki Night Safari Tram dan berjalan ke segenap kawasan yang menempatkan haiwan liar selama 40 minit. Semakin teruja apabila mendengar suara ngauman singa dan buat pertama kalinya Fareeha dapat melihat tapir secara langsung. Satu impian di zoo telah terlaksana untuknya. Satu lagi aktiviti menarik di Night Safari ialah Walking Trails, di mana kamu boleh berjalan mengikut laluan yang disediakan sambil melihat haiwan dengan lebih dekat lagi.

Tidak jauh dari Night Safari, mereka berjalan masuk ke Rainforest Lumina bagai ‘hutan bunian’ ciptaan manusia yang mempesonakan. Di sini, menariknya adalah setiap sudut di penuhi dengan persembahan dan hiasan lampu berwarna-warni. Menarik lagi apabila terdapat sudut interaktif di mana apabila kamu bercakap di pembesar suara, maka lampu akan menyala membentuk bintang. Kerlipan lampu-lampu kecil yang meriah membayangkan Fareeha seperti di alam bunian! Dia juga berasa bahawa kawasan ini sangat romantis dan menyarankan pasangan yang sedang asyik bercinta untuk ke sini dan nikmati keindahan lampu dan flora yang menyelimuti setiap ruang.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE