SEARCH

11 Hidangan Yang Kamu Harus Rasa Semasa Urbanscapes 2019 #reconnectKL

11 Hidangan Yang Kamu Harus Rasa Semasa Urbanscapes 2019 #reconnectKL

Urbanscapes 2019 bakal bertemu peminatnya sekali lagi bulan ini. Di sebalik barisan artis yang bakal mengambil bahagian, saya ingin fokus juga beberapa menu menarik yang perlu kamu rasa semasa festival berlangsung. Mengapa pula kali ini saya teringin highlight makanan di Urbanscapes 2019? Kerana ia bakal menyediakan hidangan eksklusif sepanjang acara ini berlangsung yang merangkumi intipati Kuala Lumpur dalam usaha untuk #reconnectKL.

Ada beberapa jenama makanan dan minuman Malaysia yang mungkin kamu kenali seperti myBurgerLab, Amazin ‘Graze, Inside Scoop, Wizards at Tribeca, dan banyak lagi akan menyertai usaha tahun ini untuk memberi penghormatan kepada Kuala Lumpur menerusi ciptaan menu edisi terhad mereka!

5 Menu pelik Yang Patut Diterokai Sempena #ReconnectKL

1. Urbanscapes Rojak Burger oleh myBurgerLab

Rojak Burger wujud hasil campuran masyarakat, budaya, dan perisa yang hebat di tanah ini. Ia mempunyai pate ayam goreng yang lazat, di atas potongan jambu segar, nanas panggang, dan cucur. Dipasangkan dengan mayonis manga yang dibikin sendiri, sos limau berkrim, dan sos rojak disiapkan dengan biji bijan. Semuanya diapit di antara dua roti arang signature myBurgerLab.

2. Urbanscapes KL Jam oleh Inside Scoop

Menyoroti perjuangan harian warga kota Kuala Lumpur iaitu kesesakan lalu lintas. Walaupun berada di bandar yang paling “berhubung” di Malaysia, rakyat masih terus terputus dengan destinasi oleh kesesakan lalu lintas (jam). Singgah sebentar ke Inside Scoop terdekat untuk menikmati ais krim coklat putih berlapis dengan jem blueberry, raspberry dan buah markisa.

3. Urbanscape x Mei oleh Mei by Fat Spoon

Mei mengambil hidangan kegemaran harian rakyat Malaysia, iaitu roti bakar, telur rebus dan the Tarik. Mei by Fat Spoon menyajikan croissant toasted dengan telur onsen yang dihidangkan dengan mentai mayo, sos kabayaki, brulee karamel yang dibakar.

4. Urbanscapes Sizzling Steak oleh Grub by Ahong

Hidangan ini menceritakan sejarah dan juga nostalgia zaman kanak-kanak. Untuk millennials dan hipsters, ini mungkin kisah yang mereka dengar dari paman dan makcik. Membawa hidangan ke era baru adalah Grub oleh Ahong, yang mempunyai stik yang dihidangkan pada besi panas, menggelegak dengan sos rahsia tukang masak. Siapa yang boleh menolak?

5. The Trader’s Treasure oleh Yellow Brick Road

Penghargaan kepada penggemar daun pandan, menu seperti ayam pandan yang digoreng rangup, kubis belacan, acar rampai, kuah kari, serunding ayam yang turut dihidang bersama nasi dagang serta ais pop buatan sendiri yang diberikan percuma dalam set ini.

6 Santapan Istimewa Urbanscapes mesti dicuba

 6. Flavors of Home oleh Wizards at Tribeca

Nasi Lemak Sambal Sotong yang dipenuhi dengan telur dadar, sambal belacan, ikan bilis, kacang goreng bersama kek batik milo.

7. Coco Scapes & Dreamy Blue oleh Glow Smoothie Bar by Amazin’ Graze

Kelapa diisi dengan gula Melaka dengan penuh rasa asli Melayu. Mangkuk smoothie biru ini diilhamkan oleh warna bendera, manakala kelapa kaya adalah versi yang sihat dari semua snek kesukaan warga Kuala Lumpur.

8. Sarapan Gemilang oleh The Red Beanbag

Roti boom, cendawan Portobello, keju mozzarella dan ditambahkan dengan telur mata kerbau.

9. Krep Lumpur Pisang oleh Strangers at 47

Inspirasi daripada ‘Lumpur’ manisan ini dipersembahkan dengan berselerak namun enak. Intinya pisang, ais krim vanila dan gula.

10. Curried Potato Pastry 7 oleh Universal Bakehouse

Karipap bersi Universal Bakehouse cukup puas dan besar dimakan. Dilitupi dengan kerangupan tepung mentega dengan inti yang cukup banyak.

11. Cendol Urbanscapes, Onde Onde Urbanscapes & Teh Tarik Urbanscapes oleh Chocolate Concierge

Barisan cokelat-cokelat berperisa Malaysia antaranya teh Tarik, kuih Peranakan, pandan, kelapa, cendol, gula Melaka cukup menyatakan keunikan cokelat ini. Dibentuk penuh eksklusif bagaikan cokelat luar negara yang mewah!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE