SEARCH

Kami Kongsi Rahsia Kecantikan Wanita Serata Dunia Yang Mungkin Kamu Tidak Tahu

Kami Kongsi Rahsia Kecantikan Wanita Serata Dunia Yang Mungkin Kamu Tidak Tahu

Budaya dan adatnya sahaja sudah berbeza, apatah lagi petua kecantikan. Bahkan, setiap negara ini sememangnya memiliki rutin kecantikan unik dan tersendiri. Hendak tahu apakah rahsia kecantikan wanita serata dunia ini? Mari kami kongsikan, mana tahu kamu juga boleh mencubanya.

1- Jepun

Bila ingat Jepun, pasti teringat sushi iaitu makanan-makanan mentah. Namun, tahukah kamu mereka juga punya petua tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kesuburan rambut? Wanita Jepun gemar merebus rumpai laut dan kemudian melumurkannya pada bahagian kepala sebelum mandi. Ini bertujuan untuk merawat rambut gugur sekaligus menguatkan kembali struktur rambut kamu.

Rahsia Kecantikan Wanita Serata Dunia

2- Tibet

Wanita Tibet juga tahu menjaga kecantikan mereka. Di sana, rawatan akupunktur menggunakan jarum dan asap adalah rawatan kesihatan dan kecantikan yang paling popular. Ini adalah bagi melancarkan lagi peredaraan darah sekaligus merawat penyakit dalaman wanita. Mereka percaya wanita bebas penyakit adalah wanita yang cantik dan menawan.

3- Mesir

Wanita mesir suka mandi susu. Ini kerana mereka cukup obses dengan kulit yang licin bak sutera. Kamu juga boleh mencuba taktik wanita Mesir ini dengan cara mengadunkan dua cawan susu tepung ke dalam mandian kamu. Kenapa susu? Sebab susu amat kaya dengan kandungan zat besi, kalium, kalsium, vitamin A, D, B6, B12 dan banyak lagi.

Rahsia Kecantikan Wanita Serata Dunia

4- Bangladesh

Kalau kulit kamu kering, wanita Bangladesh tahu hendak merawatnya. Dengan menggunakan minyak biji sawi sahaja, wanita Bangladesh boleh mencipta satu rutin penjagaan wajah menerusinya. Jika kamu hendak tahu, minyak biji sawi ini adalah anti-bakteria yang telah diekstrak daripada biji sawi itu sendiri. Jadi mereka sering gunakan dalam ritual kecantikan mereka. Bukan itu sahaja, minyak biji sawi ini kata mereka boleh merawat masalah pertumbuhan rambut juga jangkitan kulit.

5- Turki

Air bunga daisy adalah rahsia kecantikan mereka. Pada mereka, bunga ini banyak manfaatnya terutama sekali untuk penjagaan rambut. Apa yang mereka lakukan ialah, mereka merebus bunga daisy bersama air dan kemudian bilas pada rambut. Biarkan selama beberapa minit hingga dia mengering. Bukan sahaja kamu boleh menggunakan air biasa, cuka epal juga boleh menjadi penggantinya. Ini kerana ia mampu memberi nutrisi lebih pada rambut sekaligus menjadikan rambut kamu tampak lebih bersinar.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE