SEARCH

2 Gedung Pasaraya Baru Di Kuala Lumpur Tempat Kamu Berhabis Duit

2 Gedung Pasaraya Baru Di Kuala Lumpur Tempat Kamu Berhabis Duit

Ada lagi gedung pasaraya baru untuk membeli-belah menawarkan jenama-jenama yang lebih baik untuk pelanggan dan pengguna. Dua gedung ini bertempat di segitiga emas Kuala Lumpur. A Day dan Isetan The Japan Store yang baru saja dibuka semula selepas proses penambah baikan. Mari membeli-belah!

A Day

Gedung yang menghumpunkan banyak jenama Artisan ini terbentang seluas 3,000 kaki persegi, lebih 100 jenama artisan ada di A Day. A Day membekalkan barang-barang yang menarik dari seluruh negara, menawarkan pelbagai pilihan barangan dagangan yang dicipta oleh artis yang memenuhi pelbagai hobi dan minat termasuk fesyen, kecantikan, makanan, reka bentuk, seni dan rumah.

Jenama Di Bawah A Day

Jun Pottery, Acqua Bonita, Marini by Ninimarini, Cristjen Lai Artelier, Kinder Soaps, Parody Parlour, Pagoda Kingdom, La Fiancée, Tina Winness, Go CheeKS, Claire Organics, ANIA Skincare, Harith Green Carpenter, Beejooz, By Sarah, Hush Candle, Autree Candle, Acera Liven, Nusant Connection, Tanoti Craft, Inkaa Batik, I Well Natural, Hornbill Time and Wear.

Lokasi: A Day di G-07 & G-03, Aras G, Intermark Mall Kuala Lumpur

Isetan The Japan Store

Barangkali ramai sudah ke sini, tapi tahukah kamu Isetan The Japan Store di Lot 10 sudah berwajah baru? Kini lebih banyak jenama fesyen, makanan dan pelbagai barangan rumah boleh didapati di sini.

Aras GF

Aras ini dinamakan The Design menempatkan produk eksklusif pereka fesyen Jepun dan Malaysia dan koleksi edisi terhad. ISETAN The Japan Store dengan bangganya menampilkan jenama FDMTL, Mastermind World, #FR2, Porter and Comme Des Garcons, Billionaire Boys Club, bersama jenama tempatan, antaranya seperti A by Jane, Joe Chia, Motoguo dan Jonathan Liang. Kedai jam Seiko, kedai barangan perhiasan Imayo, kamera Leica, Bearbrick dan produk gaya hidup premium lain juga ada di sini.

Aras 1F – THE FASHION

The Japan Store menyajikan satu tingkat yang khusus untuk fesyen yang diperaga secara teliti memaparkan pilihan fesyen dan aksesori bagi wanita dan lelaki. Wanita akan teruja dengan pilihan jenama seperti Ecesis, Bebebutterfy, Island Shop, Max-Tino, David Jones, Cath Kidston dan Oyone Paris. Untuk lelaki, mereka boleh memilih antara Anta, RYZ dan lokasi pertama gedung di dalam gedung bagi jenama sukan Li-Ning.

Aras 2F – THE WELLNESS

Tingkat ini mengajak kamu meneroka dan meraikan apa sahaja berkaitan kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan. Sebagai tambahan kepada jenama kesihatan Arena, Huitieme Sport Studio, Surfers Paradise dan UFL Outdoor, ia juga menyediakan spa  (Hammam Spa) dan pusat dandanan (Number 76).

Aras 3F – THE LIFESTYLE

Pilihan-pilihan luas jenama produk barangan rumah dan perjalanan bagi pelanggan yang arif. Daripada perkakasan katil premium oleh The Linens Company, Grand Atelier dan Jean Perry kepada ruang pameran Dyson dengan teknologi terkini yang mengagumkan. Juga, kedai sehenti bagi keperluan perjalanan – beg daripada Wings, Antler atau Boarding Gate dan sewaan pakaian perjalanan bergaya wanita dari Fashion Library Winter Clothing.

Aras 4F – THE TABLE

Tingkat sajian makanan premium terkenal The Japan Store mengekalkan koleksi restoran termasuk THE TOKYO RESTAURANT, Tonkatsu ANZU, Sushi AZABU, Mizutaki TORIDEN, Yakiniku TORAJI, Yakitori dan Robata TOUAN.

Aras LGF – THE MARKET

Syurga kulinari dan juadah bagi makanan Jepun dan Malaysia. Melengkapkan sesi beli-belah kamu dengan juadah di satu daripada banyak kedai makanan termasuk Dashi Saya (deli), Hirashima (sushi), Huckleberry (café) dan Ramen (Dining Tabushi).

Isetan The Japan Store terletak di Lot 10 Shopping Centre, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur. Waktu perniagaan hariannya bermuka 10 pagi – 10 malam (LGF hingga 3F) dan 11 pagi – 11 malam (4F).

ISETAN The Japan Store: Melancong ke ‘Mini Jepun’ di tengah-tengah Bukit Bintang


You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE