SEARCH

9 Rahsia Kim Kardashian Prep Kulit Untuk Acara Met Gala Yang Lalu Kini Kami Bongkar!

9 Rahsia Kim Kardashian Prep Kulit Untuk Acara Met Gala Yang Lalu Kini Kami Bongkar!

Kim Kardashian

Hendak tahu rahsia cantik selebriti Hollywood Kim Kardashian (gambar oleh Kiehl’s) yang ditata rias oleh jurusolek terkenal Mario Dedivanovic ini? Ikuti termubual eksklusif bersama jurusolek ini yang berkongsi cara mendapatkan kulit semulus Kim serta solekan simple namun masih memiliki faktor wow apabila melewati karpet merah.

Bagaimana kamu merealisasikan visi yang diinginkan Kim dalam look yang ditampilkannya di malam Met Gala yang lalu?

Sejak akhir-akhir ini dia memilih dan lebih menyenangi stail yang lebih kemas serta vibe yang lebih tenang di mana saya turut memilikinya. Dan pada malam itu, dia memilih mengenakan gaun simple berona putih dan menawan, ini kerana dia mahu tampil seperti dirinya sendiri. Lalu dengan itu, saya palitkan rona putih matte pada matanya untuk menaikkan seri gaunnya pada malam itu. Nothing too edgy. Rei Kawakubo juga banyak tampilkan kulit yang jernih dan bersih di pentas runway, dan itu yang membuat saya lebih terinspirasi. Kami cipta dari asas yang sempurna dengan menggunakan rona-rona yang lebih tan dan solekan mata yang sangat simple namun lash-y.

Boleh kongsikan langkah kamu dalam prep wajah Kim?

Saya mulakan dengan menyapu pupur Kiehl’s Turmeric & Cranberry Seed Energizing Radiance Mask pada wajahnya dan setelah itu saya titikkan Kiehl’s Midnight Recovery Concentrate pada kedua-dua tulang pipinya untuk tampil ekstra glow. Saya turut menyapu Kiehl’s Creamy Eye Treatment with Avocado, Kiehl’s Ultra Facial Cream SPF30 serta Kiehl’s Butterstick Lip Treatment SPF25 rona Untinted, kegemaran saya.

Mata, bibir atau pipi: Yang mana satu kamu paling hendak fokuskan di wajah Kim?

Mata dan juga bulu matanya. Bila kamu lihat dia, mata kamu akan terus terpandang rona putih yang saya palitkan pada bahagian inner conner matanya, walaupun ia cukup simple.

Boleh kongsikan bersama bagaimana kamu cipta solekan mata Kim?

Saya gunakan pembayang mata Chanel Ombre Première Longwear Cream rona Undertone pada seluruh kelopak matanya sebagai rona asas. Manakala untuk mencipta tekstur yang lebih tebal, saya lapiskan bersama pembayang mata Chanel Ombre Première Longwear Powder rona Visone di bahagian crease dan garisan bawah mata. Saya turut mengoles pembayang mata Chanel Ombre Première Longwear dalam rona Sable hampir dengan bahagian  inner conner mata. Chanel Le Crayon Khôl Intense Eye Pencil rona Noir saya oleskan pada bahagian tengah hingga hujung kelopak mata. Akhir sekali saya oleskan Chanel Le Volume Mascara.

Bagaimana pula pada kulit wajahnya?

Selepas melembap, saya oleskan Chanel Le Teint Ultra Tenue Ultrawear Flawless Foundation rona 50 Beige menggunakan jari-jemari kemudian baru diadun menggunakan berus. It was pretty simple. Kami turut sapukan sedikit bedak bronzer pada pipi sehingga ke garis rambut juga dahi.

Rona pilihan kamu untuk  solekan bibir Kim?

A classic, beautiful pinkish nude, which she loves and I love. Kami gunakan Chanel Rouge Allure Velvet Luminous Matte Lip Color rona Libre.

Apa produk Chanel di dalam penampilan Kim malam itu yang menjadi kegemaran kamu?

Saya sukakan tekstur gincu bibirnya. Tidak ketinggalan bedak asas, ia teroles cantik pada wajah Kim.

Bagaimana kamu seimbangkan solekan ini dalam dua elemen penting iaitu tema Met Gala ini serta signatur mekap Kim?

There are definitely aspects of the makeup that play to the theme. Seperti solekan wajah yang bersih serta pembayang mata putih berkemasan matte. Ini digunakan pada runway Comme des Garçon. Namun kami masih mengekalkan signatur bulu mata Kim, kontur serta bibir nude. Yang paling penting sekali, dia berasa selesa.

Ada sebarang tip yang mahu kamu kongsikan untuk look Kim ini?

Di rumah, kebanyakan kamu selalu memakai bedak asas hanya menggunakan  jari. Cuba kamu adunkannya (buffing) menggunakan berus bedak asas dalam bentuk membulat. It tends to have a great finish.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE